Friday, February 13, 2009

PEMANDU TIDAK BERILMU

Kenalilah golongan tak berilmu ketika berada di jalan raya (lebuh raya).
Atau dalam bahasa kasarnya pemandu kurang ajar.
Atau dalam bahasa lembut sikit, dia ingat jalan raya itu mak bapak dia yang punya.

Antaranya:

1. Kita memandu dgn kelajuan ditetapkan disebelah kanan (terutama memotong kenderaan lain), dia datang dari belakang dgn melebihi kelajuan sambil memberi lampu isyarat / bunyi horn suruh kita ke tepi.

2. Memandu tidak mengikut kelajuan maksimum ditetapkan di sebelah kanan dgn menghalang pemandu lain. Tapi dia buat bodoh aje.

3. Memandu terlalu perlahan di sebelah kiri tanpa hiraukan pemandu lain.

4. Kita sedang memandu laju, tiba-tiba dia keluar dari bahu jalan, menyebabkan kita kena brek dan berikan dia laluan. Tapi lepas tu dia buat bodoh eje dgn memandu terlalu perlahan. Sedangkan kita nak memotong tak ada peluang.

5. Memperlahan kenderaan dengan tiba-tiba sebab nak jawab telefon bimbit, tanpa peduli pemandu lain di belakang.

6. Parking kenderaan sesuka hati di simpang jalan (sebab singgah minum/makan dll) hingga menghalang pemandu lain.

7. Tidak memberi isyarat utk membelok ke kiri, sedangkan pemandu lain sedang menunggu di simpang untuk keluar ke kanan. (Tempat tak ada lampu isyarat tapi agak sibuk).

8. Berhenti kenderaan antara bahu jalan dan atas jalan, kemudian terus bukan pintu di sebelah kanan, tanpa pedulikan pemandu lain datang dari belakang.

9. Parking sesuka hati hingga termasuk ke petak parking bersebelahan.

10. Penunggang motosikal yang menunggang perlahan di tengah-tengah jalan sambil begurau senda dgn pembonceng wanitanya.

Manakala pemandu yang perlu berubah dan bermuhasabah diri ialah:

1. Memandu perlahan dgn sesuka hati tanpa mengikut keadaan dan masa. (Memandu tidak ikut kesesuaian).

2. Terhegeh-hegeh nak bergerak walaupun lampu isyarat sudah bertukar hijau. Disebabkan dia, kenderaan yang boleh lepas enam, hanya dapat lepas tiga.

3. Dah dekat nak masuk simpang, baru nak bagi signal.

Anda mampu berubah..!

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SEKEHLOGI

"Hanya orang yang perasan bijak dan berilmu saja yang sering melakukan kesalahan tanpa disedari. Sedangkan orang yang benar-benar berilmu dan bijak akan terus mengelak dari melakukan kemarahan orang."

*******************************************************************







7 comments:

Yana Ismail said...

huh..tk suka org reckless driver..

Hj Mohamad 013 3377 242 said...

Perjalanan hidup kita berkait dengan sembahyang kita, termasuk kaedah memandu. Sembahyang ni bukan setakat untuk menunaikan perintah Allah je. Baca http://kifayah.wetpaint.com saya. Point 1,2,3,5,9 dan 10 adalah berkait dengan sembahyang berjemaah. Jika berjemaah kita ikut imam. Imam ialah orang yang dihadapan tu. Yang lain ikut belakang. Menjadi imam pula kena tahu garis panduan dan hukum-hukumnya. Misalnya tak laju tak perlahan sangat, kena ikut peraturan. Jika difahami, memandu di lebuhraya kelajuan 110kmj, maka ikutlah kelajuan itu. Jika orang di hadapan (imam), memandu 110km yang di belakang ikutlah. Tapi jika yang di hadapan tu lebih perlahan, dia tak ikut peraturan, memang patut ditegur.
Point no 6, dalam sembahyang ada menyebut hukum 'makruh sembahyang di laluan'. Jadi memang tak patut sangat tentang meletak kenderaan cara itu. Bacalah URL di atas tadi. Wallahu-a'lam.

Mak Su said...

pemandu mcm tu mmg ramai, saya beranggapan, mereka ni rasa diri mereka bijak, or mereka sibuk, or mereka saja yang ada masalah bla bla bla, ditambah dgn ego :(

chekdenoor said...

Salam.... kalau nak tahu....sifat seseorang tu...penyabar atau pemarah...... kita boleh lihat semasa dia memandu...aha.....masa tu...memang real nyer...kalau dia pemarah...sure tak tercover nyer....... heheheheheh......

azlin hashim said...

Betul, sy bengang betul kalau jumpa yg no 4 tuh, bertambah bengang kalau kita tgh drive ada lak motor yg bwk punyelah lembab pastu bwk betul2 kat tgh jln, kita nak motong pun payah, kalau kena langgar kita gak yg kena, padahal salah dia.

Dah tahu awak tu motor, bawak lah kat bahu jln.. kan..kan..kan?

noorlara said...

Al,
dedulu org kata kalau nak tau pangai seseorang tengok gaya jalannye, leee ni kalau nak tau perilaku seseorang tengok camna dia pandu dan kendalikan kete. Kalau kelamkabut dan tak reti bahasa siap buang sampah kat tetengah jalan dan parking kete ikut sesedap rase macam majlis bandaran dia yang punye tu maknanye begitule jugak dia jalani kehidupan, berserabut dan tak terurus, ngusahkan org sejak lahir sampai ketua. Tak pedulu peraturan, org camni campak ke lautpun jerung tak hingin nak makan sebab busuk perut, uiiikkks
Lepas gerem le plaks sebab selalu terkene ngan species tak semengah tu.

AL-BIMA SAKTI said...

princess;
mendatangkan masalah pd org lain.

ybmate;
org perangai macam tu, jgn kata ada ilmu dunia, ilmu akhirat pun belum tentu. hidup penuh celaru, dn cuba celarukan org lain...

mak su;
pemandu jahil ilmu...

chekde;
ramai yg pentingkan diri sendiri... dalam masa sama menyusahkan orang lain...

azlin;
ramai yg bawa motor tak sedar diri. macam dia bayar road tax juta-juta... manusia jahil ilmu...


noorlara;
stuju sangat2...