Thursday, February 26, 2009

SERONOK... ALAHAI, SERONOK..!

SERONOK - kata Kamus Dewan Bahasa;

1. Perasaan yang menyenangkan ( yang menyukakan).

2. Menyedapkan hati (sedap didengar, dilihat, dll).


SERONOK - bagi yang tak reti bahasa;

1. Menyenangkan hati tak bertempat (yang menyukakan dan dalam masa yang sama ia melukakan hati orang lain atau sendiri).

2. Menyedapkan hati sendiri (sedap di dengar tapi menyakitkan telinga, sedap dilihat tapi menyakitkan mata, sedap didengar tapi menyakitkan hati, sedap dilihat tapi menyakitkan telinga, dll).


MENGATA-NGATA MEMANG SERONOK
YANG DENGAR ORANG MENGATA LAGI SERONOK
SEMUANYA SUKA DAN BERSERONOK
DIRI TAK KENA KATA MEMANGLAH LEBIH SERONOK
MENJADI MANGSA ORANG MENGATA JUGALAH YANG TAK SERONOK
TAPI DI SEBALIK SERONOK TAK SEMESTINYA BERAKHIR DENGAN SERONOK.


JIKA IA SESUATU YANG SERONOK
BUAT MACAM MANA PUN IA TETAP SERONOK
DIDENGAR JADI SERONOK
MELIHAT LAGILAH SERONOK
DAPAT MERASA LAGI-LAGILAH SERONOK.

KALAU DIDENGAR SUDAH SERONOK
DILIHAT LAGILAH SERONOK
DAPAT MERASA BERTAMBAH-TAMBAHLAH SERONOK.

KALAU DIDENGAR SUDAH TAK SERONOK
DILIHAT TENTU JUGA TAK SERONOK
DAPAT MERASA PUN MUNGKIN TAK SERONOK.

KALAU DIDENGAR SERONOK
TAK BERMAKNA MELIHAT PUN SERONOK
KALAU DAPAT RASA PUN MUNGKIN TAK SERONOK.

SERONOK MEMANGLAH SERONOK
YANG SERONOK TETAP SERONOK
YANG TAK SERONOK PUN BOLEH JADI SERONOK
KALAU TAHU CARA NAK BUAT IA JADI SERONOK..!

ORANG YANG SERONOK TETAP SERONOK
ORANG LAIN TAK SERONOK TAPI DIA SERONOK.

ORANG YANG TAK SERONOK TETAP TAK SERONOK
ORANG LAIN SERONOK DIA TETAP JUGA TAK SERONOK.


Monday, February 23, 2009

"CELARU POLITIK (MELAYU) BARU?"

Aku bukan orang politik. Tapi dengan kecelaruan politik semasa yang bersulam dengan kegawatan ekonomi global, termasuk kemelut politik songsang lagi menyongsangkan kini, buat hatiku bagai dijentik-jentik. Meluat dan menyampah. Mata dan telinga dah naik bernanah.

Orang politik berpolitik malam siang. Mereka makin hidup senang lenang. Tak ada yang kurang. Malah mewah makin berlebihan.

Rakyat yang mengaku kononnya bijak pandai, (terutama Melayu), juga ada yang menurut rentak orang politik, malah terlebih-lebih pula. Sampai sanggup tidur atas jalan raya dengan berjubah, berserban dan berkopiah di kepala.

ASTAGHFIRULLAH-AL-AZIM..! Dah hilang akal ke?

Apa yang mereka dapat?

Adakah mereka dah dapat wang juta-juta? Atau rumah sebesar istana? ATAU dianugerahkan KERETA SEBESAR KONTENA?. Atau diberikan isteri percuma? Atau dijanji menjadi menteri atau timbalan menteri? Rasanya jauh panggang dari api.

Kalau mereka dapat semua tu, tahniah dan syabas. Teruskanlah berpolitik dan kerap-keraplah tidur di atas mana-mana jalan raya. Kalau cara itu akan menyenang dan memewahkan Melayu. Sekalipun ia amat memalukan, lagi menjijikkan.

Namun kalau 'hampeh' yang mereka dapat, bawalah banyak-banyak bermuhasabah diri. Tonggang-tonggeklah kat masjid/surau/rumah untuk mengingati Allah. Bukan asyik ingatkan politik yang menguntungkan orang lain.

Atau buatlah kerja lebih berfaedah untuk tanggung anak bini atau mak bapak, daripada buat kerja yang memalukan bangsa, agama dan keturunan diri sendiri.

Ingatlah... buat apa-apa pun biar berpada-pada. Jangan lebih sudu dari kuah. Harap pokok saja rendang tapi tak berbuah.

Yang lebih penting, hidup jangan jadi 'hampeh', kerana 'hampeh' hanya untuk makanan haiwan.

Rasionalnya... pandai-pandailah menyesuaikan diri. Pandai-pandailah menilai, belajar, mengerti dan memahami realiti kehidupan.

Jangan mudah diperalatkan. Nanti lambat laun akan dikorbankan pula.

**********************************************************************************

Friday, February 13, 2009

PEMANDU TIDAK BERILMU

Kenalilah golongan tak berilmu ketika berada di jalan raya (lebuh raya).
Atau dalam bahasa kasarnya pemandu kurang ajar.
Atau dalam bahasa lembut sikit, dia ingat jalan raya itu mak bapak dia yang punya.

Antaranya:

1. Kita memandu dgn kelajuan ditetapkan disebelah kanan (terutama memotong kenderaan lain), dia datang dari belakang dgn melebihi kelajuan sambil memberi lampu isyarat / bunyi horn suruh kita ke tepi.

2. Memandu tidak mengikut kelajuan maksimum ditetapkan di sebelah kanan dgn menghalang pemandu lain. Tapi dia buat bodoh aje.

