Thursday, February 26, 2009

SERONOK... ALAHAI, SERONOK..!

SERONOK - kata Kamus Dewan Bahasa;

1. Perasaan yang menyenangkan ( yang menyukakan).

2. Menyedapkan hati (sedap didengar, dilihat, dll).


SERONOK - bagi yang tak reti bahasa;

1. Menyenangkan hati tak bertempat (yang menyukakan dan dalam masa yang sama ia melukakan hati orang lain atau sendiri).

2. Menyedapkan hati sendiri (sedap di dengar tapi menyakitkan telinga, sedap dilihat tapi menyakitkan mata, sedap didengar tapi menyakitkan hati, sedap dilihat tapi menyakitkan telinga, dll).


MENGATA-NGATA MEMANG SERONOK
YANG DENGAR ORANG MENGATA LAGI SERONOK
SEMUANYA SUKA DAN BERSERONOK
DIRI TAK KENA KATA MEMANGLAH LEBIH SERONOK
MENJADI MANGSA ORANG MENGATA JUGALAH YANG TAK SERONOK
TAPI DI SEBALIK SERONOK TAK SEMESTINYA BERAKHIR DENGAN SERONOK.


JIKA IA SESUATU YANG SERONOK
BUAT MACAM MANA PUN IA TETAP SERONOK
DIDENGAR JADI SERONOK
MELIHAT LAGILAH SERONOK
DAPAT MERASA LAGI-LAGILAH SERONOK.

KALAU DIDENGAR SUDAH SERONOK
DILIHAT LAGILAH SERONOK
DAPAT MERASA BERTAMBAH-TAMBAHLAH SERONOK.

KALAU DIDENGAR SUDAH TAK SERONOK
DILIHAT TENTU JUGA TAK SERONOK
DAPAT MERASA PUN MUNGKIN TAK SERONOK.

KALAU DIDENGAR SERONOK
TAK BERMAKNA MELIHAT PUN SERONOK
KALAU DAPAT RASA PUN MUNGKIN TAK SERONOK.

SERONOK MEMANGLAH SERONOK
YANG SERONOK TETAP SERONOK
YANG TAK SERONOK PUN BOLEH JADI SERONOK
KALAU TAHU CARA NAK BUAT IA JADI SERONOK..!

ORANG YANG SERONOK TETAP SERONOK
ORANG LAIN TAK SERONOK TAPI DIA SERONOK.

ORANG YANG TAK SERONOK TETAP TAK SERONOK
ORANG LAIN SERONOK DIA TETAP JUGA TAK SERONOK.


7 comments:

noorlara said...

justeru nak bagi hatiku seronok maka lara tag le Al Bima Sakti
instructions:

Go to your photos folder in your computer
Go to the 6th folder of your photo
Go to the 6th picture in that folder
Put the picture on your blog
and write a description of it
Invite 6 friends to join thee challenge
link them in your blog and let them know they have been challenged

kalau Al tetiba lak kureng seronok tak dapek den nak nulung sobab bukan perkaro mudah nak buek orang seronok silap-silap awak sendiri yang ilang seronok hahahaha
ahh seronoknyeeee

Princess Liyana said...

hmm..byknyer perkataan seronok..huhu leh wat discourse analysis ni:)

Tie said...

Seronok sangat sampai jatuh terlentang dan terbungkang !!

naz ilyn said...

salam...
seronok jangan sampai buta mata hati.

Aishah Jamal said...

Terlebih Seronok kadang-kadang sampai ngalir airmata. Bila tak seronok rasa nak sorok muka.

kad0k. said...

aku seronok baca n3 ni sbb buat aku rasa seronok...arghhh

k said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes