Monday, February 22, 2010

PENDATANG ASING BERNIAGA

kedai runcit Pictures, Images and Photos

Cerita pendatang asing berniaga di beberapa tempat di negara kita ini bukan cerita baru. Kalau anak dara atau orang bujang, kira sudah boleh kahwin. Mungkin sudah beranak pinak. Begitulah juga dengan isu itu.

Kini isu itu dibangkitkan oleh Timbalan Perdana Menteri. (Apakah setelah sesuatu perkara itu dibangkitkan oleh TPM atau PM baru ia dianggap serius?) Selain pihak berkuasa tempatan (PBT), polis juga turut disaran memainkan peranan untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Persoalannya, kenapa menjadi sesuatu yang 'sukar' bagi PBT untuk menyelesaikan masalah itu sejak lama dulu? Apakah yang tidak kenanya? Di manakah silapnya?

Kita kena ingat, pendatang asing (apatah lagi pendatang tanpa izin) datang ke negara kita untuk bekerja, bukannya untuk berniaga. Semua pihak berwajib takkan tak faham.

Adakah permasalahan untuk menyelesaikan isu itu selama ini disebabkan terdapatnya pihak-pihak yang tidak beramanah dan tidak bertanggungjawab? Maksudnya pihak yang diberikan amanah tapi tidak beramanah. Pihak yang digalaskan tanggungjawab juga tidak bertanggungjawab.

Apa-apa pun, agar permasalahan itu tidak lagi menjadi masalah kali ini. Kita sebolehnya tidak mahu lagi melihat mereka berterusan menjadi masalah kepada rakyat negara ini.

Kalau pihak yang diharapkan selama ini tak mampu menjalankan tugas mereka dengan baik, diharap penglibatan pihak polis dapat membanteras sikap mereka yang 'diberikan betis itu telah melahap hingga ke paha' pula.

Biarpun isu yang berkaitan pendatang asing itu sebenarnya sudah dikira parah, tetapi masih ada kesempatan untuk bertindak supaya ia tidak berterusan menjalar dan membiak sehingga menjadi terlebih parah..!

3 comments:

Afida Anuar said...

AL-Bima, kalau pi tengah2 KL tu, kadang2 konpius...saya ni kat bangladesh ke kat KL!.. bangla,india,mamat pakistan lagi ramai dari orang melayu!!! haru betuL!

melayuangkat said...

Assalamualaikum Al-Bima,

Kebanyakkan Pendatang kalau boleh mahu jadi rakyat Malaysia terus. Mereka tahu betapa mudahnya cari rezeki di bumi bertuah kita ini. Mereka boleh buat apa sahaja untuk cari makan berbanding dengan negara mereka sendiri.

Inilah HAKIKATnya.

Sementara itu rakyat negara kita sendiri, saudara mara kita sendiri termasuk mungkin diri kita sendiri sudah 'tersenang' dengan adanya mereka yang mula mula buat kerja buruh lama lama jadi taukeh.

Kita jadi malas kerana kerja susah mereka buat, kita buat yang mudah dan berhawa dingin sahaja kalau boleh. Sikap ini menular dan lama-sikit demi sedikit mereka tawan semua.

Memang benar, kita perlu buat sesuatu, maksud Mak Cik SEMUA kita, buat satu pihak sahaja. Untuk sesebuah Negara berjaya perlu pada kerjasama semua pihak dengan niat pada sama sama yang baik.


WaAllahuAlam.

AL-BIMA SAKTI said...

afida;
btul tu. pernah juga terasa cam tu.
risau pun ada.


melayuanghkat;
stuju sangat...