Wednesday, February 10, 2010

PEMANDU BANGKAI BERNYAWA - MENYUSAHKAN PENGGUNA LAIN

kemalangan 4 Pictures, Images and Photos

Kebanyakan pemandu di Malaysia masih lagi tak berubah perangai. Mementingkan diri dan banyak menyusahkan orang lain.

1. Memandu laju atau perlahan tak bertempat dan sesuka hati.
Mereka ini patut buat loan bank dan buat jalan raya sendiri.

2. Memandu dengan mengekori pemandu di depan dengan terlalu rapat. Terutama pemandu kenderaan berat. Berlagak profesional tapi habuk pun tarak.
Mereka ini otak pun berat dan berkarat. Tak pernah insaf. Patut buat permohonan masuk sekolah tadika balik kena bersih otak.

3. Memandu di lorong kanan tanpa menyedari kelemahan dan kekurangan diri yang terhegeh-hegeh, terkemut-kemut dan terkial-kial.
Mereka ini tak sedar diri dan tak kenal diri sendiri. Banyak lagi kena tahu selok belok memandu kereta.

Pengalaman:

1. Aku pernah memandu di Lebuhraya Utara Selatan dari KL ke Seremban. Aku masuk ke lorong kanan kerana memotong beberapa kenderaan yang dipandu terhegeh-hegeh di lorong kiri. Aku memandu selaju 120km/j.

Tetiba muncul sebuah kereta dari belakang. Dari jauh lagi dia sudah bagi 'lampu' suruh aku ke tepi. Sedangkan aku sudah memandu 120km/j. Terpaksalah aku pecut 140km/j. Itupun dia tak putu-putus bagi 'lampu' suruh aku ke tepi.

Otak ada ka? Tak boleh sabar sikit ke? Dia ingat dia aje ada hal penting? Ikutlah undang-undang. Kerana dia aku dah terpandu laju.

2. Di Lebuhraya Utara Selatan juga - dari KL ke Seremban. Dalam hujan lebat yang tak nampak jalan, aku diekori terlalu rapat oleh sebuah bas ekspres. Ketika itu aku memandu 90km/j. Aku lajukan sikit hingga mencecah 110km/j, bas itu masih rapat di belakangku. Aku terpaksa lajukan lagi.

Itulah antara sikap pamandu di Malaysia yang kebanyakannya memandu tak pakai otak, hanya semata-mata pakai kaki untuk menekan pedal minyak.

Cadangan: Para pemandu di Malaysia kena banyak baca suratkhabar, nonton TV dan ambil tahu keadaan/perkembangan semasa.

Jangan penting diri sendiri dan kena sedar terdapat ramai lagi pemandu lain yang menggunakan jalan raya/ lebuh raya.

Jangan buat bodoh sombong atau sombong bodoh yang bukan saja merugikan diri sendiri, malah menyusahkan orang lain. Menjadi bahan kutukan dan sumpahan orang lain.

Bila dah terjadi kemalangan baru nak menyesal... nak insaf... baru teringat mak bapak atau anak bini... nak buat apa?

Lebih penting, Jangan jadi bangkai bernyawa..! Kalau memandu dengan otak kayu, akan jadi kayulah kita..!


2 comments:

Afida Anuar said...

Berhati2 sebelum kena..

Saya pun selalu jugak kene macam tu Al-Bima.. pemandu malaysia ramai yang tak sabar...terutama yang pakai kete besar2(bukan semua) dan memandu di lorong kanan.. makk aii..sekali pintas kete sy, bergoyang kete dibuatnya..time tu sy dah drive 100km/j dah...agaknya dia sampai abes meter kut..220?

tp nanti kat tol, tengok2 tersangkut kat lane tunai...sy di lane TnG, babai je la....laju pun tak kemana kan al-bima..membahayakan nyawa ada la..

AL-BIMA SAKTI said...

Afida;

kata sahabat saya, kalau dia ada ilmu kuat (ketuk orang tak berbalas) dah ramai pemandu yang diketuk olehnya.

marah btul dia dgn sikap sebilangan pemandu itu.