Sunday, February 8, 2009

ALAHAI ORANG KITA..!

Alahai orang kita
mudah sangat percaya
mudah juga tertipu dan terpedaya
tak tahulah kenapa
akal ada ke tak ada?
***
Dari dulu sampai kini
fitnah dan dengki memang dekat di hati
kalau tak percayakah fitnah macam boleh mati
kalau tak jadi kaki hasut macamlah rugi.
**
Kalau khabar angin pakai telan bulat-bulat
walaupun tak betul dan tak tepat
terus percaya sangat-sangat
itu pasallah dunia pun tak berapa nak selamat
sebab dalam dunia masih wujud begitu punya umat
***
sudsahnya diri sendiri juga yang tak berapa nak sihat.
Kalau pasal skim cepat kaya
ramai juga orang kita yang terkena
keluar duit sikit nak dapat banyak berjuta-juta
kalau labur banyak lagilah dapat banyak tak terkira
sudahnya diri terngadah dan ternganga
tanggung hutang jiwa merana
rumah tangga porak peranda.
**
Ada juga anak dara kita
masih bersekolah sibuk nak bercinta
tak kira mat indon atau mat bangla
macam mana mereka boleh tergoda
lari ikut jantan sebegitu mudahnya
tinggal mak bapak tanpa berita.
***
Bila terkena baru terkulat-kulat
rupanya si jantan bukanlah hebat sangat
hidup susah lagi melarat
nak makan pun tak ada apa yang nak disuap
barulah di kepala mak bapak teringat-ingat
dulu tak guna otak masa nak buat
hingga rayuan si jantan keparat
membuatkan diri leka dan terjerat.
**
Alahai anak dara kita
orang bercinta awak nak bercinta
mat bangla atau mat indon pun pakai sapu saja
tak tahulah apa yang dia rasa
sampai begitu mudah tergoda
pun sampai mudah terlupa dunia
bila dah beranak baru menyesal berjela-jela.
***
Sebenar apa semua yang terjadi
Itulah padahnya ikutkan hati
semuanya pakai redah membuta tuli
konon dah pandai fikir sendiri
pendapat orang lain dah tak peduli.
**
Apa terjadi silap sendiri
tak pernah ambil tahu apa saja informasi
surat khabar berlambak dipandang sepi
asyik baca majalah hiburan terkini
dalam tv pun ada peringatan diberi
tapi soal hiburan juga terlekat di hati
mengenai berita semasa tak ambil peduli
sudahnya sendiri juga tergigit jari.
***
Alahai orang kita malang selalu
mudah sungguh terpedaya dan tertipu
yang terbaru mengenai SMS palsu
kononnya menang hadiah berpuluh-puluh ribu
itupun ada juga yang tongong dan dungu
sampai percaya bodoh sebegitu.
**
SMS palsu pun boleh percaya
konon cepat nak jadi kaya
sampai terlupa dunia dan tergelap mata
tak fikir dengan otak yang ada
siasat dulu sebelum terima.
***
Kalau anak kaya kenalah usaha
harta tak datang sekelip mata
bersusah dahulu bersenang di kemudiannya
rezeki halal berlimpah nikmat dan rahmat-Nya.
**
Bila buat apa-apa kena pakai otak
jangan semuanya main pakai lantak
tersilpa langkah diri sendiri yang terhentak
barulah nak menangis nak melalak
apa nak buat nasi dah tinggal kerak..!!
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
SEKEHLOGI
***
"Ada orang melakukan kesalahan demi kesalahan tanpa rasa bersalah, sehinggalah dia terperangkap dengan kesalahan yang dilakukannya itu."
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

9 comments:

Tie said...

Betul laa....hairan sungguh kerana orang kita ni mudah sangat terpedaya...

Adoi...cepat2lah buka mata dan minda...moga2 kita tidak terus terpedaya......

ryann said...

akal letak di lutut

meera said...

salam,
lama tak dtg sini...

nak komen pasal sms palsu...
rasa saya sungguh pelik la org2 yg percaya sms tu, sedangkan dh byk kali didedahkan kes ni, namun masih ada yg terpedaya...

boleh tak kata org2 camtu BODOH???

Mak Su said...

alaaahaiiii (p/s: saya dah tutup blog jamilahyangayu)

Aishah Jamal said...

Alahai...
masalahnya kesalahan sendiri payah nak mengaku tapi jika kesalahan orang lain, ramai yang nak buat Buku..

AL-BIMA SAKTI said...

tie;
yg tak betul ramai yg percaya.
yg betul ditutup mata.


ryann;
kat lutut boleh tahan lagi. ada yg letak kat tapak kaki...


meera;
semua berlagak pandai. surat khabar tak baca. tv tak tengok. dok baca surat khabat politik. bodoh sombong...


maksu;
kenapo tutup milah...?


aishah jamal;
kebodohan diri tak sedar.
kebodohan orang diuar-uar...

en_me said...

hi tuan umah tewww.. arini friday the 13th.. ati2 dijlnraya.. salamms dr me dikejauhannnns..

k said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes

I LOVE YOU said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,聊天室,情色,a片,AV女優