Tuesday, April 21, 2009

ASAM GARAM...

LUMRAH KEHIDUPAN..?

Asam garam kehidupan. Miskin boleh jadi kaya dalam sekelip mata kalau kena caranya. Dan kaya pun boleh menjadi papa kedana dalam sesaat kalau tersilap perhitungannya.

Sebilangan manusia, sewaktu hidup miskin mereka amat sedar diri. Insaf dengan kehidupan. Dan akan berasa bangga dan bertuah jika mendapat perhatian daripada orang lain.

Sekarang macam-macam cara manusia boleh jadi kaya. Sama ada secara halal ataupun haram. Masuk pertandingan nyanyian pun boleh jadi jutawan. Masuk pertandinghan apa-apa pun boleh juga jadi kaya.

Dan kekayaan juga boleh menjadikan manusia lupa diri. Lupa daratan. Lupa asal-usulnya. Menjadi ego tidak menentu.

Kalau sebelumnya dia ada kekasih, dia sudah amat bersyukur sangat, kerana ada juga manusia lain yang suka padanya. Lebih-lebih lagi sanggup jadi kekasih atau tunangannya dan menerima keluarganya.

Tapi ada jenis manusia, bila dia dah kaya raya, dia rasakan perlunya memiliki teman hidup yang lebih sesuai dengan kekayaannya. Kalau sebelumnya, 'muka' itulah yang paling sesuai sebagai gandingannya (sebab dah tak ada muka lain lagi yang bersimpati padanya ketika itu.

Bila dah kaya, dia mula nampak yang bakal teman hidupnya itu tidak secantik atau setampan manusia lain yang baru dikenalinya. Belangnya mula terserlah. Tambahan pula terdapat ramai manusia lain yang membuka mata dan tertarik padanya, malah ada yang sanggup menjadi perampas.

Maka bermacam-macam masalah yang dicipta untuk memutuskan perhubungan dengan yang lama. Yang cantik dan segak di depan mata ketika hidup kemiskinan, sudah tidak cantik dan segak lagi setelah dia berharta.

Apatah lagi kalau keluarga dan saudara-mara pula bersikap lebih sudu dari kuah. Mencurahkan minyak ke dalam api. Maka akan bertambahlah masalah.

Dan bagi si malang yang ditinggalkan, berpasrahlah dirinya yang dirasakan sudah tidak berharga lagi. Tinggalkan dia dalam penderitan dan rasa malu yang tak tertanggung dengan sikap buruk 'si lupa daratan' itu.

Ingatlah, orang yang teraniaya sesama manusia, ada kemuliaan di sisi Allah. Setiap perbuatan kita yang menganiayakan orang lain pasti mendapat 'anugerah' daripada-Nya, walaupun kita memiliki ilmu agama setinggi menara Kuala Lumpur atau sepenuh Perpustakaan Negara.

Dan bersedialah kita untuk menerima 'anugerah-Nya' itu. Cuma cepat atau lambat. Hanya Dia yang lebih mengetahui.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SEKEHLOGI

"Walaupun kita tidak mampu berubah secara fizikal, tapi berubahlah dari sudut jalan fikir. Dan biarlah perubahan kita itu dilihat betapa kukuhnya pemikiran kita."

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

6 comments:

noorlara said...

pangkat, kekayaan dan status adalah pinjaman dari Allah SWT untuk menguji sejauh mana anugerah itu dipergumakan ke jalanNYA. Di sana dapat dinilai samada kita syukur nikmat atau kufur nikmat. Zaman le ni balasan Allah banyak yang datang secara cash tak payah tunggu matipun.

Semoga kita semua tergolong dalam kumpulan yang sentiasa menghargai kurniaanNYA dengan mengamalkan yg makruf dan meninggalkan yg mungkar

Mak Su said...

saya senang begini, miskin + kaya, tapi kadangkala susah juga, rasa nak memberontak pun ada... dua dua tak best, dua dua pun best... keliru

Unknown said...

banyak diceritakan dlam novel2 cinta kisah seperti ini :)

arsaili said...

salam..renung2 kan lah..ehhh

kad0k. said...

jgn lupa..OIM..sejuta tu..hehehe

aku setuju..bila susah barulah kita sentiasa ingat diri kita dan tuhan..point yg sgt bagus..:)

AL-BIMA SAKTI said...

lara;
balasan atas setiap perbuatan sebenarnya tidak tertangguh lagi kini. cuma seseorang itu sedar atau tidak...


mak su;
bersenanglah dgn situasi diri kita sendiri. perbuatan melebihi batasan amat berbahaya diri sendiri...


zalisa;
hidup sentiasa di kelilingi kisah2 ortodoks dan monotonous...


arsaili;
tenung dan renungkanlah...


kadok;
ragam kemanusiaan... ragam kemusnahan...