3. Memandu terlalu perlahan di sebelah kiri tanpa hiraukan pemandu lain.

4. Kita sedang memandu laju, tiba-tiba dia keluar dari bahu jalan, menyebabkan kita kena brek dan berikan dia laluan. Tapi lepas tu dia buat bodoh eje dgn memandu terlalu perlahan. Sedangkan kita nak memotong tak ada peluang.

5. Memperlahan kenderaan dengan tiba-tiba sebab nak jawab telefon bimbit, tanpa peduli pemandu lain di belakang.

6. Parking kenderaan sesuka hati di simpang jalan (sebab singgah minum/makan dll) hingga menghalang pemandu lain.

7. Tidak memberi isyarat utk membelok ke kiri, sedangkan pemandu lain sedang menunggu di simpang untuk keluar ke kanan. (Tempat tak ada lampu isyarat tapi agak sibuk).

8. Berhenti kenderaan antara bahu jalan dan atas jalan, kemudian terus bukan pintu di sebelah kanan, tanpa pedulikan pemandu lain datang dari belakang.

9. Parking sesuka hati hingga termasuk ke petak parking bersebelahan.

10. Penunggang motosikal yang menunggang perlahan di tengah-tengah jalan sambil begurau senda dgn pembonceng wanitanya.

Manakala pemandu yang perlu berubah dan bermuhasabah diri ialah:

1. Memandu perlahan dgn sesuka hati tanpa mengikut keadaan dan masa. (Memandu tidak ikut kesesuaian).

2. Terhegeh-hegeh nak bergerak walaupun lampu isyarat sudah bertukar hijau. Disebabkan dia, kenderaan yang boleh lepas enam, hanya dapat lepas tiga.

3. Dah dekat nak masuk simpang, baru nak bagi signal.

Anda mampu berubah..!

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SEKEHLOGI

"Hanya orang yang perasan bijak dan berilmu saja yang sering melakukan kesalahan tanpa disedari. Sedangkan orang yang benar-benar berilmu dan bijak akan terus mengelak dari melakukan kemarahan orang."

*******************************************************************







Sunday, February 8, 2009

ALAHAI ORANG KITA..!

Alahai orang kita
mudah sangat percaya
mudah juga tertipu dan terpedaya
tak tahulah kenapa
akal ada ke tak ada?
***
Dari dulu sampai kini
fitnah dan dengki memang dekat di hati
kalau tak percayakah fitnah macam boleh mati
kalau tak jadi kaki hasut macamlah rugi.
**
Kalau khabar angin pakai telan bulat-bulat
walaupun tak betul dan tak tepat
terus percaya sangat-sangat
itu pasallah dunia pun tak berapa nak selamat
sebab dalam dunia masih wujud begitu punya umat
***
sudsahnya diri sendiri juga yang tak berapa nak sihat.
Kalau pasal skim cepat kaya
ramai juga orang kita yang terkena
keluar duit sikit nak dapat banyak berjuta-juta
kalau labur banyak lagilah dapat banyak tak terkira
sudahnya diri terngadah dan ternganga
tanggung hutang jiwa merana
rumah tangga porak peranda.
**
Ada juga anak dara kita
masih bersekolah sibuk nak bercinta
tak kira mat indon atau mat bangla
macam mana mereka boleh tergoda
lari ikut jantan sebegitu mudahnya
tinggal mak bapak tanpa berita.
***
Bila terkena baru terkulat-kulat
rupanya si jantan bukanlah hebat sangat
hidup susah lagi melarat
nak makan pun tak ada apa yang nak disuap
barulah di kepala mak bapak teringat-ingat
dulu tak guna otak masa nak buat
hingga rayuan si jantan keparat
membuatkan diri leka dan terjerat.
**
Alahai anak dara kita
orang bercinta awak nak bercinta
mat bangla atau mat indon pun pakai sapu saja
tak tahulah apa yang dia rasa
sampai begitu mudah tergoda
pun sampai mudah terlupa dunia
bila dah beranak baru menyesal berjela-jela.
***
Sebenar apa semua yang terjadi
Itulah padahnya ikutkan hati
semuanya pakai redah membuta tuli
konon dah pandai fikir sendiri
pendapat orang lain dah tak peduli.
**
Apa terjadi silap sendiri
tak pernah ambil tahu apa saja informasi
surat khabar berlambak dipandang sepi
asyik baca majalah hiburan terkini
dalam tv pun ada peringatan diberi
tapi soal hiburan juga terlekat di hati
mengenai berita semasa tak ambil peduli
sudahnya sendiri juga tergigit jari.
***
Alahai orang kita malang selalu
mudah sungguh terpedaya dan tertipu
yang terbaru mengenai SMS palsu
kononnya menang hadiah berpuluh-puluh ribu
itupun ada juga yang tongong dan dungu
sampai percaya bodoh sebegitu.
**
SMS palsu pun boleh percaya
konon cepat nak jadi kaya
sampai terlupa dunia dan tergelap mata
tak fikir dengan otak yang ada
siasat dulu sebelum terima.
***
Kalau anak kaya kenalah usaha
harta tak datang sekelip mata
bersusah dahulu bersenang di kemudiannya
rezeki halal berlimpah nikmat dan rahmat-Nya.
**
Bila buat apa-apa kena pakai otak
jangan semuanya main pakai lantak
tersilpa langkah diri sendiri yang terhentak
barulah nak menangis nak melalak
apa nak buat nasi dah tinggal kerak..!!
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
SEKEHLOGI
***
"Ada orang melakukan kesalahan demi kesalahan tanpa rasa bersalah, sehinggalah dia terperangkap dengan kesalahan yang dilakukannya itu."
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++