Monday, March 30, 2009

MARAH... KELIRU... HARUUU....

Bila tak diberitahu
dia marah-marah tak menentu.

Bila marah-marah tak menentu
dia menjadi keliru.

Bila dalam keliru
dia menjadi buntu.

Bila selalu buntu
dia menjadi haru biru.

Bila terharu biru
dia menjadi malu.

Bila sering malu
dia menjadi terharu.

Dalam terharu
dia akan terkedu.

Dalam terkedu
dia masih tak tahu malu.

Dalam tak tahu malu
dia marah-marah tak menentu...

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SEKEHLOGI

"Manusia yang tersasar daripada etika kebenaran kehidupan, adalah mereka yang sering fokus pada keduniaan dan kebendaan, bukannya pada prinsip dan nilai kehidupan itu sendiri."

8 comments:

dcrysz said...

wah... aku yg pertama ghupenyer...

marah kerana keliru...
keliru kerana x ambil tahu...
x ambil tahu sbb x tau malu...
x tau malu sbb punyai hati yg keras bagai BATU!!!!

Afida Anuar said...

Sapa dia tuh incik al- bima? ehehehehe..

pernah gak sy jadi haru biru....tp tak penah lagi sy marah tak menentu..heheheh

Marzalina said...

haru biru nama filem kan..keliru plak nama lagu..hehehe

noorlara said...

marah, keliru dan haru sebab kurang ilmu. tak tahu bertanye tak mahu. mana tak celaru....

MAZEMIE MAZ said...

salam,
marah tentunya bersebab

Mardihah said...

HUHUHUHUHU...benar-benar keliru,
manusia sememang sebegitu..adakala keliru dan sengaja menjadi keliru...kerana diri yang keliru

ryann said...

dalam marah marah tak menentu
dia masih tak diberitahu
orang lain keliru dan haru biru
adehh

AL-BIMA SAKTI said...

dcrysz;
x tau malu. x ambil tau. itulah ego tak menentu.

afida;
siapa lagi, kalau bukan manusia dan kehidupan...


marzalina;
usah mudah keliru...

lara;
tak berilmu tp rasa serba tau. lagilah keliru dan haru...

maz;
kemarahan itu naluri...

mardihah;
ada yg suka mengelirukan dirinya dan org lain...

ryann;
keliru itu lagi mengelirukan...