Sunday, September 14, 2008

KELEBIHAN RAMADHAN - 4

______________________________________________________

Ramadhan - bulan yang mulia dari segala bulan.

Ramadhan - bulan yang lebih diberkati.

Ramadhan - bulan yang lebih dirahmati.

Ramadhan - juga bulan yang dilimpahkan lebih pahalanya oleh Allah terhadap hambanya yang tahu menilai dan menghormati bulan yang mulia ini.


Dari Abu Hurairah r.a. pula, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa menerangkan lampu masjid di dalam bulan Ramadhan, maka baginya cahaya di dalam liang kuburnya dan dicatatkan pahala untuknya orang yang solat di dalam masjid itu dan para malaikat sama-sama memohonkan kebaikan (selawat) untuknya, bahkan malaikat pembawa 'Arasy pun memohonkan keampunan untuknya, selama lampu itu ada di masjid." (Dzakhiratul 'Aabidina).
__________________________________________________________

*(18 SX) Untuk orang yang sudah kahwin saja: Orang yang belum kahwin hendaklah dengan bantuan ibu bapa. Terima kasih.

(Part 1)

Perhubungan suami dan isteri sepatutnya mempunyai kualiti. Perhubungan itu seharusnya baik, mesra dan intim. Tidak sepatutnya ada keburukan atau konflik di antara kedua-duanya.

Kualiti perhubungan antara suami dan isteri juga akan tergambar pada ciri-ciri komunikasi yang berlaku antara mereka.

Antaranya, bahasa ialah alat yang sangat berkesan untuk mencipta keintiman antara lelaki dan wanita (suami dan isteri).

Bersambung.

17 comments:

Danielle_Corleone said...

Moga kita mampu mendapat apa yang terbaik.

S.YanaZ said...

Enche' Al-Bima Sakti,
sila pilih kaler font yg sesuai utk n3 18SX itu.
*tak nampak laa...*

Gua layak tawww!
ha.ha.

Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...

moga penitip ilmu ini jga mengamalkan juga!...

t i u n g said...

lakukan yang terbaik..
xD

butaseni said...

bahasa adalah alat?woooo dalam dalam

iman_qaisara said...

salam ramadhan incikk al bimaa (^_^)

Tie said...

he he...siap ada peringatan lagik..

en_me said...

dah 15 hari puasa, bulan pun dah mengambang penuh.. salammmmz

Khairi said...

Tiba-tiba tukar genre hehe..

selamat berpuasa utk tuan rumah dan pengunjung..

semoga ramadhan menjadikan kita suami atau isteri yg lebih soleh/solehah..

salam..

melayuangkat said...

Assalamualaikum Anakku,

Jika kita berIman, InsyaAllah kita akan sentiasa BerSyukur atas apa sahaja limpahan nikmat rezeki Allah swt pada diri kita, keluarga kita, sahabat kita, Negara kita.

Jiwa yang berSyukur akan tenang dan barulah boleh menjalankan hubungan yang 'mesra', iklas tenteram dan aman baik dengan Allah swt itu sendiri atau hubungan sesama Insan Yang lain.

WaAllahuAlam.

Raja Marzuqi said...

Ilmu dunia sebanyak mana sekalipun dia tidak akan bersih kalau dia tidak diproses. Ia ibarat air yang ditampung sebanyak-banyaknya, kalau air itu tidak diproses dan dibubuh klorin dia tidak akan jernih dan bersih, merbahaya diminum. Begitulah ilmu dunia kalau dia tidak diproses dengan ilmu wahyu, ilmu dunia itu tidak akan terlepas daripada kesalahan dan kesilapan, amat merbahaya kepada akidah.

sakurasa 2 said...

Assalamualaikum…Selamat berpuasa Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dari-Nya..rebutlah peluang bulan Ramadhan dengan dipenuhi dengan amalan ibadat…

arsaili said...

salam..semoga puasa kali ini membawa seribu rahmat
Silau mata nak baca yg kat bawah tuh..ahaha

Danielle_Corleone said...

payah gua nak baca yg kaler kabur2 tu. sampai terklik sana sini. hahaha!

Al-BIMA SAKTI said...

danielle;
baik yg kita cari, baiklah yg kita dapati.


s.yanaz
ada masalah ke? takpe, akan dipertimbangkan utk lain kali...


cikgooden;
saya sudah biasa semua tu (semasa di kampung halaman) sebelum beredar dari kampung untuk melanjutkan pelajaran...


tiung;
insan 'berakal' akan memilih dan melakukan yg terbaik untuknya dan untuk insan2 lain...


butaseni;
bahasa itu dalam, alat itu juga dalam...


iman_qaisara;
salam ramadhan juga buat cik iman...


tie;
saje jer tuh...


en_me;
kat sini tak nampak bulan. asyik gelap nak hujan jer...


khairi;
saja buat kejutan Ramadhan. hehe...

selamat berpuasa dan moga bertambah soleh/solehah antara kita...


melayuangkat;
waalaikummussalam, bu...
semoga kita memiliki keimanan yg sempurna dan tahu bersyukur dengan nikmatNya...


raja marzuqi;
sbelum memiliki ilmu dunia, ia perlu ditapis agar sesuai dgn kemampuan diri. yg kotor dan berkeladak perlu dibuang. biar yg bersih masuk ke dalam tubuh dan menjalar ke hati...


sakurasa 2;
waalaikummussalam. selamat berpuasa. sama2lah kita merebut peluang terbaik ini...


arsaili;
salam. begitulah harap2nya...
silau ya? maafkanlah...


danielle;
saja nak duga mata tuh...

Rajuna said...

mandi junub pagi2 ramadan sejuk bang bima

kih kih kih

tegezoot said...

Ramadhan yg barokah ini dah sampai pertengahan, kejap ja akan meninggalkan kita... rebutlah segala kebajikan dalam masa yg barokah ini.