Sunday, November 2, 2008

***************************************************

SAJA NAK CERITA...

Dua minggu sebelum Deepavali yang baru lalu, aku pakai satu lagi nombor telefon bimbit (017-3949xxx).

Sebelum ni memang aku dah ada nombor (016-6128xxx).

Saja nak pakai dua nombor.


Seminggu sebelum Deepavali, aku terima satu call dari pompuan India. Katanya, "Hai Shan..."

Lalu aku pun balas, "Hello.., ini bukan Shan lah..."

Pompuan tu diam seketika. Macam tak percaya. Kemudian dia kata lagi, "Hello..."

"Hello.. nii bukan Shan..." aku ulangi lagi.

Poampuan India tu terus putuskan talian.


Tiga hari sebelum Deepavali, aku terima satu lagi call. Kali ni dari lelaki India.

"Hello Shan..." ucap lelaki tu.

"Saya bukan Shan..." balasku.

"Apa? Bukan Shan..?" dia macam tak percaya. Dia ingat aku bergurau.

"Ni orang Melayu..." jelasku.

"Melayu pun sama juga," balas lelaki itu bersahaja. Mungkin dia masih ingat aku nak bergurau senda dengannya lagi.

"You ni sapa?" soalku.

Tiba-tiba dia jawab dengan suara yang agak tinggi; "Wah.., kau dah tak kenal aku ah..? Dulu kau nak pompuan, semua aku supply... aku cari untuk kau..."

Kata-kata yang diluah dengan nada suara yang agak sinis itu agak mengejutkan aku juga.

"Hello..., sorry.... you salah oranglah...!" jawabku dengan agak lantang.

Dia terdiam.

Aku putuskan talian.


Itu belum lagi tiga empat call yang aku terima, apabila aku angkat, terus aje si pemanggil tu cakap Tamil denganku. Ada rasa geli hati. Dan ada juga rasa tak senang hati...

Keesokannya hingga sehari selepas Deepavali, aku terima lebih kurang tujuh lagi SMS yang mengucapkan selamat Deepavali dalam bahasa Inggeris dan dalam bahasa Tamil yang ditulis dalam abjad, antaranya berbunyi:

"Oli pirakkattum, Irul vilagattum, Arul kidaikkattum, Porul perugattum, Pugal paravattum, Nalam valarattum... en inniya deepavali nal vathulkkal. Hapy deepavali 2 u and ur family. (Pengirim: o16-4132xxx).


Persoalannya;

Aku kekadang jadi keliru lagi mengelirukan.

Apa yang tak kena dgn nombor 017 baru aku tu? Sedangkan masa aku beli nombor tu masih 'panas' lagi. (Aku pilih satu antara 100 pek yang baru sampai).

"Ini nombor baru sampai tadi pagi," kata Yap pemilik kedai, yang juga kawan aku itu.


Sekian, saja nak diceritakan. Terima kasih.

Jumpa lagi...

20 comments:

Tie said...

He he...kelakar lah..Tie pun tak faham camna, ye.. Tapi tie pernah terima sms dr seseorang nak berkenalan...2 kali lak tu..sebab tie tak layan..bila hubby tahu, dia call, lelaki tu terus senyap gitu saja..hihi...

Iris said...

salam kembali..
jijin pon pernah kena..
saja nak try maxis masa tu..
tapi indon..
dia seboleh2 kata pernah kenal kat satu tempat tu..
hari2 call.. dah la tak paham apa dia bebelkan
mesej pon ayat tunggang terbalik..
last2 tukar talian ke digi..

chekdenoor said...

Salam,

Bima.... kisah tu cam pernah gak chekdee lalui....sebab..chekdee pun ada satu nom...016...Dg.... hanya untuk buat panggilan ke anak di indonesia...... tapi.... yang hairan tu...macam-macam orang call.... dan ada yang kata...ini nom isteri dia sewaktu isteri dia menghilangkan diri....hmmmm..... susahkan cam tu....

Sebenarnyer.... anak chekdee cerita...nombor hb ni selalunyer dia orang resaikel jer.....so...sebab itulah kita dapat panggilan atau sms dari kawan-kawan tuan punya nom yang lama......

Buat tak tahu jer....lama kelamaan....mereka ni akan stop dengan sendirinyer......

Yang penting.... jangan layan panggilan atau sms itu......

Sabar jer ler...kan

kad0k. said...

sometimes..no tu sebenarnya no recycle la al-bima...betul ni..ada orang kat kedai tepon pernah ckp mcm tu kat aku..:)

azlin hashim said...

wakaka... itu no recyle tuh... sy pun byk kali terkena, padahal no ni sy dah pakai 6 tahun.. byk sgt org kol nak ckp ngan MAZNAH ABD RAZAK. sampai skrg sy ingat nama tuh.. pd yg berkenaan tlg lah byr hutang anda! kalo tak, selagi tu lah sy akan jd mangsa..Hmm...

noorlara said...

Assalamualaikum.

Nak panggei apa? saudara sekeh je kot hahahha

Salam kenal dan kunjungan balas.

Hakak pernah terima call dari bangla guys ajak dot dot dot, bila akak kata u salah nombor dia org cakap jln tipu bukankah sudah banyak kali kita dot dot dot, beruk betul penyudah akak ugut buat laporan polis baru tak dikacau.

Apa ek maksud sekeh. sket tu? kalau akak dehebik jek!

Unknown said...

salam. itu no. recycle. komplen jer. ntah apa apa la service provider neh kan...

Bunga Rampai said...

Hahahaha!!! Kelakar sungguh!

Salam Al :)

arsaili said...

salam..tu la sekarang byk no recycle...

ze said...

satu sikap sy - sy tak akan menjawab panggilan or msg yg tiada dlm senarai simpanan sy...

sakurasa 2 said...

Wah best gak dapat banyak ucapan selamat Deparaya he he he

Rajuna said...

aku dengar kes recycle nombor. tak pasti kesahihannya.
atau org saje perangkap abg mau cari modal sembang2. hensem sgt la kot...

kekekekeke

tegezoot said...

sekurang2nya dapat rasa suasana muhibbah di malaysia nih!

13may said...

hehhe...

byk org dah kena camtu :D

Mak Su said...

nombor recycle?

Yana Ismail said...

huh..apa kena dgn nombor tu agaknya ek?hmmm

tasekM said...

no recycle la tu bang... he he..

:)

Izariza said...

Salam

Kes recycle la tuh .. :)

AL-BIMA SAKTI said...
This comment has been removed by the author.
AL-BIMA SAKTI said...

Assalamualaikum wmhwt;

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA
YG TELAH SUDI BERKATA-KATA
DAN MEMBERIKAN PANDANGAN BERMAKNA
SALAM MESRA TAK TERHINGGA
SEMOGA TERLIMPAH BERKAT KURNIA
ANTARA KITA SESAMA KITA
DILINDUNGI DAN DIBERKATI ALLAH SENTIASA