Wednesday, January 28, 2009

BAHASA YANG TAK PERNAH SELESAI

TAK STANDARD?

Kalau ada isu bahasa yang tak pernah selesai, tak lain tak bukan itulah Bahasa Melayu. Dulu, kini dan mungkin selamanya.

Kalau menggunakan bahasa yang tak betul, bahasa pasar, bahasa rojak dan bahasa yang mengelirukan, mesti ia ada kaitan dengan Bahasa Melayu juga.

Kenapa? Tak 'standard'kah Bahasa Melayu sehingga ia mesti dirojakkan dengan Bahasa Inggeris? (Takkan kerana ramai orang Melayu kahwin dengan Mat Saleh, bahasa pun nak kena dikahwinkan juga, baru nampak standard?).

Atau acara 'pemasaran' dan pengajaran Bahasa Melayu itu sendiri oleh pihak-pihak berwajib yang tak standard, sehingga ia jadi tak standard di kalangan penggunanya?


KELIRU LAGI MENYUSAHKAN?

Benar. Bahasa Melayu sentiasa berkembang. Tapi perkembangan yang bagaimana? Yang menyusahkan lagi mengelirukan? Bukannya perkembangan yang mengujakan dan memudahkan penggunaannya?

Malah terlalu banyak kerenah dan birokrasinya. Sebagai contoh, yang terbaharu arahan penggunaan perkataan 'baharu' yang asalnya dari perkataan 'baru'.

Apakah yang tak kenanya dengan 'baru' sehingga ia perlu digantikan 'baharu?' Adakah pengguna Bahasa Malayu tak memahami perkataan itu?

Apa perlunya perkataan yang mudah dan ringkas dan berpuluh-puluh tahun digunakan dan semua orang memahaminya (termasuk anak-anak kecil yang belum sekolah) perlu ditukar dengan perkataan yang lebih panjang dan maksudnya pula tetap sama?

Kalau mahu dilakukan perkembangan pun, biarlah yang sesuai dan perkataan yang terbaru dalam BM.

Apakah kerana ada orang yang terlalu pandai dalam soal bahasa yang mahu menonjolkan kepandaiannya sehingga ia menjadi 'memandai-mandai' yang boleh mengelirukan orang ramai?


MEDIA ELEKTRONIK JADI KAMBING HITAM?

Bila dikaitan dengan bahasa pasar atau bahasa rojak, yang dipersalahkan atau menjadi kambing hitamnya ialah media elektronik. Media itu dipersalahkan kerana mempengaruhi pengguna sehingga ramai yang tak tahu nak guna Bahasa Melayu yang sesuai?

Adilkah? Atau sekadar lepas tangan atau melepaskan batuk di tangga?

Kenapa media itu yang harus dipersalahkan. Ia hanya berperanan menyampaikan maklumat yang mudah untuk difahami dan diterima pendengar atau penontonnya. Media elektronik bukannya tempat mengajar dan memperbetulkan Bahasa Melayu. (Namun harus diberikan ucapan terima kasih kepada media elektronik yang berprihatin dalam soal Bahasa Melayu).


PENGAJARAN BAHASA MELAYU TAK BERKESAN?

Sejak mengenali alam persekolahan, kita telah diajar Bahasa Melayu. Dari tahun satu hingga tahun enam. Namun cara penggunaannya seharian masih kabur. Ada murid yang tak dapat menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

Kemudian dari tingkatan satu hingga lima. Masih juga ramai yang tak mampu menguasai Bahasa Melayu dengan baik dan sempurna. Ada ramai pelajar tingkatan lima yang masih tak tahu dimana perlu digunakan penambahan 'di' sama ada didekatkan atau dijarakkan dengan sesuatu perkataan lain itu. Itu belum lagi menggunakan perkataan 'pada', 'dari' dan 'daripada' (yang setiap hari digunakan dalam percakapan) dengan betul.

