Monday, February 15, 2010

ALAHAI... ANAK DARA MELAYU..!

Tak serik-serik. Ada lagi anak dara Melayu yang singkat akal, lari ikut jantan Indon. Sanggup melukakan hati mak bapak sendiri.

Terbaru, seorang gadis berusia 19 tahun, lari ke Indonesia dengan jantan idamannya. Sebelum menghilang, dia sempat tulis nota, antaranya berbunyi: "Abah mula ari nie Pijah tak balik rumah sebab pijah ikut Abang Jo pergi Indonesia, kita kawin kat sana.

"Abah kita minta maaf atas perbuatan jahat kita ini abah, kita sedih sangat abah, tapi kita suka kat Abang Jo. Dia baik abah. Kalau tak buat cara ni abah tak mungkin bagi kita kawin ngan Abang Jo sebab abah tak suka ngan orang Indonesia, sebab itu kita buat."

Alahai.., bertuah Abang Jo atau nama sebenarnya Sarjo. Sampai si gadis sanggup bertindak memalukan ibu bapanya sendiri kerana nak kawin lari dengan Abang Jo di Indonesia.

Begitulah anak Melayu, dah tahu perbuatan itu jahat, malah bapa tak suka dengan pemuda itu, kenapa buat juga? Nampaknya nafsu lebih diutamakan. Sanggup meninggalkan beban masalah dan malu yang tercalit di muka ibu bapa.

Ingatlah, ada orang baik pada anda sebelum dia dapat apa yang dihajati. Sesudah dapat, tahulah apa nasib anda. Lidah tak bertulang. Manis di bibir tak bermakna manis juga di hati.

Malang remaja sekarang. Nasihat mak bapak langsung tak nak ikut. Rasa diri saja yang betul. Mungkinkah didikan agama yang kurang? Atau cetek ilmu yang tak mampu nak fikir mana yang boleh/patut dibuat atau sebaliknya?

Kalau setakat umur baru 19 tahun, tak payah sibuk-sibuk fikir fasal nak kahwin. Fikir dulu fasal belajar atau nak baiki nasib diri dan keluarga. Kahwin tu tak ke mana. Ada jodoh akan ketemu juga.

Janganlah berfikiran singkat. Juga jangan mudah terikut-ikut atau tergoda dengan sebarang pujukan yang boleh menjebakkan diri ke lembah yang memalukan diri dan keluarga.

Kepada remaja yang lain, insaf-insaflah. Segala yang telah banyak berlaku perlu dijadikan pengajaran dan pedoman.

Ramai yang lari dengan jantan Indon dan berkahwin di Indonesia, akhirnya menyesal dengan perbuatan mereka, itupun setelah beranak pinak.

Malah ada juga yang berkahwin dengan bangsa asing dengan cara elok pun, berakhir dengan masalah yang berkaitan dengan perebutan anak. Pun ada anak yang dilarikan ke luar negara, iaitu negara asal pasangan mereka.

Ingat, utamakan maruah diri dan jaga air muka ibu bapa dan keluarga. Sanggupkah melihat ibu bapa yang sudahlah menderita dengan perbuatan anda, malah terpaksa menanggung malu kerana anak daranya lari ikut jantan.

Fikir sebelum buat, ingat sebelum kena. Apabila sudah terbuat dan terkena, air mata darah pun tidak bermakna..!

3 comments:

Afida Anuar said...

Alahai remaja melayu sekarang, ramai yang layu... haishh, kalau la yang si laki indon tu jutawan, harta juta-juta dollar macam logik jugak la kalau balik sana ikut depa, orang kata berbaloi...tapi yang pelik, ada yang kerja buruh binaan pun remaja perempuan kita boleh layu jugak!!!erkk.. nauzubillah moga2 dijauhkan sanak-saudara dan sahabat2 semua dari krisis remaja kini...

noorlara said...

Cinta terlarang sering membutakan hati, cinta kerana nafsu bukan kerana Allah. Sukarnya memelihara anak dara sebab itu org tetua dulu cakap lebih senang bela lembu sekandang sebab lembu tak akan memalukan kita. Doa ari-ari pada Allah agar anak dara hakak tak jadi camtu.

Agaknye lelaki Malaysia ni kurang romantik kot?

AL-BIMA SAKTI said...

afida;
layu di kaki mat indon. ek eleh... tak standard langsung...

lara;
yg itu dilarang, itu jugak yg depa nak buat.

hmm...hmm... yg tak romantik tu... slow2 sket... he he he he...