Tuesday, December 29, 2009

MENCATAT KENANGAN, MENGGAMIT INGATAN, MEMATANG FIKIRAN

happy new year Pictures, Images and Photos
Mencatat kembali kenangan
yang lekat di ingatan
manis, pahit atau trauma yang panjang
adalah membaca kembali perihal kehidupan.
*
Kenangan yang berlaku
bukan sekadar angin nan lalu
kenangan meninggalkan ingatan
merangkum iktibar tentang pengalaman
sewaktu mendepani lurah-lurah perjalanan
dalam mematangkan lumrah kehidupan.
**
Sesekali apabila kenangan menggamit
bertamu dan menghimpit
mungkin senyuman manis akan terpalit
atau berhiba, menangis mahupun tersengih pahit
kerana gigi dan lidah kerap tergigit.
*
Sesungguhnya kenangan tak mampu dihalang
ingatan tak terdaya ditentang
kerana kenangan dan pengalaman
sedia sebati dalam putaran kehidupan.
**
pengalaman akan mendewasakan
mematangkan fikiran..!
*
SELAMAT MENYAMBUT
2010
*

4 comments:

Tie said...

Moga-moga tahun yang bakal ditempuhi akan lebih bermakna buat kita. :)

Selamat dalam segala urusan.

Afida Anuar said...

Selamat tahun baru incik al-bima...

Semoga bahagia dan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.dan sentiasa berada dalam rahmatNya..InsyaAllah..

melayuangkat said...

Selamat Menyambut tahun baru 2010!

AL-BIMA SAKTI said...

tie;
biarlah segala2nya lebih bermakna...


afida;
semoga berbahagia juga buat cik afida sekeluarga... selamat..!


melayuangkat;
selamat tahun baru 2010. moga kita semua diberkati-Nya..!