Thursday, November 20, 2008

Flasbback

**************************************************************
SAJA NAK CERITA (3)

(Hatiku Luka Lagi...)

Biarlah aku perkenalkan namanya sebagai M. Aku mengenalinya secara tak sengaja. Masa tu aku ikut rakan serumah sewaku, A, berkunjung ke rumah sewa jiran sekampungnya, Z, di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Aku baru setahun bekerja di KL selepas tamat pengajian. Masa tu aku bekerja di jabatan J.

Hari itu, adalah hari pertama aku dan A ke rumah sewaan Z. A yang mengajak aku menemaninya.

Dan melalui Z, aku dapat tahu tiga orang gadis lagi tinggal di rumah sewaan itu.

Masa tu, hanya Z yang melayan aku dan A. Yang lain-lain bersembunyi dalam bilik masing-masing. Malu atau segan agaknya.

"Panggilah yang lain-lain keluar. Boleh kita sembang-sembang dan berkenalan..." ujar A kepada Z dengan suara yang sedikit kuat. Sengaja nak suruh gadis-gadis yang bersembunyi itu dengar. Lagi pun A sengaja nak mengusik.

Z beredar menemui rakan-rakan serumahnya itu. Aku tak tahulah apa yang Z cakapkan pada mereka. Lebih kurang 10 minit kemudian, seorang demi seorang keluar berkenalan dengan kami. Hmm... manis-manis...

Sewaktu keluar gadis yang terakhir, hatiku tiba-tiba berdetik. " Aduh.., cantiknya dia..."

Dan dia itulah M.

Lebih kurang sejam berada di rumah itu, aku dan A minta diri.

Sewaktu di dalam kereta, aku beritahu A bahawa aku suka tengok M.

"Aku dah jatuh cinta kot," ujarku pada A.

A hanya tergelak besar. Rupa-rupanya A juga berkenan pada M. Tapi disebabkan aku bersuara dulu, maka A sudi untuk mengalah.

Sejak itu, aku kerap hubungi M yang bekerja di jabatan P. Aku juga kerap ke rumah sewaan M dengan bertemankan A. Tapi aku dan M lebih banyak berhubung dan berbual melalui telefon.

Dan sedar tak sedar, hampir tujuh bulan aku mengenali hati budi M. Hatiku berkata, aku sudah jatuh cinta padanya.

Ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan. Rupa-rupanya M merasai seperti apa yang aku alami. Sesungguhnya kami saling perlu memerlukan...

Suatu hari, M cadangkan agar aku ikutnya pulang ke kampungnya, untuk bertemu dengan neneknya. M memang dipelihara oleh neneknya sejak kecil, walaupun kedua ibu bapanya masih ada. Aku setuju dengan cadangan M, sebagai bukti cintaku padanya.

Tapi sehari sebelum bertolak ke kampungnya, M berterus-terang padaku yang sebenarnya dia telah pun bertunang dengan pemuda kampungnya.

Berderau darahku. Berpinar pandangan mataku. Terasa lemah seluruh tubuhkuku. Apakah benar apa yang aku dengari itu...? Ya Allah... kuatkan imanku...

M mengaku kesilapannya kerana tak berterus terang padaku dari awal. Alasannya kerana dia sukakan aku. Dia mencintai aku. Dia tak mahu kehilanganku. Sedangkan jejaka tunangannya itu adalah pilihan neneknya. Mereka bertunang sebelum M berhijrah ke KL.

M tetap mendesak aku menemui neneknya. Tujuannya, dia mahu berterus-terang pada neneknya bahawa dia telah menemui jejaka idaman hatinya, iaitu aku. Itulah alasan untuk dia putuskan pertunangannya dengan jejaka itu. Berjurai-jurai air amata M mendesak dan memujukku. Oh.., aku terharu dan pilu...

Kata M, kalau aku ikut pulang bersamanya, menunjukkan kami sudah saling menyintai. Dan cinta kami yang utuh itu tak bisa lagi dipisahkan. Itulah bukti yang akan ditunjukkan pada neneknya.

