Friday, September 5, 2008

TAJUK: T*** DAN B*****

Assalamualaikum para sahabat,

Aku pada awalnya berniat (berhasrat) untuk memenuhkan aku punya ini sebulan bulan puasa ini dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Puasa aje.

Maklumlah, ingat nak ambil berkat bulan puasa - bulan yang diikat segala jenis hantu dan syaitan dan bulan mulia yang banyak mendatangkan pahala jika dilakukan sesuatu yang baik.

Ingatkan bulan yang baik lagi mulia ini, manusia juga akan jadi baik dan mulia (walaupun sebulan ini aje).

Setelah segala jenis hantu dan syaitan diikat dari mengacau manusia, rupa-rupanya manusia pula yang bertukar menjadi hantu dan syaitan.

Kalau tidak, takkan sahabatku yang seorang itu marah-marah dan merungut-rungut di depanku dengan mukanya yang kelat lagi mencuka, disebabkan oleh 'hantu' dan 'syaitan' itu.

Inilah antara luahan marah rungutannya. (Aku hanya sebagai pelakon tambahan aje):


SAHABATKU: Tak tahulah aku... apa nak jadi dengan dia sorang ni...


AKU : Siapa...?


SAHABATKU: (SUARA TAJAM) Siapa lagi kalau bukan *&*^%#@# tu...!.


AKU : (LEMBUT / NAK TAHU) Oh, ooo... Apa hal plak kali ni..?


SAHABATKU: Teruk betul perangai dia tu. Tak pernah nak berubah-ubah. Asyik nak cari salah orang aje. Macamlah dia tu baik sangat... tak pernah buat salah. Menyampah betul aku tengok muka dia tu...!


AKU : (CUBA NAK MENYABARKANNYA) Dah perangai dia macam tu. Nak buat macam mana...?


SAHABATKU: Pelik aku. Tak berubah-ubah. Asyik nak 'intai taik kat bontot' orang aje. Tak sedar 'taik kat bontot' sendiri tu lebih jijik lagi gamaknya...!


AKU : (MENYAMPUK DGN SESEDAP RASA) Kat bontot sendiri kan tak ada mata. Sebab itu, kalau bontot sendiri yang bergelumang taik sejijik mana pun, mana nak nampak..!


(TIBA-TIBA AKU TERSEDAR, AKU DAH TERMENGUMPAT KE NI...?
ASTAGHFIRULLAH-AL-AZIM... YA ALLAH, AMPUNILAH DOSAKU INI).


SAHABATKU: (SUARA PERLAHAN) Ahaa.., betul cakap kau tu.


KESIMPULANNYA: Selalu-selalulah intai T di B sendiri, daripada terlalu kerap mengintai T di B orang lain. (Mungkin dengan itu kita akan sedar bahawa T kita rupa-rupanya lebih busuk dari T orang lain).

(Nota mulut: Harap maaf jika aku terkasar sebutan bahasa kali ini, di bulan mulia ini).

7 comments:

aoc gold said...

Sweet And Low

(1)

Sweet and low, sweet and low,

Wind of the western sea, ,

Low, low, breathe and blow,

Wind of the western sea!

Over the rolling waters go,

Come from the dying moon, and blow,

Blow him again to me;

While my little one, while my pretty one, sleeps.

(2)

Sleep and rest, sleep and rest,

Father will come to thee soon;

Rest, rest, on mother's breast,

Father will come to his babe in the nest,

Silver sails all out of the west

Under the silver moon;

Sleep, my little one, sleep, my pretty one, sleep.

-----by age of conan

Princess Liyana said...

alahai..mengumpat berdosa tau:)hehe

coffeeHolic said...

salam ramadhan:)

Afida Anuar said...

Kadang-kadang orang yg kita duk mengata tu lebih baik dr diri kita.

Moral of the story..dok payoh la duk mengata orang, lebih2 lagi di bulan puasa ni.... nasihat utk diri sndiri dan juga semua..

Selamat bersahur!!

Tie said...

Tu laa...tie malas nak join kelab kaum ibu kat quarters ni..baru jumpa 5 minit dah macam2 cerita telinga ni dengar...Tie skrg dicop tak campur orang...nak buat camna..benci betul dgn org yang suka menganyam tupat ni...takut terjangkit lak..hu hu...

S.YanaZ said...

Lain blog, citer pasal makanan...
Blog Enche', citer pasal T*** & B*****.

ha.ha.

Al-BIMA SAKTI said...

aoc:
:)?


princess:
alahai... dah tersasul termengumpat lak... ampun...


coffeholic:
salam... selamat berbuka..


afida:
btul tu... dokleh ke mulut tu cakak benda hok elok-elok..? herang sungguh aku...


tie:
btul tu. tak ada faedah apa-apa pun. kalau dapat royalti lainlah, kan...?

s.yanaz:
blog itu citer pasal makan, blog ini pasal makan, kat rumah citer makan, kat gerai mamak citer makan... kat pasar malam pasal makan...boring la. Cecekali citer pasal T*** & B***** ada le kelainan cikit, kan...? he he he...