Wednesday, November 5, 2008

************************************************

HAI... ENTAH APA-APA..!

Hai.., entah apa-apa tak taulah
cakap salah tak cakap pun susah
kalau cakap ada aje yang nak marah
bila diam boleh naik darah
angin kus-kus tak kebah-kebah
jadi semua serba salah.
<>
Harga minyak dan banyak kali berkurangan
adalah sedikit rasa kelegaan
bila fikirkan harga barangan keperluan
kembali semula semput-semputan
yang peliknya kenapa susah nak diturunkan
mungkin ada serba kelemahan dan kelembaban
dalam pengawalan dan penguatkuasaan?
<>
Memanglah berniaga nakkan keuntungan
tapi biarlah berpatut berpadan
jangan asyik nak ambil kesempatan
bila nak naikkan harga barangan
semacam tak sabar tak cukup haribulan
sesudah naik sukar sungguh nak turunkan
macam-macam kerenah dan alasan.
<>
Untuk kemudahan dan keselesaan rakyat
macam-macam diatur dan telah dibuat
tak kurang juga bermacam gelagat
tapi ada sekadar bercakap bermacam maklumat
masalah yang ada bertambah sendat
sudahnya rakyat juga terkulat-kulat
apa yang sakit tak juga terubat.
<>
Kerajaan sudah keluarkan arahan
mahu rakyat hidup kesejahteraan
mereka bertanggungjawab diberikan tugasan
biar beramanah dalam pekerjaan
hasil terbaik yang diharapkan
agar rakyat mendapat kepuasan.
<>
Masalahnya banyak kekuranagan
yang bertanggujawab tiada kesungguhan
jalan tugas seakan sambil lewaan
semacam sekadar cuci tangan
macam mana tak jadi kecaca-marbaan
yang susahnya rakyat kebanyakan
yang kena kutuk adalah kerajaan
adakah kerana diberikan kepercayaan
kepada orang yang tersalah pilihan?
Entahlah.., entah apa-apaan..!
****
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
********
PSIKOLOGI
(MENGENALI DIRI SENDIRI)
********
SIAPAKAH DIRI ANDA?
Ketika anda sedang berjalan-jalan, sama ada anda seorang atau berdua, tiba-tiba seorang lelaki yang tidak anda kenali menyapa dan menegur anda.
"Hai.., " sapanya ringkas. Serentak itu, sekuntum senyumannya yang termanis (tapi tak taulah dia hidap kencing manis ke tidak), terukir di bibirnya. Pandangan matanya yang menggoda turut terarah kepada anda.
Dalam situasi begitu, adakah anda...
1. Berasa malu
2. Menjadi serba salah
3. Dada anda berdebar-debar dengan tiaba-tiba
4. Buat tak layan dan terus berlalu
5.Tak sanggup bertentang mata dengannya.
6. Marah dalam diam dan wajah anda tiba-tiba berubah
7. Memarahinya dengan tiba-tiba dan menuduh dia kurang ajar
8. Menyahut sapaanya dan melayannya seketika.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
***
SEKEHAN MINDA
**
"Setiap yang terlarang,
sama ada yang menyalahi hukum hakam dan undang-undang,
masih ada juga yang melakukannya dengan kerelaan.
Kenapa?
Sebab tersembunyi nikmat dan keuntungan di sebalik yang terlarang itu.
Fikir-fikirkanlah..."
***
*******************************************************

18 comments:

~mardihah~ said...

salam kenal juga...penulis separuh masa ka? penuh masa? saya berminat betul menulis ni...........hmmm

salam mesra,
dihah

Tie said...

Soalan tu ye...Hmmm...kalau tie laa..tie tak berani nak jawab masa gadis dulu...Biasa lelaki tegur girls mesti ada tujuan.
Kalau sekarang, mungkin tie jawab, sebab dah jadi makcik ni, Mungkin dia kenalan hubby.

sakurasa 2 said...

Untuk soalan:
sakura pilih jawapan no.2 & 3 he he he

chekdenoor said...

Salam,

Aha..... kalau chekdee...... sambil mengerutkan dahi.....memikir....."orang ni siuman atau gila?? "..... heheheheheheh

Alahai....bilalah ekonomi kita nak kembali normal ni......... ukhukssss

azlin hashim said...

kalau lin senyum sekejap pastu buat tak layan terus blah!

Skrg nie walaupun harga minyak dah turun, tp barang tetap sama rasanya tak membantu jugak. itu lah, masa nak naikkan harga minyak tak fikir panjang, effect for long term, skrg yg kena tanggung rakyat.

