Monday, July 27, 2009

CUKAI.., OH CUKAI..!

Jika kita mampu membeli rumah, bermakna kita juga kena mampu membayar cukai pintu dan cukai tanah.

Kita duduk atau tak duduk di rumah itu, kita tetap juga kena bayar cukai pintu dan cukai tanah.

Tak sama dengan bil elektrik, air atau telefon, yang mana kita dikenakan caj berdasarkan sebanyak mana yang kita telah gunakan.

Berbalik kepada cukai pintu dan cukai tanah, mampu atau tak mampu mesti kena bayar setiap tahun. Cukainya tak pernah berkurang. Makin menaik memang ada.

Kenapa perlu naik cukai pintu dan cukai tanah? Andainya rumah kita itu tetap sebesar itu juga dari awal hingga kini? Tanah juga semestinya seluas itu juga.

Kekadang aku terfikir, sepatutnya cukai tanah tak perlu dibayar sepanjang hayat. Sepatutnya dikenakan tempoh tertentu. Mungkin hanya selama sepuluh atau 12 tahun, kemudian dikecualikan.

Cukai pintu bolehlah dibayar selagi kita menggunakan rumah itu. Tapi jikalau ada tempoh-tempoh tertentu pun bagus juga.

Sudahlah dikenakan cukai pendapatan setiap tahun. Ditambah pula dengan cukai pintu dan cukai tanah. Belum lagi cukai-cukai lain.

Cukai.., oh cukai..! Aduhai.., sudahnya ada yang mati kerana 'tertimpai cukai nampaknya..!

1 comment:

noorlara said...

setuju dengan pendapat agar cukai tanah dibayar untuk tempoh tertentu, masalahnya kalau cenggitu manalak nak dapat wang untuk mentadbir negeri sebab lebih 50% peruntukan datangnya dari hasil tanah.