Thursday, September 11, 2008

"SELESAIKAN EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR"

Tidur itu keperluan. Jika tidak cukup tidur, boleh menyebabkan bermacam-macam penyakit yang berkaitan dengannya.

Tetapi jika kita berada dalam keadaan fikiran yang sering terganggu dan hati yang kerap resah gelisah disebabkan sesuatu perkara yang sukar atau tidak dapat diselesaikan, mampukah untuk kita tidur dengan lena...?

Jawapannya, terserah pada diri masing-masing.


Namun begitu, Al-Hakiem pernah berkata:

"Seseorang itu sepatutnya tidak boleh tidur sehingga dia menyelesaikan empat perkara, iaitu":-


1. Jangan tidur selama di atas muka bumi ada HUTANG, sehingga minta dihalalkannya, sebab kemungkinan ia mati sehingga dituntut Allah.

2. Jangan tidur jika masih belum menyelesaikan KEWAJIPANNYA terhadap Allah.

3. Jangan tidur selama masih berasa BERDOSA dan belum BERTAUBAT daripadanya, sebab kemungkinan ia mati dan dianggap terus menerus di dalam keadaan berdosa.

4. Jangan tidur sehingga menulis WASIAT yang tepat, sebab kemungkinan ia mati tanpa meninggalkan wasiat.

_________________________________________________

"Komunikasi yang baik boleh menciptakan kemesraan yang berpanjangan sesama insan. Kemesraan yang berpanjangan itu pula akan menciptakan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan."

_________________________________________________

13 comments:

S.YanaZ said...

Peringatan yang sangat baik...
:]]

Sri Diah said...

Alhamdulillah, saya banyak mengulangkaji di sini. Terima kasih.

Cikgooden said...

asal masuk sini asyik kena sekeh jer kan!..

Meera Melati said...

kita seringkali lupa apa yg disarankan tu kan...

A t i Q a h said...

Trima kasih. :)

Anonymous said...

Disiplin harian umat Islam yang sebaik-baiknya di waktu malam sunyi dia memohon, munajat mengadu kepada Allah, bangun sebelum Subuh, waktu bangun memuji Allah serta niat sepanjang hari itu hendak membuat baik, sembahyang lima waktu berjemaah, kalau boleh sembahyang Dhuha, tidur sebelum Zuhur qailullah namanya, tidak tidur selepas Asar dan Subuh, selepas Isyak membaca sedikit atau rehat sedikit atau buat perbincangan dengan keluarga, selepas itu pergi ke tempat tidur, sebelum tidur bertaubat dan berzikir sebanyak-banyaknya hingga tertidur dengan taubat dan zikir. Begitulah dibuat sepanjang masa kecuali kalau ada hal-hal yang mendadak sama ada masalah peribadi mahupun masalah masyarakat. Ubahsuailah dengan suasana dengan tidak mengorbankan yang wajib. Beginilah disiplin harian umat Islam kalau kita ingin memperkatakan disiplin.

Nek Cun said...

Salam Bima, memang betul apa yang bima kata tu... walaupun tidur di bulan puasa ini juga dikatakan ibadah, maknanya Allah akan beri pahala kepada tidur kita tetapi mestilah tidur yang telah selesai semua 4 perkara yang bima katakan itu... nekcun pun kekadang terasa tak boleh nak lena kalau ada perkara yang belum selesai, contohnya kalau terlupa nak minta ampun pada atok sebelum tidor, tengah malam mesti terjaga, jadi cepat-cepat berwuduk dan buat solat tahajud & taubat.

Elok benarlah bima memperingatkan sesama kita akan perkara2 yang kekadang kita pun terlupa.
Anyway, nekcun nak link blog ni kat nekcun. Bolehkan kita ber'link'satu sama lain?...hehehe...

Tie said...

Aduh!! memang betul2 kena sekeh ni..

tegezoot said...

wuduk dan solat sunat witir sebelum tidur. Itu sunnah.

Yana Ismail said...

terima kasih bima atas peringatan:)

artsoul said...

apsal terasa panas semacam je ni...

tasekM said...

aku main tidur je... mmm... teruknya aku...

AL-BIMA SAKTI said...

s.yanaz;
tq...


sri diah;
alhamdulillah. sama-sama...


cikgooden;
tak...


meera;
manusia, biasa le...


atiqah;
sama-sama...


raja marzuqi;
ilmu yg baik.terima kasih...


nekcun;
sesamalah kita bermanafaatkan. tima kasih kerana menghargainya.

dan tima kasih kerana meng'link'kan blog saya. dan saya pun...


tie;
iyer ker..? he he he...


tegezoot;
ya. biasa...


princess;
sama-sama...


artsoul;
ahaa.. tak tau...


tasikmerah;
astagfirullah-al-azim..! anak sapa tuh...? (gurau).