Fikirlah sikit utk org yg kurang berkemampuan, tgk kat TV3 bersamamu tuh, aduh daif sungguh! tak sampai hati nak tgk...

kuncop said...

kuncop jawap No.9, teeheehee...
(takde dalam senarai)
Menyahut sapaanya dan pastikan sama ada kita kenal dia atau dia tersalah orang. kalau tersalah orang, cepat2 blah~!!!

noorlara said...

Al bima sakti ooi,
kalu org tegur ngan baik aku :

takde sebab nak malu

pasai apa nak serba salah sebab aku tak buat salah

Takdenye nak bedebau-debau dada ni lenle dia tu bekas dot dot dot aku

Org ikhlas bila bercakap bertentang mata tp harap dia tak pukau haku

Aku susah nak marah, cool selalu

Kalau dia tego aku ngan sopan jek apsal aku nak marah dan tuduh dia kureng ajau lak

ye aku akan sahut sapaan dia dan buat apa yg patut jek

hidup tak lama watpele nak cari musuh, ye kannn saudare albima sakti,

ko ni singgah jap kat blog hakak pun sempat wat sajak, akak sukele. Hebat bakat kurniaan Allah SAW kpdmu!

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

Apa khabar sekarang? Mak Cik doakan baik segalanya.

Malangnya anakku setiap yang terlarang itu 'ada' nikmatnya kerana tercelah syaitan dan iblis yang tak berhenti menggoda.

WaAllahuAlam.

Mak Su said...

no. 8 kot. tapi tak tahu ler, cuba albima sakti terai-terai test dulu ek :)

arsaili said...

salam..benda terlarang tu la org nak buat..sebab tu budak2 kalau kita kata jangan, makan dia nak buat...

azza_irah said...

salam..
rasanya kl sy..sahut je sapaan tu..berbalas senyum..tak slh mbalas senyuman org pd kita..sedekah kan..

A t i Q a h said...

Minyak dah turun tapi harga makanan tetap tak turun. Alahai.

Princess Liyana said...

hihi..buat mcm biasa je kot;p

naz ilyn said...

salam..

kalau sy disapa dan disedekahkan dengan senyuman yang termanis juga pandangan mata yang MENGODA oleh orang yang tidak dikenali...mungkin sy pilih yang ke6.

p/s: senyuman sedekah hanya yang ikhlas..

Khairi said...

kalau gadis, berdebar-lah, kalau bukan gadis, biasa2 aje eheh..

nice seloka bro.. nasik kandar masih lagi rm4 (nasik+ayam goreng+kuah campur). hadoi!

Aishah Jamal said...

Bagus soalan ni.
He...he.. akhirnya akan tahu sama ada diri tu - seorang yang
'Thinker' OR 'Feeler'

kad0k. said...

yg dilarang tu mmg seronok dibuat al-bima..xtau apasal..sbb nikmat sgt kot..haihhh

Al-BIMA SAKTI said...

mardihah;
salam,
saya penulis sepenuh masa...
salam mesra...


tie;
hmm... dulu lain sekarang lain...


sakura;
iyer ker... he he he...


chekde;
insya-Allah, akan pulih. sesama kita doakan...


azlin;
itulah.., kita sebelum uwat ape-ape, kena fikir dulu pakai kepala hotak, bukan kepala lutut...


kuncop;
maksud ceriter tu ialah disapa oleh org yg tak dikenali...


noorlara;
betui kata hakak tuh.
dan tima kasih kerna puji bakat saya... he he he he....


melayuangkat;
waalaikummussalam mak cik,
khabar baik dan baik segalanya. terima kasih kerna doakan utk saya.

btul tu mak cik. setiap yg terlarang itu sentiasa aje digoda oleh syitan..!


maksu;
nanti kalu ada masa time sesuai saya akan cuba try test dulu okey..?


arsaili;
terlarang bagi yg faham, dan tak terlarang bagi g tak faham atau yg buat-buat tak faham atau hanya dia yg faham...


azza_irah;
ya, senyum itu sedekah... (biarlah bertempat) kan..?


atiqah;
benda dah naik, memang susah nak turun. Lainlah kalau naik minyak...


princess;
sesekali buat le luar biasa lak... he he he ...


naz ilyn;
camana nak bezakan senyuman ikhlas dgn tak ikhlas ek..?


khairi;
pernah cuba test minum milo kosong (gelas kecik) + roti canai kosong (nipis macam stoking kaki pompuan) kat Seremban Centre Point, harganya RM2.10. bukan nak berkira, tapi biarlah patut padan...


aishah jamal;
Tak kiralah thinker of feeler, tapi... kenalilah diri kita sebelum kita dikenali oleh orang lain...


kadok;
sebab terkandung teramat ternikmatlah teragaknyer...