Friday, April 9, 2010

PENYANGAK TIDAK BERHATI PERUT

Baseball Pictures, Images and Photos


Benci dan geram - begitulah perasaanku bila menonton Buletin Utama TV3 (Jumaat - 9 April) yang menyiarkan rakaman CCTV gelagat dua ekor penyangak (sekor tunggu atas motosikal dan sekor lagi mengejar mangsanya seorang wanita yang agak berusia) demi mencapai matlamatnya untuk meragut.

Walaupun wanita (yang sama ada sedang berjoging atau baru lepas berjoging) itu berjaya melarikan diri dengan melompat pintu pagar dalam usaha untuk menyelamatkan diri, namun ternyata peragut yang bukan saja tidak berputus asa, malah terlalu berani itu sanggup juga melompat pintu pagar untuk mendapatkan mangsanya.

Penyangat yang tidak berhati perut itu ternyata sudah merancang untuk melakukan perbuatan terkutuk tersebut, kerana mereka bersiap sedia dengan sebilah parang yang digunakan untuk mengugut mangsanya. Ternyata mereka sudah terlalu berani disebabkan terdesak. Akhirnya rantai milik wanita itu berjaya diragut setelah mengacukan parang di leher mangsanya.

Walaupun perbuatan keji mereka itu dapat dirakam melalui CCTV, tapi rasanya agak sukar untuk mengenali kedua-dua penyangat tersebut. Mungkin dia menggunakan motosikal curi dengan nombor platnya pula palsu.

Mujurlah wanita malang itu tidak dicederakan. Namun traumanya tiada siapa yang tahu.

Berwaspadalah selalu, terutama kaum wanita kerana keselamatan diri antara kita semakin mencabar dan tercabar. Musuh atau penyangat sentiasa berada di sekeliling kita. Sesaat kita terlalai atau terleka, padahnya mungkin terpaksa ditanggung sepanjang usia.

Dicadangkan agar pihak polis sentiasa membuat spot check terhadap penunggang-penunggang motosikal, terutama di kawasan-kawasan yang meragukan. Jika ditemui senjata-senjata yang meragukan, bermakna mereka telah merancang sesuatu yang tidak baik.

4 comments:

Bila Diary Bercerita said...

Memang geram tgk perangai penyangak tu. Berani sungguh mereka walaupun masa tu mangsa dah masuk kawasan rumah. Sib baik ada CCTV. Nanti polis bule trace siapa dia.

ryann said...

penyangak yg sangat sangat terdesak

AL-BIMA SAKTI said...

Aishah jamal;
kejahatan itu tak takut sesiapa. hanya menunggu peluang di depan mata.

ryann;
penyangak sentiasa terdesak. terdesak dgn sikap penyangaknya.

BIG MUMMY APPLE said...

MEMANG GERAM JUGAK. TAPI ITULAH KEHIDUPAN.. KADANG2 KENA BERHATI2 DALAM HIDUP NI