Tuesday, December 22, 2009

KELALAIAN DARI TANGGUNGJAWAB

Bhg bangunan yg runtuh sebelah rumah ini Pictures, Images and Photos



Semua masalah atau bencana yang melanda manusia, adalah berpunca daripada kita. Kekalaian dan kesilapan pihak berkuasa, pihak yang diberikan tanggungjawab serta pihak-pihak yang telah diberikan peranan dan kepercayaan untuk menjalankan tugas, supaya sesuatu yang tidak baik dapat dielakkan.

Namun kenapa sesuatu yang tidak dingini, sehingga mengorbankan nyawa dan merosakkan harta benda itu masih berlaku?

Kerana kita terus alpa dan lalai. Ibarat penukul sekali diketuk sekali berbunyi. Sekali diketuk sekali bergerak. Manusia jenis apakah mereka (atau kita ini) ini? Dibyara gaji untuk melakukan kerja, supaya hasilnya terbaik dari yang terbaik. Malangnya sebalik pula yang berlaku. Yang elok hanya mungkin dipandangan mata yang seketika. Beberapa selepas itu ia telah menimbulkan bala.

Apabila sesuatu yang malang berlaku, kita mula terdengar rungutan pihak yang kecewa. "Pihak berwajib tidak memantau kerja dengan baik". Dan, "Semasa diserahkan kepada kontraktor, pegawai datang, kemudian tak datang-datang. Mereka harus jalankan tugas dengan rasa tanggungjawab."

Kesimpulannya, segala permasalahan yang berlaku adalah disebabkan, pihak yang diberikan tanggungjawab merupakan golongan yang tak bertanggungjawab. Pihak yang diberikan kepercayaan rupanya mereka langsung tang boleh percaya.

Namun kesemua permasalahan itu akan tetap berterusan dan berlanjutan, selagi manusia-manusia yang diberikan peranan tanggungjawab dan kepercayaan itu hanya sekadar manusia pada lahiriah yang bukan berkemanusiaan zahir dan bathin..!

2 comments:

noorlara said...

kalau semua kita melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan amanah dan penuh tanggungjawab sudah tentu takkan berlaku kerosakan di dunia ini melainkan dengan kehendakNYA jua. Boleh sesak nafas dibuatnye...

AL-BIMA SAKTI said...

lara;
itu la pasalll...