Thursday, March 5, 2009

GELABAH YANG MENERJAH

Entah kenapa sejak dua menjak
risauku kian memuncak
rimasku jua melonjak-lonjak
kacau akal membuak-buak
nafasku pula tersedak-sedak
apakah petanda buruk bakal menapak
atau nasibku bakal berginjak
dari ada menjadi tidak
dari melimpah-ruah dah jadi tak banyak
dari seperiuk yang tinggal hanya kerak
dari sempurna menjadi koyak-rabak
dari senang menjadi sesak
dari selesa menjadi senak
dari dengar menjadi pekak..?

Oh.., aku makin takut dan cuak
bimbang ada yang menempelak
ada yang tergelak terbahak-bahak
betullah juga pesan mak bapak
berhati-hati berkawan dan beranak-pinak
masa senang kawan berlambak-lambak
saudara mara manis mulut hingga ke anak tekak
masa susah baru kita nampak
mana dedalu mana satu biawak
jangan kata duit ringgit nak dibawak
bertanya khabar pun macam tak nak
hulur rasa simpati pun tidak
ataupun datang menghibur nak buat lawak
huh..,batang hidung pun susah nak nampak.

Tapi aku sedar sebab semua tu dah dapat agak
dalam dunia ni apa-apa pun orang tergamak
masing-masing nak lepaskan anak tekak
kalau tak ada pandai dia memintak-mintak
buat muka tak malu macam muka pasar lambak
masa susah mengendeng-ngendeng menahan sebak
kononnya rezeki hanya secupak
anak nak susu melalak-lalak
buat muka kesian dengan tak jemu dan jelak
kita pun tak sampai hatilah jugak.

Bila dah lebih sikit rezeki dari secupak
tak lagi bermotor buruk dan asyik menapak
hidup senang hidung pun berdongak
mula lupa diri dan berlagak
kawan baik pun sanggup dipijak
fuh.., itulah manusia jenis haprak...!

Aku tak mau terus gelabah
moga yang risau tak terserlah
yang aku rimas tak terdedah
yang kacau di fikiran tak terus menerjah
biarlah diriku kekal dan tak berubah
aku selesa dengan apa yang dianugerah
agar nasibku tidak terngadah
hanya pada-Mu ya Allah
aku mnemohon keinsafan dan berserah...!



10 comments:

Rozita said...

bersyukur aje lah..

artsoul said...

sungguh puitis

noorlara said...

kalau tetiba risau jgn diikutkan nanti sasau, dok tenang lapangkan minda, kanke semua masalah ade berpunca, kalau dah jumpa, yg kusut terlerai semula itupun ngan izin NYA bukanle sebab kita ni terrer

Aishah Jamal said...

Saya setuju dengan Bima pasal sekarang ni memang banyak 'Biawak'... dan biawak ni hidup tak kira masa senang atau susah. Janji dia cukup makan, itu masalah utama.

Mak Su said...

kalau semakin baik, saya suka
kalau sebaliknya, saya tak tahu nak kata apa

sedangkan, kita kena terima walau apa saja

AL-BIMA SAKTI said...

rozita;
ya, kita harus bersyukur dgn apa yg kita ada dan nikmati. kalau yg kita miliki itu sesuatu yg menyenangkan, itu anugerah tp mungkin terlindung dugaan.

atau jika kita terpaksa genggam kesukaran, itu adalah dugaan yg mungkin terlindung hikmah-Nya...


artsoul;
tq

lara;
apa yg terjadi ada puncanya
apa yang menimpa ada musibahnya
apa yg diterima ada hikmahnya
apa yang ditentang ada alasannya.

setiap masalah ada penyelesaiannya
setiap kekusutan ada leraiannya.
akal adalah penjana kesempurnaan.

aishah jamal;
la ni ramai antara kita terpaksa mendukung biawak hidup. atau sja suka2 nak dukung biawak hidup.

mak su;
yg baik semua org suka
yang buruk semua menolaknya
yang sempurna akan disukai
yang serba kekurangan akan dibenci
begitu adat duniawi...

Rozita said...

aku tak pandai nak bermadah....

AL-BIMA SAKTI said...

rozita;
tak perlu bermadah,
cuma tau apa yg diluah,
dan difahami oleh telinga yg menadah,
asalkan tidak bermasalah...

k said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes

I LOVE YOU said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,AV女優,聊天室,情色,性愛