Wednesday, March 11, 2009

HENTAM SAJALAH LABU..!

Seorang sahabatku tinggi pengajian dan beriman
hari itu dia tiba-tiba melontarkan kebimbangan
katanya kebelakangan ini semacam ada kecenderungan
sebilangan persatuan yang membela kaum wanita
yang bergerak atas nama agama dan juga pembela
seakan menggalakkan lelaki dan wanita bersengketa
menggalakkan wanita membenci dan menjauhi lelaki
seakan menggalakkan wanita takut nak bersuami
menuntut itu dan ini yang diluar hakiki
kekadang melampaui ketetapan Ilahi.

Kerana salah faham melulu
yang ditonjolkan persatuan sebegitu
dan adakah berpunca dari itu
maka ramai wanita sanggup jadi andartu?

Jangan dek kerana pengalaman lalu
yang ditempuhi sesetengah pemimpin itu
dari keluarga yang tak bahagia
rumahtangga keluarganya porak peranda
ayahnya yang perangai tak serupa manusia
ibunya pula yang selalu menjadi mangsa
maka sehingga dewasa dia terbawa-bawa
kononnya semua lelaki perangai macam ayah dia
lalu ditubuhnya persatuan wanita
konon nak membela wanita teraniaya
tapi jauh terpesong dari niat sebenar
membuat tuntutan hingga tersasar.

Jangan tersalah menuntut kesamaan
andai tersasar dari kebenaran
yang menjadi hukum tak boleh diubah-ubah
bukankah itu sudah ketetapan Allah.

Sepatutnya tuntutlah pembelaan dan keadilan
elakkan wanita dari menjadi mangsa penganiayaan
ada sesetengah wanita hidup menderita
kerana suami berperangai tak serupa manusia
jangan salahkan hukum Tuhan
jangan mendesak yang sudah ketentuan
tapi salahkan mereka yang diberikan amanah
tapi sikap dan kerja tak pernah berubah
segala perkara pakai ambil mudah
sedangkan semakin ramai wanita/isteri kian terngadah
akibat sikap dan perbuatan suami durjana
mereka yang diberi tanggungjawab usah asyik terlena dan ternganga.

Kata rakanku itu lagi yang juga turut merisaukan hati
sebilangan penceramah bebas termasuk di dalam tv
yang seakan menggalakkan isteri meragui suami
yang seakan menggalakkan pasangan laki bini
agar ketepikan sikap bantu membantu
hanya tugas suami membayar dan membeli mana yang perlu
suami susah pun tak perlu ambil tahu
dah tanggungjawab suami semua itu.

Mentang-mentanglah dia penceramah bebas
keluar dari mulut pun main cakap lepas.
Walaupun dia penceramah wanita bergelar ustazah
janganlah ceramah main pakai belasah.
Jangan emosional seakan membenci kaum lelaki
walaupun cara awak cakap itu seakan marah perangai laki sendiri
itu menunjukkan penceramah sendiri kurang pekerti.

Berilah ceramah kerana keperluan
bukannya kerana ikut kesesuaian
kenapa digalakkan isteri seakan bermusuhan
dengan suami dan pasangan
berikan panduan yang baik sebagai teladan
yang buruk perlu dijadikan pengajaran.

Kata rakanku lagi menggeleng-gelengkan kepala
ustazah itu berceramah berpandukan agama
tapi menggalakkan sesuatu yang tak sempurna
seakan menggalakkan isteri menderhaka
seakan meruntuhkan rumah tangga bahagia
apa ke jadah itu semua?

Sepatutnya agama menggalakkan keharmonian
bantu membantu jika ada kekurangan
bukannya cakap ikut sedap perasaan
nanti timbul salah faham dan banyak pula keburukan.

Bukankah suami isteri perlu ada kesefahaman
bantu membantu jika ada keperluan
bukan tumpang kesenangan masa suami senang
bila suami susah awak bersuara lantang
dan suami yang baik pun perlu diketepikan
itukah yang harus diajarkan?

Itulah silapnya mengguna agama untuk cari makan
main pakai bantai ikut kesedapan.
Betul ke mereka tu ada kelulusan
betul ke mereka tu ada kepintaran
betul ke mereka ada kebolehan?
Huh... aku manalah tau
hentam sajalah labu
asalkan duit masuk ribu-ribu...!

8 comments:

arsaili said...

salam...a good point..kekadang dia org ni bila dh bercakap mungkin tak sedar..

kad0k. said...

mcm tau aje persatuan tu...bkn dalam persatuan tu ramai yg andartu ke?

Afida Anuar said...

Tu bukan ustazah tu incik al bima..tu..erkkk apa nak panggil ek? uhhuhu

wlupun sy tak kawin lgi..tp sy tak nak jadi andartu..sy nak kawin...sy manusia normal..hehehhehehe

noorlara said...

Al,
dalam banyak hal tgjawab lelaki bukanlah mudah, seorg bapa bertangungjawab mendidik anak pompuan mereka agar membesar menjadi muslimah yg kamilah so bila dah nikah tentu jadi isteri nan solehah. Suami lak kalau tak bisa ngajo isteri ilmu agama maka kenalah carikan guru malah dia sendiri wajib pertingkat pengetahuan agama dan Al Quran dari masa ke masa. kalau dah ngajipun pelat camna nak jadi imam pasa isteri dan hanak-hanak. Apa-apapun lelaki yg membentuk sahsiah pompuan. Bapa atau suami perananya sama jek bawa isteri dan anak-anak ke surga... ya udah-udah panjang sgt ni

tasikmerah said...

err.. ustazah mana tu bang?

.

AL-BIMA SAKTI said...

arsaili;
utk cari glamour...

kadok;
tau takpe...

afida;
sebab nak cari glamour, cakap sampai lupa agama... pun ada...

noorlara;
ya. tggungjawb suami amat berat. tu pasal ramai lelaki cepat bo..tak... sebab mereka gunakan o...tak...

tasikmerah;
ustazah cari makan...

kerisLekuk7 said...

perlu banyak pengorbanan...dunia diakhir zaman..

k said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes