Monday, July 6, 2009

ISU INSURANS KERETA LAMA

Ni apa pulak cerita ni? Syarikat insurans besar jual mahal pulak? Mereka tak sudi nak lindungi kereta berusia lebih 10 tahun.

Kalau nak juga, kena cari syarikat insuran biasa, tapi bayarannya 200 peratus.

Ada juga syarikat insurans yang paksa pengguna supaya ambil insurans nyawa sekali. (ikut berapa orang penumpang kereta).

Ewahh... mengada betullah dia orang ni.

Mengada... sebab mereka ni (agaknya semua orang berniaga) terlalu banyak sangat diberi muka oleh kerajaan. Mereka boleh buat sesuka hati. Makin naik lemaklah mereka.

[Kalau ada yg naik harga pun, asyik-asyik beri amaran. Amaran... amaran.. amaran. Tak habis-habis dengan amaran. Jadi sebab itulah mereka tak takut (amaran?) kot..?]

Sebilangan mereka hanya fikir untung aje. Sebab dengan kereta baru mereka dah banyak untung, itu pasallah mereka makin berlemak. Tiada langsung keikhlasan dan ketulusan.

Siapa yang jadi mangsa? Orang susah juga.

Siapa yang susah? Orang susah juga.

Siapa tanggung masalah? Orang susah juga.

Hmmm... mujur aku jenis yang tak susah dan tak menyusahkan.

Syukur Alhamdulillah..!!!

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SEKEHLOGI

"Kekadang ada banyak duit pun susah. Tapi kalau tak berduit lagi-lagilah susah dan menyusahkan..!"

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

10 comments:

noorlara said...

kejaan memang banyak sangat beri muka kepada mereka yg tak patut...saya tahu, anda tahu dan mereka kat luar sana tau...sekadar tahu!

kayteeze said...

Syarikat insuran ni bukannya nak melindungi pelanggannya. Nak untung je. Sebab tu mereka tak sanggup bagi insuran untuk kereta2 lama. Tentu kena tanggung rugi.

Mak Su said...

tah hapa-hapa..... ada udang di sebalik mee ker gitu plaks konsepnyer?

AL-BIMA SAKTI said...

lara;
kerana banyak beri muka, tu sebab jadi tebal muka..!


kayteeze;
bukan nak melindung, diam2 jadi ah long..!


mak su;
ada duit sebalik kereta lama...

ku tak sempurna said...

takde kereta, susah..
bila ada kereta, menyusahkan pula..

hurrrmmmm

kad0k. said...

alamak..kete gue lg 4 thn jadi mcm tu la ehh? adehhhh

AL-BIMA SAKTI said...

ku tak sempurna;
iyer tak yer gak, kan..?


kadok;
dah sempat tukar kete baru tu...

Suzana Sarif said...

I pun tgh bengang. kena bayar insuran keta mini thn 1966 RM300++. kena pi puspakomlah..Yang kaya sykt insuran. Yg byk buat tuntutan insuran bukan keta lama. Kerajaan tak peka ke hal ni.Rakyat didahulukan!?

I LOVE YOU said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,聊天室,情色,a片,AV女優

Azura Azizi said...

Saya nk renew insuran n road tax..guna under myeg depa suh bayar rm545 tuk insuran dan road tax tapi insuran 3rd party under uniasia..alasan kereta saya tahun 1997 dah lebih 15 tahun...3rd party sampai rm480++ insuran dia mahal nak mampos..dah la xleh nk claim kalo pe2 hal..kete ni walau dah lama tapi sume dah upgrade ishh gerammm nyaaa :( cedey pun ada ...