Sunday, December 27, 2009

KISAH SI MULUT LONGKANG

longkang jalan taib pontian2 Pictures, Images and Photos

Al-kisah si mulut longkang punya cerita
tak suka diam mulutnya sering ternganga
tak ada cerita dicipta direka
yang mendengar terbeliak mata.
*
Yang sejengkal jadi berdepa-depa
bukan apa saja nak sedapkan cerita
kain orang diselak dibuka
tak sedar kain sendiri terkoyak merata-rata.
**
Kalau dulu mengata orang kini terbalik pula
meludah ke langit jatuh ke kepala
cari salah orang tapi salah sendiri berjela-jela
buruk sendiri sengaja dipejamkan mata.
*
Orang yang mendengar terus percaya
dengar buruk orang mulut luas ternganga
kutuk mengutuk jadi agenda
Si mulut longkang puas berbangga.
**
Si mulut longkang diberi muka
ramai pula yang suka akan dia
orang yang benar dikutuk dicela
yang tak bersalah menjadi mangsa.
*
Berkata benar ramai yang tak selesa
penegak benang basah dianggap wira
yang berpura-pura terus bermuka-muka
jenis sebegitu ramai disanjung dan dipercaya.
**
Si mulut longkang terus menjaja cerita
tiada yang benar tapi fitnah belaka
macam mana musibah dan bala tak bertimpa-timpa
tapi itulah yang manusia cari dan puja-puja.
*
Yang berdosa tetap dibalas jua
dibayar tunai tapi ampunya diri tak pula terasa
sebab mulut longkangnya sentiasa berulat berlarva
sudahnya bala dan celaka sentiasa di depan mata!
**

3 comments:

ryann said...

biasa mengadap org yg mulut longkang ni

melayuangkat said...

Assalamualaikum Bima,

Minta dijauhi Allah swt diri kita dari sifat sifat keji, suka mengata orang dan mulut jadi macam mulut longkang, Waliyazubillah. Peringatan yang tepat buat kita semua.

Selamat melangkah ke tahun 2010 setelah baru sahaja kita menyambut Hijrah 1431. Semoga tahun mendatang InsyaAllah swt bagi kita semua: bertambah baik dan hidup sentiasa ke arah yang lebih berfaedah buat semua, Amin!

AL-BIMA SAKTI said...

ryann;
pengalaman itu satu pengajaran...


melayuangkat;
waalaikummussalam bu,

selamat nyambut tahun 2010. semoga diketemu dan berdepan dgn sesuatu yg baik2 aje. insya-Allah.