Monday, November 10, 2008

SAJA NAK CERITA (2)

Di petang itu, ketika lelaki itu termenung tak menentu, tetiba dia teringat akan secebis kisah dan pengalaman lamanya. Ketika dia menjalani praktikal di sebuah syarikat swasta di Kuala Terengganu.

Setiap kali masa rehat tengah hari, lelaki berkulit cerah sikit dari sawo matang itu akan mengisi perut di sebuah restoran di bandar itu. Lepas itu dia akan lepak seketika di stesen bas Kuala Terengganu (kebetulan ofis tu dekat-dekat situ juga), sementara menunggu waktu masuk ofis semula.

Hari tu, nak dijadikan cerita, datang seorang bisu mendekati lelaki itu. Lelaki bisu bertanyakan 'waktu' pada lelaki itu dalam bahasa isyarat. Lelaki itu faham apa yang ditanya Si Bisu. Cuma dia tak tahu nak jelaskan pada Si Bisu dalam bahasa isyarat yang ketika itu adalah pukul 1.45 tengah hari. Lalu lelaki itu hanya menghulurkan lengan kirinya yang 'berjam' itu ke depan muka Si Bisu.

Si Bisu angguk, senyum dan ucapkan terima kasih dalam bahasa isyarat.
(Nota: Jangan salah faham, Si Bisu angguk dan senyum tak gunakan bahasa isyarat).

Keesokannya, lelaki berambut lebat kehitaman itu didatangi lagi oleh Si Bisu sewaktu di stesen bas itu. Hajatnya masih sama, bertanyakan waktu. Tapi yang lebihnya kali ini, Si Bisu bercakap dengan lelaki itu menggunakan bahasa isyarat yang semakin banyak.

Lelaki itu memang susah nak faham bahasa isyarat Si Bisu. Lalu dia mengeluarkan pen dan mencatat di atas kertas yang sentiasa terdapat dalam poketnya itu dengan perkataan: "Saya tak faham apa yang awak cakap."

Lalu Si Bisu membalas coretan itu dengan coretan juga. (Maksudnya, kedua-dua lelaki tak bisu dan lelaki bisu itu berbual dengan menggunakan tulisan. Sambil sesekali menggunakan bahasa isyarat yang mudah mereka fahami).

Ternyata mamat yang tergolong OKU itu suka bercakap dan pandai bercerita. Seminggu lelaki itu mengenalinya, bagaikan kedua-duanya sudah lama berkenalan.

Setiap kali berulang alik dari ofis tempatanya menjalani praktikal ke stesen bas tu, lelaki itu akan melalui di depan sebuah pasar raya besar yang berdekatan dengan stesen bas tersebut.

Dengan tak pernah lelaki itu menduga sama sekali, suatu hari tu, dalam perjalanan untuk ke ofis semula selepas makan tengah hari dan selepas lepak seketika di stesen bas, lelaki yang tak bisu itu telah dipanggil dan dihalang oleh seorang gadis jurujual di pasar raya itu. Peristiwa itu berlaku di depan pasar raya tersebut. Lelaki itu yang agak terkaget dan terkejut dengan tindakan gadis yang tergolong cantik manis itu, hanya terkebil-kebil.

"Dia salah orang ke?" bisik hati kecilnya.

Tapi sebaik saja lelaki itu hampir dengan gadis itu, lantas tangan kirinya dengan tak semena-mena terus ditarik oleh si gadis sambil berjalan masuk ke bahagian dalam pasar raya itu. "Siapa nak berkenalan dengan abang bisu ni... hensem...!" kata gadis itu kepada beberapa orang gadis lain yang sekerja dengannya.

"Woi..! Hensem..!!" Sampuk si gadis lain sambil disambut gelak ketawa beramai-ramai. Sedangkan si lelaki itu semakin kaget dan kehairanan.

Namun fahamlah akan si lelaki bahawa akan cerita di sebalik tindakan si gadis tadi. Rupanya-rupanya 'aksi-aksi' antara si lelaki itu dengan Si Bisu telah menjadi perhatian si gadis tersebut. Namun si gadis itu terkeliru dan tersalah sangka. Si lelaki yang normal itu telah disangka si bisu.

Maka, untuk menarikkan lagi cerita itu, telah terlintas di fikiran si lelaki itu untuk berterusan menyamar sebagai lelaki bisu di hadapan semua gadis manis jurujual di pasar raya tersebut.
Dan setiap kali si lelaki itu melintasi depan pasar raya itu, maka akan terdengarlah jeritan: " Bisu hensem dah datang... bisu hensem dah datang..." yang membuatkan si lelaki itu merasa kurang senang serta segan pun ada bila dipanggil begitu. Tapi nak buat macam mana, terima ajelah... ehem... ehem...

Apa yang menghairankan si lelaki itu, semua gadis itu seakan tidak berasa segan, malu atau takut kepada lelaki yang mereka sangka bisu itu. Setiap kali bertemu, mereka akan begitu mesra sekali. Malah, mereka tidak sedikit pun merasa segan untuk memegang tangan dan menyentuh lelaki itu dengan bersahaja.

Hari terakhir praktikal, barulah lelaki yang disangka bisu itu berterus-terang bahawa dia adalah lelaki yang sempurna segala-galanya...

Kesemua gadis yang tersalah sangka itu agak terkejut juga mulanya. Kerana niat lelaki itu sekadar bergurau dan mengusik semata-mata. Tiada langsung niat buruk terselindung di sebalik
tindakan berterusan menjadi si bisu...

Namun gadis-gadis itu dapat menerima jua akhinya. Mereka menjadi sahabat buat seketika... sehinggalah terputusnya hubungan tanpa khabar berita sampai kini antara lelaki itu dengan gadis-gadis tersebut, disebabkan kesibukan dan masing-masing membawa halauan tersendiri...

Nota: Lelaki itu adalah... Al-Bima Sakti... ehem... ehem.. ehem... (yang sikitpun tak pernah perasan... ) he he he he....
"Apa khabarkah kalian? Nama-nama kalian masih terpahat di kotak kenangan...
maaf, andainya ada kata-kata dan gurau senda lalu yang terguris dan terluka..."

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SEKEHAN MINDA

Berbohong sekali mungkin orang tidak menyangka. Berbohong berkali-kali memang sengaja mengundang celaka.

*******************************************************************

21 comments:

Tie said...

Hmm...setengah2 orang mudah sangat menilai seseorang tanpa mengenalinya. Setengah2 orang pula mengambil masa untuk mesra. Dan setengah2 orang akan terima sesiapa saja tanpa dengan hati yang terbuka.

chekdenoor said...

Salam,

Betul juga tu albima sakti.... heheheh.... kita disini hanya berkomunikasikan tulisan jer kan.... hehehehehe ...... inilah cara orang zaman global bersabahat.... so...tak tahulah siapa diantara kita yang oku...... heheheheheheeh.......

Apa-apa pun.... berkawan biar ramai....... tapi.... janganlah mudah terperdaya..... heheheheheh... dan terpesona....heheheheh

noorlara said...

hai hensem,
hahahaa dah agakpun, tapi kawan awak yg bisu tu tak jeles ke ?

Tingat lak masa memude nyamar jadi juling pasal yg ngorat kite kat stesen bas Melaka tu tak encem lansung!

Bila Diary Bercerita said...

Bisu Hensem!....
Waaa tinggi saham masa tu weh.
He..he..benarlah istilah kulit buku tak mengambarkan isinya.
Disangka bisu rupanya bijak berkata-kata

azlin hashim said...

mcm mana lak blh terfikir nak menyamar cam nih?

Danielle_Corleone said...

adoi! cerita ni buat gua terpikir dalam.

Mak Su said...

hehehe, kelakar.

ooh? iya ker? wow!

naz ilyn said...

Salam...

mengamit memori kenangan silam
indah dikenang sukar terulang
senang di ingati tersentuh sanubari
manis terasa bila kian menjauh

p/s: kekadang tak sampai hati untuk menyatakan kebenaran...

Afida Anuar said...

Sweetnya citer ni..

Erkk..pasaraya tu, pasaraya hock kee seng ke? gagagaga

AL-BIMA SAKTI said...

tie,
manusia macam2 cita rasa dan macam-macam kepala... seharusnya buatlah yg terbaik..


chekde;
salam,

jgn mudah terpedaya, nanti terloya...
jgn mudah terpesona,nanti terkena... he he he he he ...


noorlara;
oku yg sebenar tu tak tau pun aku menyamar....


aishah jamal;
saje jer nak suka-suka... bukan nak test market pun... tp tertest jugak le kiranya... ha ha ha ha...


azlin;
sebab nampak diorang tu macam excited sangat, jadi masa tu tak sampai hati lak nak kata "eh.., saya bukan bisu...". maka secara spontang terlintaslah akal menyamar tu tuk suka2 jer...
dan nampaknya diorang bertambah2 excited lak... jadi semakin panjang le penyamaran tu... ha ha ha ha...


danielle;
itulah antaranya...


mak su;
begitulah ceritanyer...


naz ilyn;
kenangan menggamit memori
ada yg menyentuh hati
ada yg menyakitkan hati
ada yg menggelikan hati
ada juga yg terambil hati...

p/s: kebenarannya tak semestinya manis,
maka tak hairanlah ada yg buatkan org menangis...


afida;
ha ha ha ha....

ga ga ga ga...

Mardihah said...

sy nak bertukar link dgn al bima sakti...menarik entry ini....

menilai orang dengan pandangan mata hakiki...

AL-BIMA SAKTI said...

mardihah;
terima kasih...

noorlara said...

masuk lagi ke blog awak yg tidak berpintu, kau tiada di situ saja nak tumpang tanye agak-agaknye zaman sekarang yg serba lintang pukang ni adeke specis manusia yg tidak pernah berbohong seumur hidup mereka. aku ni masa kecik bohong sebab takut mak marah bila dah tetua syeysekali bohongle jugaks takut laki naikminyak!

Masy said...

mesti meronta2 nk tanya mcam2 kat awek tu kan tp dek kerana dah dicop bisu, tpaksa laa membisukan diri hihi

Nek Cun said...

Bima, kekadang tu kita kena perasan untuk meluahkan perasaan...
Tapi apa-apa hal pun, jangan sesekali berbohong kerana sekali terkena, orang akan hilang kepercayaan!...

AL-BIMA SAKTI said...

noorlara;
masuk ler... no hal punya...

dalam dunia yg serba lintang pukang
specis tak berbohong boleh dibilang
bukan berlebih tp berkurang
kalau tak berbohong dia bukan orang....

bohong syunat taper
itu biasa ler...
tp kena hati2 juga
walaupun minyak dah turun harga... he he he....


masy;
eh.., pandai ler teka
macam tau2 jer...


nekcun;
kekadang terlebih perasaan jadi terperasan...

siakap senohong
gelama ikan duri
kerapa berbohong
semua orang lari...

anntaj said...

hehehe..dah agak dah 'leleki itu' ialah al-bima sakti
:))

azza_irah said...

ehehh...sangat menarik utk dikenang kembali...bgitulah jika tulusnya hati..bkawan tanpa kira siapa dia..

A t i Q a h said...

Apa jadi kat lelaki yang betul2 bisu tu?

AL-BIMA SAKTI said...

anntaj;
tima kasih kerana pandai mengagak. he he he....


azza_irah;
begitulah... mungkin benar apa yg dikata....


atiqah;
hari terakhir saya tak jumpa dia... sampai la ni...

Khairi Mohd said...

best2.. :)