Monday, November 24, 2008

SAJA NAK CERITA - 4

****************************************************************
JULIAN CHER @ NUR HIDAYAH CHER

(Part 1)

Nama asalnya Julian Cher. Aku mengenalinya secara tak sengaja. Telefon yang aku dail tersalah nombor- singgah di tempat dia bekerja. Kebetulan dia yang menjawabnya.

Ketika itu aku masih bekerja sebagai editor disebuah syarikat penerbitan di Kuala Lumpur. Dia pula bertugas sebagai wartawan di sebuah syarikat penerbitan majalah di Petaling Jaya.

Dari perhubungan yang tak sengaja itu, kami mula berhubungan dengan sengaja. Kemudian berkawan. Dari kawan biasa, menjadi kawan tapi mesra.

Sejak berkawan denganku, dia banyak bertanyakan mengenai Islam padaku. Apa saja yang dia tak faham mengenai hukum-hukum Islam, akulah yang menjadi tempat rujukannya. Alhamdulillah.., apa saja yang dia tanya itu aku dapat memberikan jawapan dan penerangan dengan sebaik-baiknya.

Sebelum itu, memang dia sudah berminat dengan Islam. Itulah yang dia ceritakan padaku. Tapi sejak mengenali aku, dia semakin berminat untuk mengetahui apa saja yang berkaitan dengan rukun dan hukum Islam.

Hari demi hari, minatnya terhadap agama Islam semakin mendalam. Aku turut memberikan sokongan. Aku membelikan untuknya beberapa buah buku yang berkaitan dengan rukun dan hukum Islam. Dan buku-buku lain yang berkaitan dengan ajaran Islam.

Dan dia pernah berhasrat untuk memeluk agama Islam. Itulah yang dia nyatakan padaku. Aku semakin memberikannya dorongan.

Demi sokonganku yang ikhlas padanya, aku telah memperkenalkan dia dengan seorang ustazah yang aku kenali. Melalui ustazah itu, dia semakin mendalami ilmu mengenai Islam dengan lebih mendalam lagi.

Aku juga telah menghadiahkan padanya beberapa keperluan yang digunakan untuk bersembahyang. Dia begitu gembira.

Dalam diam aku mula suka padanya. Suka lebih daripada seorang kawan. Namun hasratku itu masih rahsia. Kami masih berkawan biasa.

Beberapa hari sebelum memeluk Islam, dia beritahu padaku yang dia mahu tukar namanya kepada Juliana Cher Abdullah. Tapi dia masih memerlukan pendapatku, adakah aku ada cadangan nama lain untuknya.

Lalu aku katakan, aku suka kalau dia gunakan nama Nur Hidayah Cher Abdullah.

Dia setuju dengan nama itu. Lalu nama itulah yang terpakai setelah dia memeluk Islam setelah hampir enam bulan dia mengenaliku.

Aku bersyukur yang amat. Hasratku untuk menjadikan dia sebagai suri hidupku semakin mendalam.

Bersambung akan datang...

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SEKEHLOGI

JANGAN ADA PENYESALAN

Dalam segala aspek kehidupan, amatlah perlu bagi seseorang itu bertindak mengikut jalan yang diredhai Allah. Kerana jika tidak, suatu penyesalan yang lahir kemudiannya akan mendatangkan keburukan yang sukar untuk diterima.

Begitu juga dalam memilih jodoh atau teman hidup. Agama melarang jika pemilihan yang dibuat itu semata-mata mengikut kehendak nafsu.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SEKEHAN MINDA

"Lidah boleh memuliakan dan mengangkat maruah seseorang. Malah lidah juga mampu membawa kejayaan seseorang. Dan dalam masa yang sama, lidah juga mampu untuk menghina dan menjatuhkan seseorang."

*******************************************************************

7 comments:

Afida Anuar said...

Nur Hidayah Cher Abdullah, cantik nama tu.. ni tak sabar nak baca sambungan ni..eheh...

kerana lidah juga hati sy terguris semalam..aduhhh, sakitnya rasa...

tasekM said...

ooo...

naz ilyn said...

Salam...

jadilah kamu tanah
pasti dia akan menjadi langitmu
hendaklah kamu menjadi atapnya
dia akan menjadi tiangmu
jangan kamu merenungnya sehingga ia melepasmu
jangan pula kamu menjuhinya sehingga dia melupakannya
jika dia mendekatimu
dekatlah kepadanya

p/s: saje jer nak cite...

chekdenoor said...

Chekdee selalu berpesan kepada anak-anak..... bila tiba masa nak memileh calon suami..... buat solat istiharah dulu...... minta petunjukka ALLAH.... agar jodoh berpanjangan dan kekal sepanjang hayat..... agar jodoh menghasilkan kehidupan yang bahagia dan berjaya........

Mak Su said...

tersekeh di sini sana :D

AL-BIMA SAKTI said...

afida;
lidah kadang2 nak kena jaga dan bela baik-baik...


tasikmerah;
ohhh...


naz ilyn;
salam,

renunglah pada tanah
nercaya kamu ingat akan mati.
renunglah pada langit
nescaya kamu ingat akan keesaannya.
renunglah pada atap
nercaya kamu ingat akan tanggungajawabmu.
renunglah pada tiang
nercaya kamu akan ingat akan pentingnya dirimu.

usah kamu abai
jika ia memerlukanmu.
usah kamu lalai
jika bersama dengannya....


chekde;
biar berhati-hati
kerana jodoh biarlah sampai ke akhir nanti...


mak su;
he he he he...

Bila Diary Bercerita said...

Sekarang ini bukan setakat lidah, mata pena dan blogers juga diperhatikan orang. he..he..Yang peliknya blogers lebih dibimbangi oleh ahli siasah drpd orang awam.