Saturday, April 11, 2009

KALAU DAH TAHU... KENAPA..?

KALAU DAH TAHU...
MEMANG BERAT BAHU YANG MEMIKUL DRP MATA YG MEMANDANG,
KENAPA HARUS DIBIARKAN BAHU MENANGGUNG BEBANAN?

KALAU DAH TAHU...
SETENANG-TENANG AIR DI LAUT JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA,
KENAPA HARUS BERMANDIAN DAN BERLEKA-LEKA?

KALAU DAH TAHU...
TIDAK SEMESTINYA PANAS BERSINAR HINGGA KE PETANG,
KENAPA TIDAK BERSEDIA SEBELUM MENDUNG DAN HUJAN MENDATANG?

KALAU DAH TAHU...
SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA TERJATUH KE TANAH JUGA,
KENAPA HARUS MENJADI TUPAI YANG SELALU DIBURU BAHAYA?

KALAU DAH TAHU...
BIASANYA BILA SUDAH TERHANTUK BARU NAK TERNGADAH,
KENAPA TAK BERFIKIR BERKALI-KALI SEBELUM MENCIPTA MASALAH?

KALAU DAH TAHU...
BELAKANG PARANG PUN AKAN MENJADI TAJAM JIKA DIASAH,
KENAPA TAK DITAJAMKAN IA MENJADI SENJATA PEMBELA MARUAH?

KALAU DAH TAHU...
TAKKAN PISANG BERBUAH DUA KALI,
KENAPA TAK DITEBANG DAN DITANAM DENGAN YANG LAIN SEBAGAI GANTI?

KALAU DAH TAHU...
SEHARI SELEMBAR BENANG MAMPU MENJADI KAIN,
KENAPA MASIH TERMANGU DAN LEBIH BANYAK BERMAIN-MAIN?

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SEKEHLOGI

"Sesekali melakukan kesilapan dan kesalahan, melambangkan kebiasaan bagi kehidupan manusia. Namun jika terlalu kerap membuat kesilapan dan kesalahan, ia melambangkan manusia itu yang tiada kehidupan."

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

8 comments:

dcrysz said...

ah..aku fes...



dah tau nama pun manusia....
yang memang glamer dengan sifat mencuba dan ingin tahunya....

so nak wat camaner???

melayuangkat said...

Salam anakku,

Memang lumrah insan suka hidup leka dan seakan hidup ini selamanya. Bertuahlah mereka yang sentiasa berIngat dan sentiasa berusaha memperbaiki dirinya dalam segala aspek kehidupan yang fana ini..

WaAllahuAlam.

Rajuna said...

dia bodoh kot
tu je ah
banyak kali ulang benda yang sama

Mak Su said...

kurangkan bercakap, tingkatkan amalan :)

habluminallah, habluminnas

noorlara said...

kalau dah tau pisang tu tak berbuah dua kali awat tak tanam yg boleh berbuah berkali-kali jadi tak payahle nak tebang juga berkali-kali...amacam
have a nice day

JKKN Penang said...

ku sangka laut luas, sungai rupanya.tak nampak pulau di tengah, ombak tak ada....

AL-BIMA SAKTI said...

dcrysz;
kalau mencuba biar yg berupaya.
usah mencuba yg akhirnya terpedaya dan diri menderita...


melayuangkat;
salam bu,

insan yg leka,
mudah tersasar ke lembah bencana.

insan yg sentiasa beringat
insya-Allah akan terselamat.

insan yg sentiasa membaiki diri
kemuliaan akan dimiliki...


rajuna;
bodoh sombong sukar ditegur
perjalanan hidup mudah terlanjur...


mak su;
banyak cakap tapi tak berisi
menonjolkan kelemahan/kebodohan diri.

biar kurang bercakap
asal tau adat dan adap...


lara;
pisang apa tu yg boleh berbuah berkali-kali? pisang kaki ka..?


jkkn;
dek kekaburan mata
terkeliru dalam membeza.
sungai dan lautan
tertipu pandangan.

berhati-hati dan berwaspada
usah mudah terlemas di daratan pula...

k said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes