Friday, November 21, 2008

LEBIH DAN KURANG

***********************************

Ada kalanya dalam dunia hari ini
kelebihan orang sukar untuk kita puji
malah kelemahannya juga yang kita cari-cari
demi memuaskan busuknya hati
termakbullah sikap hasad dan dengki.
**
Kekadang pula ada yang terjadi
yang terpilih dan dipuja puji
bukannya ada kelebihan atau kelayakan diri
tetapi kepintaran bodek berapi-api
dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
***
Kerana mengejar kehendak hati
tetapi kemampuan tak ada bukti
sanggup pula menenderkan diri
yang dah berlaki sanggup main kayu tiga segi
yang dah ada bini menduakan isteri
yang dara bujang atau janda ada cara tersendiri
yang penting tercapai matlamat diri
terhidang setiap yang dihajati
dosa pahala ditepis ke tepi
macamlah dia tak akan mati
kalau tak sempat taubat sebelum pergi
tanggunglah dosa sendiri.
**
Tetapi tak semua yang buta hati
ramai juga yang tulus berbakti
namun nasibnya tak dipeduli
terpinggir membawa diri
sebab utamanya tak ada kabel sejati
orang atasan pula ilmu tak ke tengah ke tepi
tak tahu nak bezakan antara permata dan daki
maka haru birulah yang menanti
sampai kiamat masalah gini bersilih ganti.
***
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
***
* SEKEHLOGI *
**
NAFSU
***
Nafsu adalah pemberian Tuhan yang diertikan sebagai keinginan. Dengan fungsinya mendesak akal untuk bertindak agar sesuatu keinginan itu dapat diperolehi atau dimiliki oleh manusia.
Nafsu juga adalah pendorong untuk memberikan semangat, sehinggakan sesuatu yang dirasakan sukar menjadi senang di kemudiannya.
Namun segala keinginan pada sesuatu itu tidak semestinya diterima tanpa diselidik atau dibuat penelitian terlebih dahulu. Sebaiknya segala urusan dan tingkah laku di dunia dan untuk akhirat, biarlah berpedomankan ajaran Allah.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
***
* SEKEHAN MINDA *
**
"Tidak semua yang sempurna itu akan menjadi milik kita, walaupun kita terlalu mengharapkan pada kesempurnaan itu."
***
**********************************************

9 comments:

azza_irah said...

selagi kita bernama manusia..selagi itu titik hitam kan cb lekat di hati..
kewarasan dan kebijaksaan dalam menilai dan berfikir itu yg boleh menjadikan titik2 itu byk atau sedikit..

Tie said...

Laa..lupa lak ... apa nak komen nih..Hmm...lama dok kg kena cuci sikit otak nih...hi hi...

Oh baru ingat..pasal kesempurnaan tu..memang tie pun nak sesuatu yang perfect, tapi dapat yang senget2 je..jadi laa....

naz ilyn said...

Salam...

setiap dari kita mengharapkan kesempurnaan...tapi tiada yang lebih sempurna dariNya..diciptakan semua di dunia ada cacat celanya...

p/s: dapat yang alah-alah pun jadi ler...syukur alhamdulillah

arsaili said...

salam..kena selalu bermuhasabah diri..hilangkan rasa dengki

teddi said...

emm mungkin manusia jagan terus jagan ambil peduli dengan org lin
mungkin hasad dengki dah xde tapi timbul masalah lain

anntaj said...

salam,

"Tidak semua yang sempurna itu akan menjadi milik kita, walaupun kita terlalu mengharapkan pada kesempurnaan itu."
--KADANG2 APA YANG KITA HARAPKAN TAKKAN KITA DAPAT,KALAU DAPAT SKALIPUN MUNGKIN HANYA SEMENTARA.

*Tuhan takkan beri semua dlm satu manusia, tapi manusialah yang perlu ada kewarasan dan kebijaksanaan..
:)

*suka la post ni...

chekdenoor said...

Dalam kehidupan ini,

Sememangnyer sakit apabila menerima kritikan....tetapi....jika kita berfikiran positif....setiap kritikan yang dilemparkan itu...perlulah di postmotemkan...... jika kritikan itu benar...maka...kita perlu berubah..... kerana jika tidak..... kita tidak akan improve....

Pujian.... kalau berlebihan...adalah sangat merbahaya..... ianyer boleh menyebabkan kita lupa diri......

Mak Su said...

saya tak ada kabel

AL-BIMA SAKTI said...

azza_irah;
seharusnya perlukan kewarasan dan kebijaksanaan dalam menilai sesuatu...


tie;
bersyukurlah dengan apa yang kita ada... seadanya...


naz ilyn;
wlkmslm,
kita semua tak perfect... tp kita boleh jadi yg terbaik...

p/s; yg gitu-gitu eje pun takpe, jika itu yg ditakdirkan utk kita...


arsaili;
wkmslm,
kena bersihkan hati dan jiwa selalu...


teddi;
ambil peduli hal org lain takpe. tp jgn dengki & busuk hati dgn org lain...


anntaj;
wlkmsl,
kita sekadar mengharap dan berusaha. Dia yg tentukan...

*kewarasan dan kebijaksanaan seharusnya ada pada setiap manusia yang berakal...

*Terima kasih...


chekde;
kritikan membina seharusnaya diterima utk membaiki diri.

penerimaan apa sajapun termasuk pujian, biarlah dengan kewarasan akal...


mak su;
saya ada macam2 kabel... he he he he...