Sunday, June 21, 2009

ANDAKAH YANG SAKIT MENTAL..?

Ramai betul pesakit mental di Malaysia ni rupanya. Tiap tahun makin bertambah. Sebanyak 346,196 kes tahun sebelumnya, telah meningkat kepada 400,227 pada tahun lalu.

Statistik itu berdasarkan kes yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan. Tapi berapa banyak pula kes yang tak dilapor?

Di persekitaran kita pun sebenarnya ramai pesakit mental yang hidup bebas, yang mungkin kita terlepas pandang. Tapi untuk mengenali mereka (pesakit mental) itu tidaklah sukar.

Antaranya ialah:-

# Pendengki/busuk hati/meragui/tak senang duduk diam dengan kelebihan orang lain.

# Suka buat fitnah. Sengaja merekacipta/membesar-besarkan keburukan dan kejahatan orang lain.

# Batu api/ bermusuh-musuhan.

# Suka mencari kesalahan/kesilapan orang lain, tanpa menyedari kesalahan/kesilapan diri sendiri.

# Gemar lakukan perkara yang tak baik / tak bermoral.

# Buat jalan raya macam mak bapak dia punya. Berlumba/potong Q/memandu tidak mengikut kelajuan/kesesuaian tempat. Menyusahkan pengguna lain.

# Sikap angkuh dan sombong tak bertempat.

# Seronok membangga dan membesar diri.

# Gila kuasa. Sekalipun menjatuhkan/memijak kepala orang lain.

# Suka dipuji/dibodek/diampu. Suka memuji/membodek/mengampu untuk kepentingan diri.

# Mencari publisiti murahan untuk kepentingan diri.

# Kononnya diri terlebih bagus daripada orang lain.

# Cakap lain tapi buat lain.

# Kerap berjanji dan memungkirinya.

# Suka berpura-pura/talam dua muka/bermuka-muka.

# Menipu/pendusta. Banyak dengan alasan.

# Perompak/penyamun/perogol.

# Suka marah menyinga-nyinga walaupun puncanya perkara kecil.

# Gemar harapkan imbuhan/ganjaran walaupun dia sebenarnya tak layak.

# Tak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki.

# Mudah terpengaruh dengan fitnah tanpa usul periksa.

# Walaupun melakukan kesalahan dan menyusahkan orang lain tapi tak pernah minta maaf dan mengaku silap.

# Diberi tanggungjawab tapi gagal/ambil mudah sehingga mendatangkan masalah kepada orang lain.

Siapakah antara mereka itu? Adakah anda? Anda? Dan anda..?!

6 comments:

Anonymous said...

Err........Rasa2nya Tie tak de dalam senarai tu..harap2 gitu laa...

Tapi, bab sakit mental ni, kekadang macam ada sikit, kerana terlalu banyak memikir, tentang anak, tentang amal sendiri dan mak dan ayah nun jauh di kota tinggi. Tentang suami, hmm... setakat ini tak de masalah, cuma bimbangkan kerjayanya yang bahaya tu...

noorlara said...

Semua sikap yang dinyatakan mudah kita temui disekeliling kita malah dalam diri sendiri. Hakikatnya tiada seorangpun pesakit mental itu akan mengaku atau perasan yang dia mentalnya sedang sakit menderita!

A t i Q a h said...

Cikgu2 pun banyak dah kena sakit mental ni sebab stress sgt duk kat sekolah. Alahai.

kad0k. said...

banyak ciri2 dia tu..menakutkan..:p

Mak Su said...

hhmmmmm, moga moga bukan saya

AL-BIMA SAKTI said...

kayteeze;
perlu difikir tp usah banyak memikir...


lara;
org yg sakit mental tp dia tak sedar sakitnya, sebenarnya lebih berbahaya drp orang yg tahu dia sakit mental...


atiqah;
harap cikgu2 jgn sakit mental, nanti anak murid pula sakit moral...


kadok;
takut lagi menakutkan...


mak su;
pun bukan saya juga...