Tuesday, June 30, 2009

UJIAN MEMANDU KERETA AUTOMATIK..?

Baguslah, kalau kerajaan setuju calon ujian memandu menggunakan kereta (kenderaan) bergear automatik.

Kalau diikutkan, sememangnya sejak dulu lagi (sejak wujudnya kenderaan gear automatik di Malaysia) dibenarkan menggunakan kenderaan jenis itu semasa ujian memandu.

Tapi cadangan terbaru itu, khabarnya ada ahli Parlimen yang tak setuju. Katanya, kemahiran asas memandu akan hilang jika dibenarkan langkah tersebut.

Aku tak setuju dengan alasan macam itu. Kenapa perlu disekat jika kemudahan sudah tersedia di depan mata? Jika kereta bergear automatik boleh didapati dengan mudah? Apa masalahnya?

Apa yang tak kena dengan kenderaan bergear automatik? Aku pun tak faham, kemahiran asas apakah yang akan hilang, seperti yang dimaksudkan itu?

Kita janganlah hidup statik. Perlu pandang dan bergerak ke depan. Sudah berapa ratus ribu (mungkin berjuta) kenderaan bergear automatik bergerak di jalan raya kita? Tak ada apa-apa masalah pun.

Lagipun, jika ikut perkembangan dan kemajuan semasa, sudah sampai masanya kebenaran menggunakan kenderaan bergear automatik semasa ujian memandu diluluskan. Atau segala akta atau undang-undang yang berkaitan dengannya perlu dipinda.

Sesiapa yang menjalani ujian memandu pakai kereta gear automatik, bila lulus, terserahlah pada dia nak pakai (beli) kereta automatik. Jika kereta jenis itu yang dia boleh pandu.

Kalau tak mampu nak pandu kereta gear manual, takkan dia nak pandu (beli) kereta jenis gear manual. Dia mesti ikut apa dia mampu nak pandu. Apa masalahnya? Terserahlah pada individu terbabit.

Kenapa perlu dihalang atau disekat dengan segala kemudahan dan keselesaan yang ada? Kenapa perlu nak bersusah payah, sedangkan yang mudah boleh digunakan?

Senang cakap, kita harus gunakan segala kemudahan yang ada. Kenapa perlu disekat? Kenapa perlu dihalang? Kenapa perlu masih dengan berkerenah dan mencipta masalah?

Senang cakap lagi, jika masih tak dibenarkan juga ambil ujian memandu menggunakan kereta bergera automatik, lebih baik haramkan saja kereta (kenderaan) jenis itu berada di jalan raya negara kita. Habis cerita. Tak perlu nak double standard..!

5 comments:

Mardihah said...

org pompuan lah yang paling suka kan? hehehee

memandu kereta automatik lebih releks barangkali...

kad0k. said...

kalau ujian kenderaan automatik..petik jari je sure lulus..betul tak inchek?

noorlara said...

perkara kalau boleh dipermudah buat apa nak nyusahkan. Kekadang kie ni buat mende ikut selera sendiri je tanpa mengambil perhatian kepada yg majoriti. Apapun Alhamdulillah dah berpuluh-puluh tahun lulus ujian pandu kete..

Yana Ismail said...

Hehe senangla kalau ada ujian gitu ;P

AL-BIMA SAKTI said...

mardihah;
memamg releks. hanya sebelah kaki yg bekerja. he he he he...


kadok;
benar belaka. betul tuan!


lara;
kekadang biasalah... banyak sangat birokrasi...


princess;
ada yg senang, kenapa perlu cari susah, kan... kan..?