Aduh.., aku jadi haru. Haru dan keliru. Keliru dan terharu.

Namun dalam keharukeliruan itu, akalku masih waras. Waras untuk membuat keputusan. Keputusan yang kufikirkan bernas.

Demi cintaku dan keikhlasan hati lelakiku, aku tak sanggup mengecewakan insan sejenisku. Aku tak sanggup merampas M yang sudah pun menjadi milik insan lain itu.

Aduh.., waras dan bernaskah keputusanku itu..? Aduhai... malangnya badan...!

Apakan daya.., aku harus menerima hakikat, mungkin tiada jodoh antara aku dan M.

Semoga berbahagia M dengan insan pilihan neneknya itu.

Dan dalam masa yang sama, aku mendapat tahu Z mencintaiku dalam diam. Tapi bila dia dapat tahu aku mencintai M, dia teramat sedih dan berdukacita.

Walaupun terkecewa dengan M, aku tak dapat menerima Z. Maafkan aku...

Agak lama juga aku mengalami derita hati terluka. Sudah nasibku agaknya.

Berita terbaru yang aku terima, hidup M agak bahagia juga. Namun hidup Z sedang bergelumang dengan perbagai masalah dan penderitaan yang teramat menyeksakan, akibat terkahwin dengan Mat Dadah.

Astaghfirullah-al-azim... aku amat bersimpati...

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SEKEHAN MINDA

"Usah menyesal jika kita kehilangan sesuatu yang kita rasakan amat berharga. Mungkin ada hikmat di sebalik kehilangan itu, yang mana kita mungkin akan diketemukan dengan sesuatu yang lebih bernilai dan berharga daripada sebelumnya."




11 comments:

Mardihah said...

erm..betul2...

kdg2 yg buruk itulah yg indah pada pandangan Allah..dan yg baik itu sebenarnya benci dari sudutnya..

Raikan cinta!

Yana Ismail said...

alaahai..sedihnya kisah ini..

mm..tiada jodoh mungkin..

tp,hidup mesti diteruskan..

azlin hashim said...

Baiknya kawan anda A, Sanggup memberi jln untuk awak berkawan dgn M.. tp syg hubungan tu tak kekal tp tuhan hadirkan pula Z untuk awak, tp syg nya awak tak boleh terima. Z pula terpaksa cari dahan lain utk bergantung hidup tp sygnya dahan tempat dia bergantung dah hampir patah.

Gitulah putaran hidup, kebahagiaan & kekecewaan ada dimana2, kita sendiri tidak tahu apa yg akan menanti kita di hadapan sana.

sakurasa 2 said...

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya, walaupun dia tidak berada disisi kita.....

Mak Su said...

dah ter-kahwin, nak buat macamana? itu dugaan utk dia :(

Afida Anuar said...

Salam

Terharunya baca.
Tp keputusan yang bijak telah diambil iaitu tidak memutuskan pertunangan orang...

Mencintai tidak bererti memiliki...

Nek Cun said...

Salam, hah syok juga baca N3 ni... boleh buat tema novel nekcun yang akan datang!... jgn marah!... hehehe...

Rajuna said...

haish
aku dah cakap dah
bila dengan dadah ni jangan main2.
lagi satu bab hati dan perasaan ni benda yang aku cukup gerun.
tak tau la sampai bila aku nak macam ni.tak berani bercinta lagi!

euuwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww!

Bunga Rampai said...

Salam Al,

Begitulah kehidupan, waktu yang dilewati sering melakar kenangan untuk kita. Apa pun kenangan yang tercipta, semuanya adalah pengalaman yang bernilai dan mendidik kita untuk bersyukur dan redha padaNya. Wallahu'alam.

Flashback yang sangat menyentuh hati saya :)

SATIRA + KACAU said...
This comment has been removed by a blog administrator.
anntaj said...

salam...:)
terharunya saya baca kisah ni...
nak buat macamana kan?segalanya telah ditakdirkan.terimalah seadanya.bercinta tidak semestinya bersatu.

*terharu..