Tuesday, August 4, 2009

WASPADA NIAT BURUK ORANG LAIN TERHADAP ANDA..!

Anda tidak pernah mengganggu orang lain. Maknanya anda tak pernah mengkhianati, dengki dan berbusuk hati kepada orang lain. Maka anda yakin orang lain juga tidak akan kacau anda?

Jika anda bersetuju dengan kata-kata itu, bermakna anda telah membuat andaian yang salah dan telah melakukan kesilapan yang besar pada diri anda sendiri.

Walaupun anda tak mengganggu dan ambil tahu hal orang lain, namun anda tidak boleh menafikan bahawa terdapat niat dan hasrat buruk orang lain terhadap anda.

Mungkin jawatan, kelebihan dan kebahagiaan hidup anda dimusuhi oleh manusia-manusia yang berhati busuk, pendengki dan pengkhianat yang ada kepentingan diri.

Oleh itu, berwaspadalah selalu. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Jangan disangka dalam tepung tak ada rambut.

Berhati-hatilah... Jangan mudah percaya dan terpedaya akan manisnya gula, yang akhirnya mendatangkan banyak penyakit berbahaya kepada kita jika kita terlalu leka.

Selamat menjalani kehidupan yang baik dan lebih sempurna..!

Insya-Allah..!

7 comments:

kayteeze said...

Kita selalu diingatkan jangan bersifat buruk sangka, tapi sikap berhati2 boleh menyelamatkan diri kita, kan....

Bunga Rampai said...

Manusia dengan pelbagai ragamnya!
Terima kasih peringatan ini.

Salam :)

Afida Anuar said...

benar tu Incik AL-Bima...

dan yang paling kecewa, jika kita memberi madu kepada orang, orang hadiahkan pulak hempedu....adooiii...
sabar jek la

kerisLekuk7 said...

manusia tidak akan puas dengan apa yang ada, menunding jari bagai amalan seharian...menikam belakang bagai asam garam...
NAFSU...IMAN....NAFSU....IMAN...?

ryann said...

orang yang berniat buruk hidupnya takkan tenteram. hati tak bersih

noorlara said...

benar sekali, dalam sekali hidup telah banyak kali lara temui manusia yang tidak menyukai kita hanya kerana kita dipinjamkan sedikit kelebihan, sedulu susah hati gaks dibuat but as time goes on lara tak kisah ngan mereka yg sakit jiwa dan rohaninye itu. Yang penting lara pastikan diri tak akan berbuat yg demikian itu

AL-BIMA SAKTI said...

kayteeze;
pesan org tua-tua, 'jgn mudah masuk dalam 'perut' orang. berwaspada kawan atau lawan... sejahtera!


bunga rampai;
salam,
rambut sama hitam, hati lain2. nafsu manusia sering memburukkan situasi..! kemusnahan..!


afida;
kebaikan kita ada kalanya tak dihargai. malah keburukan kita juga mungkin dicari dan dcaci..! kehancuran..!

sabar itu keimanan..!


kerislekuk7;
kerana nafsu, manusia tak pernah puas.
kerana hati, manusia adakalanya buas!

menikam, mencucuk lumrah kehidupan.

kesesatan..!


ryann;
hati tak bersih, tuhan tak memilih.
hati busuk, seksanya pedih..!

kehaiwanan..!

lara;
pendengki hatinya tak tenteram,
sudahnya kehidupannya tenggelam..!

kedaifan..!

TERIMA KASIH SEMUA..!
WASSALAM..!