(Sepatutnya 'di' dengan 'tempat' dijarakkan. Contoh: 'Di Kuala Lumpur'. Jika perkataan bukan maksud 'tempat' seperti 'wajib', jika ditambah 'di', ia akan dieja 'diwajib'.

Di manakah silapnya? Adakah cara pengajaran di sekolah yang tidak betul atau tidak berkesan? (Pihak berwajib seperti DBP sesekali perlu meninjau cara pengajaran Bahasa Melayu oleh guru-guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah).

Sehubungan itu, para pelajar yang bijak pandai akan melanjutkan pengajian ke universiti. Namun penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu masih juga tidak mencapai tahap yang memuaskan. Dan mereka inilah yang akhirnya akan memenuhi alam pekerjaan dengan membawa bersama mereka cara penggunaan Bahasa Melayu (BM) yang tidak sempurna, walaupun mereka adalah Melayu.

Lebih menyedihakan apabila mereka memasuki alam pekerjaan di media (terutama media elektronik) dengan menjadi penerbit berita, wartawan dan editor berita Bahasa Melayu dan penyampai, sedangkan pengusaan BM mereka sendiri tidak sempurna dan memuaskan. Maka tidak hairanlah akan terdapat ayat-ayat yang pelik dan mengelirukan, sama ada di dalam berita atau pelbagai rancangan lagi. Bagi mereka, asalkan mereka faham, sudah.(Pada amatan saya, situasi sedemikian jarang berlaku dalam media cetak arus perdana).

(Nota: Ada sebilangan majalah dan akhbar nyamuk, juga media elektronik yang sering tersalah sebut dan eja dua perkataan ini: Sepatutnya 'istirahat' tapi disebut 'istirehat'. Sepatutnya 'cendekiawan' tapi disebut 'cendiakawan'. Terlalu kerap berulang kesilapan ini. Sepatutnya penerbit, editor, wartawan dan penyampai harus peka tidak terlepas pandang. Nampak remeh tapi amat memalu lagi memualkan).

12 comments:

sakurasa 2 said...

sakura sedang keliru he he he

Tie said...

Laaa.....selama ni ingatkan istirehat... macam mana boleh silap ni...

Tie memang lemah bab2 bahasa ni..BM dan Eng...

arsaili said...

salam..isu yg tak pernah selesai

Mak Su said...

isu yang sungguh mengelirukan, semua nak tunjuk pandai

noorlara said...

Al,
Isu bahasa malaysia tersangatlah peliknya sebab kekadang nampak gempak tapi selalunya sejuk cepat dan beku, bila dikorek baru ada pihak melenting dan mulale adakan seminar sanan seminar sinun. Rasa nak termuntakpun ade, yg sebenarnya bukan susah nak naikkan mertabat bahasa tu, undang-undang dan kuatkuasa, lagik satu kalu nak buat apa-apa tak sudah nak pertimbangkan pihak itu pihak ini lelalama hak sendiri tergadai. Udah lelah aku ni....... hahahaha

kelip-kelip kusangka api
kalau api mana sumbunya
hilang ghaib ku sangka mati
kalau mati mana kuburnya

Nek Cun said...

Adakah kesilapan itu disebabkan terlalu banyak dailek dalam Bahasa Melayu kita ni? Entahlah... nekcun sendiri kekadang tersasul dan terpaksa 'merojakkan' bahasa Melayu untuk memudahkan orang faham akan apa yang ingin nekcun sampaikan...

Rajuna said...

apabila dasar dipolitikkan ini lah jadinya. semua nak tunjuk hero.

Tie said...

Salam....kalau sudi jemputlah datang ke blog Tie ambik award, ekk...

azlin hashim said...

Kdg2 kalau kita baca paper atau novel, bahasa yg digunakan pun rojak.. berulang kali kena baca baru faham. Nampak mudah, tp ramai juga yg tak lepas BM masa amik SPM tau..@!!

Khairi said...

"Malam karang aku SPR kau."

SPR - sistem pesanan ringkas.

:p

13may said...

hehhe...

belasah ajer bro... :D

k said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes