___________________________________________________
Telah datang seorang lelaki kepada Abdullah bin Abbas RA lalu berkata:
"Berikanlah nasihat kepada aku."
(Maka Abdullah bin Abbas RA pun berkata):
1. Percayalah dengan keyakinan hati kamu terhadap apa yang telah dijaminkan oleh ALLAH SWT untuk kamu.
2. Kerjakanlah kewajipan-kewajipan kamu tepat pada waktunya.
3. Jangan menurut hawa nafsu syaitan kerana ia penghasut kepada manusia.
4. Hendaklah lidah kamu sentiasa basah kerana selalu berzikir kepada ALLAH SWT.
5. Jangan terlalu memakmurkan dunia, kerana dunia akan merosakkan akhirat kamu.
6. Hendaklah kamu selalu sayang dan menasihati sesama kaum muslimin.
___________________________________________________
*(20 SSX)*
Part: 3
Berdasarkan pengalaman-pengalaman tertentu, ada di antara mereka (pasangan) mengalami detik-detik mesra (intim) hanya semasa dalam alam percintaan. Manakala selepas beberapa lama mendirikan rumah tangga, keintiman itu mula kurang, malah ada yang terus hilang (lenyap).
Di manakah silapnya?
Adakah kerana telah wujud rasa bosan terhadap pasangan masing-masing atas sebab-sebab tertentu?
Jika ada alasannya, ia sepatutnya perlu diperbaiki demi menyambung hayat hidup berumah tangga berkekalan.
Jika perlu bersemuka, harus dilakukan demi kebaikan. Jangan dibiarkan api dalam sekam yang terus merebak menjadi barah yang membinasakan.
Bersambung.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
23 comments:
em...huhu..btol tu..jgn dipendam2,sebab bila skali meletup..memang teruk;p
Salam Bima, kesejahteraan & kenikmatan rumahtangga akan dapat dikecapi apabila kedua suami isteri lebih mengamalkan keintiman menurut sunnah Rasullulah SAW. Sentiasa redha denga apa yang ada dan sentiasa hormat menghormati... InsyaAllah, keintiman akan tetap utuh sehingga ke akhir hayat!
5. Jangan terlalu memakmurkan dunia, kerana dunia akan merosakkan akhirat kamu.
kalau kita mendambakan akhirat, insyaAllah dunia akan ikut kita sekali, tapi jika kita hanya mendambakan dunia semata-mata, akhirat sudah pasti akan meninggalkan kita..
spt pepatah org tua-tua. Jika ditanam padi, lalang akan ikut tumbuh sekali. Tapi jika ditanam lalang, mustahil padi akan tumbuh..
waAllahualam
Salam..wasiat ni akan tie ikuti..inshaallah...
Rasa kasih n sayang perlu sentiasa di semai dari mula hingga ke akhir hayat....agar cinta tak akan lenyap....
bersambung pula..
wasiat yang amat bermakna untuk kita yang bergelar manusia yang cuma akan hidup sementara..
tunggu sambungan hehe~
Salam bertandang..
Kekadang kerengangan itu bukan berpunca dari perasaan bosan..atau bermulanya bunga2 keretakkan..tapi masa berlalu..usia meningkat, tanggung jawab lebih terkedepan.
Tapi pada sesuatu masa kiambang pasti bertaut..dan keintiman itu akan lebih membahagiakan..
p/s sesekali ku rasa teringin..
Selamat menyambut Aidil Fitri, maaf zahir dan batin.
bersemuka adalah lebih baik
Salam Bima, selamat hari raya, ma'af zahir dan batin dari nekcun sekeluarga...
Salam,
Wasiat yang hebat.
Cuma.....mendengar...membaca....mempelajari dari nota dan pengalaman orang lain..... tidak sehebat mempelajari dari pengalaman yang kita lalui sendiri.
Kerana itulah rumahtangga diibaratkan kapal yang berlayar dilautan......sentiasa ada gelora....tetapi ada juga ketenangannyer.
Hidup berumah tangga...hidup bekeluarga adalah satu kehidupan berkumpulan yang ahlinyer saling memerlukan, saling bergantung harap, saling mempercayai dan saling bekerjasama dalam mengekalkan keharmonian.
Mudah-mudahan kita semua sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari ALLAH.
princess;
dipendam jadi pekasam.
terlalu lama pendam jadi masam.
lalu takleh makan... (eh, kenapa ke situ plak den ni..?) apae-apae ajelah...
nek cun;
semuanya betul apa yg nek cun cakap tu. tima kasih...
afida;
jika ditanam padi, lalang ikut tumbuh sekali. jika ditanam lalang mustahil padi akan tumbuh.
kesimpulannya: sesuatu yg berharga itu sukar didapti secara percuma. btul tak..?
tie;
tima kasih menghargainya...
sakurasa 2;
kasih perlu dibaja
sayang perlu disiram
kasih manisnya setia
sayang harumnya takkan padam...
muhammad azli;
ahah... kena sambung, konon nak buat saspen la...
_______________________________
tiung;
yg baik dikupas ditelan.
yg buruk tak guna disimpan...
_______________________________
masy;
tunggguuu...!
_______________________________
naz ilyn;
kiambang yg bertaut kali kedua, biasanya mesra akan lebih terrrasaa...
p/s: sesekali ku naik angin... he he he..
_________________________________
sakurasa 2;
selamat hari raya juga untuk awak sekeluarga... maaf zahir n bathin...
_________________________________
mak su;
bersemuka lebih baik
bermuka-muka susah nak baik...
_________________________________
nek cun;
salam.
selamat hari raya juga dari saya sekeluarga untuk nek cun sekeluarga. maaf zahir n bathin...
__________________________________
chekdenoor;
saling mempercayai + bekerjasama = harmoni.
kasih sayang + setia = sejahtera.
insya-Allah...
bagus letak benda ni jadi pengajaran semua.. sebelum kahwen tak perlu begitu mesra, ada adat dan perbatasan org islam, org melayu, nanti kalau sebelum kawen dah begitu intim hingga berpelukan berciuman seperti kebykkan melayu skrg, tunggu 3-4 tahun kawen, suami mule bosan.. sekadar bercakap dari pengalaman org ramai...
tunggu sambungan...
intan zura;
tu pasal la tu. blum kahwin dah intim terlebih-lebih. bila kahwin, dah hilanglah dia punya 'kimia' kan... he he he he...
salam bima,
untuk ayat diatas....kimia tak sesuai..gitu.... hehehheheeh...kena gak guna perkataan chemistry...hehhehehe baru cam kena
Buat al-bima sakti,
Dikesempatan ini aku ucapkan
Slmt Hr Ry Mf Zhr & Btn,
Semoga ceria di Aildilfitri.
Peace ya!
cepat sambung.. :)
Salam AidilFItri untuk Bima Sakti & Keluarga
slmt hari raya en albima...:)
chekdenoor;
tima kasih. saya cuma 'usik-usik'(gurau-gurau) jer tuh...!
mr penyubiru;
selamat hari raya - maaf zahir bathin juga buat mr penyubiru sekeluarga. ceria-ceria selalu. ya, peace...
tasikmerah;
nak sambung la nih...
aishah jamal;
salam aidilfitri juga buat aishah jamal sekeluarga ya..?
kadok;
selamat hari raya juga buat anda, en kadok...
Post a Comment