Friday, February 12, 2010

AWASI BAHANA HARI VALENTINE

valentime's day Pictures, Images and Photos


Hari Valentine (disambut 14 Februari setiap tahun) mungkin lebih mudah diingati oleh anak-anak muda Islam kita berbanding hari Maulidur Rasul, Awal Muharram atau apa saja sambutan yang berkaitan dengan agama.

Secara tradisinya 'hari mengingati kekasih' itu disambut dan dibangga-banggakan di Barat. Namun ia semakin menular dan dan menjadi ikutan kepada anak-anak muda Islam negara kita.

Sungguh membimbangkan, ramai pasangan muda Islam turut terikut-ikut untuk merayakan hari tersebut, sehingga mereka tanpa segan silu sanggup terdorong melakukan perbuatan-perbuatan yang menyimpang dari ajaran agama dan batas susila budaya bangsa.

Mungkin ramai yang masih belum sedar bahawa amalan Hari Valentime itu telah pun difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Maka anda yang beragama Islam hindarilah ia.

Sedarlah, Hari Valentime itu bukan untuk umat Islam. Jika diraikan ia dibimbangi boleh mencetuskan perbuatan-perbuatan songsang yang bertentangan dengan ajaran Islam dan budaya bangsa.

Elakkan diri dari menyertai amalan itu. Ia bukannya menguntungkan, malah bahananya mungkin akan mencemarkan agama, bangsa dan maruah diri sendiri.

Kepada rakan bukan beragama Islam, HAPPY VALENTIME'S DAY

3 comments:

sakurasa 2 said...

HAPPY VALENTIME'S DAY
juga Kepada yang membaca bukan beragama Islam hehehe...

Afida Anuar said...

Walaupun dah keluar fatwa sambut valentine haram, tapi ramai muda-mudi islam yang menyambutnya... alahaiii....

Al-Bima ada terbaca pasal kempen tidak memakai panties bagi perempuan pada hari valentine?kempen yang gila dan gila. Tengok la 9 bulan nanti berapa ramai bayi yang akan terbuang....

AL-BIMA SAKTI said...

sakurasa 2;

sama-sama happy valentine's day...


afida;
kenapa ramai anak2 muda melayu/islam yg mudah terpengaruh, seakan tak tau nak fikir akan akibatnya..? malang sungguh...

mungkin puncanya kurang didikan agama (atau takde langsung asas gama..?)