Wednesday, March 3, 2010

BILA TAMAK DAN PENTING DIRI MENGATASI SEGALA-GALANYA

Ikan tenggiri... a sign that i\'ve never been to pasar much.. it\'s freaking huge! Pictures, Images and Photos


Pengimport ikan boikot kerana tak setuju pakai peti ikan bercip. Tindakan itu menyebabkan bekalan ikan berkurangan dibeberapa tempat. Disebabkan bahan itu berkurangan, maka harganya melambung hingga berkali-kali ganda.

Begitulah selalunya. Jika sesuatu barang keperluan penting itu berkurangan, maka secara otomatik harganya menjadi mahal.

Kenapa jadi begitu? Siapakah yang menaikkan harga barangan itu? Adakah itu berpunca sikap tak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang terbabit?

Apa salahnya jika sesuatu barang itu berkurangan, dan harganya juga kekal seperti biasa? Kenapa tak jadi begitu? Kenapa jadi sebaliknya?

Adakah menjadi kebodohan bagi pihak-pihak tertentu jika tak ambil kesempatan di atas kekurangan sesuatu barangan itu?

Begitulah sikap sebilangan kita yang sentiasa suka mengambil kesempatan mengikut keperluan dan ruang yang ada, demi kepentingan diri, walaupun itu sepatutnya tak seharusnya berlaku jika setiap mereka yang berkenaan berjiwa bersih dan berniat suci dalam segala perbuatan.

Namun sebilangan kita terhakis sifat-sifat itu disebabkan bersikap tamak dan pentingkan diri mengatasi segala-galanya.

3 comments:

Afida Anuar said...

'Pihak tertentu' tu nak untung semata-mata. Kang klu tak naik, mana nak untung banyak2... yg harunya, rakyat jugak!huhu...

Khairi said...

sbb itu kita kena mahir bab ekonomi kan kan kan.

dan kenalah berhati baik sentiasa :)

AL-BIMA SAKTI said...

afida;
perkara biasa yg sudah terlalu biasa di malaysia....


khairi;
btul tuan.., bukan stakat mahir, tp kena praktikkan...