Thursday, September 18, 2008

MENGAKU EMPAT PERKARA TANPA BUKTI

________________________________________________

SESUNGGUHNYA BARANGSIAPA MENGAKU EMPAT PERKARA TETAPI TANPA DISUSULI DENGAN TINDAKANNYA SEBAGAI BUKTI PENGAKUANNYA ITU, ADAPUN EMPAT PERKARA PENGAKUANNYA ITU SEBENARNYA ADALAH DUSTA SEMATA-MATA.

EMPAT PERKARA TERSEBUT IALAH:-


1. Mengaku amat cinta kepada ALLAH SWT dan mengakui akan kebesaran-Nya, sedangkan dalam masa yang sama dia selalu mengeluh apabila setiap kali ditimpa bala atau berdepan dengan sebarang masalah. Maka pengakuannya itu adalah BOHONG.


2. Mengaku amat mencintai RASULULLAH SAW dan mengakui baginda adalah pesuruh ALLAH, tetapi dia tidak menyukai ulama dan selalu pula menjauhkan diri daripada ilmu-ilmunya. Maka jelaslah pengakuannya itu TIDAK BENAR sama sekali.


3. Mengaku takut pada NERAKA tetapi tidak mahu meninggalkan MAKSIAT dan perbuatan-perbuatan yang dimurkai ALLAH SWT. Maka ini menunjukkan dengan jelas bahawa dia adalah seorang PENDUSTA.


4. Mengaku cinta kepada SYURGA tetapi tidak taat akan suruhan ALLAH SWT, termasuk sembahyang lima waktu. Maka jelas dan nyatalah bahawa dia merupakan seorang PEMBOHONG.

__________________________________________________________

*(19 SXX)*
- Untuk sesiapa sahaja yang sudah matang atau sesiapa juga yang telah dengan tersengaja mematangkan dirinya.

(Part: 2)

Dua orang manusia (lelaki dan wanita) yang pada asalnya asing, tetapi dengan bahasa atau luahan kata-kata yang menyenangkan hati antara satu sama lain, mereka akan dapat merasakan seolah-olah mereka sudah saling lama mengenali. Dan bagaikan memahami maksud hati masing-masing. Bagaikan dua hati telah menjadi satu.

Namun begitu, adakalanya dalam saat-saat yang 'paling mesra', bahasa atau luahan kata-kata seolah-olah tidak diperlukan. Sudah memadai dengan bahasa mata atau bahasa tubuh masing-masing.

12 comments:

Princess Liyana said...

Penting tu 4 perkara ni:)

err..yg bawah tu.hehe..sometimes,actions speak louder than words;)

melayuangkat said...

Assalamualaikum Anakku,

Ramai orang suka mengaku itu dan ini, sebab ia tidak perlu pada apa apa modal, hanya air liur.

Tetapi hendak melaksankan pengakuan itulah sebenarnya cabarannya. Untuk mengamalkan segala yang kita katakan. Baik lafaz janji kita pada yang Esa atau sesama kita.

Janji kita pada Allah swt, kita lakukan dengan segala peribadatan Wajib atau sunat. Dengan Ihsan, seolah-olah kita nampak dia atau DIA pasti nampak kita!!

Dengan sesama insan, kita jangan sesekali berbohong pada janji sebab nanti masuk pulak bab Munafik. Kita cubalah sedaya upaya memperbaikkan diri kita, kita insan biasa, tentu banyak kelemahan tetapi maha suci Allah swt kita juga banyak kekuatan dalaman.

Sama-samalah kita ikhtiarkan mengukuhkannya dengan memperbanyakkan amalan terutama di bulan Ramadan.

WaAllahuAlam.

tegezoot said...

chapter 1- Iman takdak tu...

chapter 2- Bahasa Naluri tu..

Bunga Rampai said...

Alhamdulillah. Ilmu lagi. Terima kasih.

Moga ibadah di bulan puasa semakin mantap menuju Lailatul Qadar.

Salam :)

Tie said...

Rasa macam nak kena sekeh lagi ..adoi...

Semut Si Jurulatih said...

ilmu!!!

mesti dada kau bidang kan

t i u n g said...

hanya pandai mengaku..tapi tetap tak faham apa yang dia mengaku tu..hmm..

zul rahman said...

Salam...

"(8.) maka Allah mengilhamkan
kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya,
(9.) sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
(10.) dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
(Ruj:QS: Asy-Syams Ayat (Matahari) Ayat 1-14)

Sahabatku,
Allah mengilhamkan Sukma kefasikan dan ketaqwaan,
Beruntunglah bagi yang mensucikannya,
Merugilah bagi yang mengotorinya.

'Baca,
bacalah dengan nama Tuhanmu.' (Iqra')

'Read...
Read in the name of your Lord!'

Salam hormat.

Aishah Jamal said...

Cabaran paling besar kepada 4 perkara ini tiada lain melainkan antara 'hati' dan 'diri'...

Mak Su said...

benar, jgn mengaku saja, tapi kena lah buktikan juga

butaseni said...

hmmm kebanyakkan dari kita pembohong pendusta semata,kan?

Al-BIMA SAKTI said...

princess;
memang penting tu.
hmm... sometimes, words speak louder than actions... ha ha ha ha...

*******************************

melayuangkat;
waalaikummussalam ibu,
bercakap tak pakai modal, maka itu ramai yg pakai bedal.
berkata-kata (berjanji?)itu mudah. mengotakannya itu yg agak payah.
maka kita perlu banyak memperbaiki diri sempena bulan mulia ini...

********************************

tegezoot;
:(_0_):

********************************

bunga rampai;
insya-Allah...

********************************

tie;
(^-^)

********************************

semut;
he he he he ....

********************************

tiung;
itukah yg dikatakan buta ilmu..?

********************************

zul rahman;
pilihlah yg suci...

salam hormat...

********************************

aishah jamal;
btulll...

********************************

mak su;
setelah terbukti, barulah dikatakan benar...
 
********************************

butaseni;
pembohong / pendusta, kerana hatinya buta..?