Monday, November 17, 2008

ADA APA PADA DIA..?

Dunia hari ni macam-macam cerita
manusia pula macam-macam ragam dan rupa
ada yang sanggup buat apa saja
asalkan tercapai apa yang dicita
bukannya dikira dosa atau pahala
perkara tak betul pun bermaharajalela.
***
Ada orang walaupun tak ada apa-apa
tapi pandai bercakap dan mahir bermuka-muka
dia juga tahu serba sedikit mengada-ngada
kulit muka tebal berdepa-depa
bodek sana sini dengan muka selamba
tak peduli orang anak kata apa
janji jarumnya berjalan dan berbisa
maka dia pun jadi berguna
diangkat seumpama manusia mulia
dihormat dan dipuji berjela-jela
macam dialah paling bagus dalam dunia
pada hal habuk pun tak ada.
**
Orang sebegini sebenarnya berbahaya
walau tak layak tapi diberi kuasa
bila berkuasa dia ada agenda
kepentingan diri lebih utama
diberi kepercayaan tersembunyi rahsia
dia sendiri yang tahu maksudnya
lantas kejujujuran entah ke mana
amanah dijunjung tidak bermakna.
***
Orang sebegini akan merosakkan segalanya
kerana keuntungan diri yang lebih dikira
yang salah ditutup sebelah mata
demi kepentingan diri semata-mata.
**
Bila orang sebegini diberi kuasa
maka akan musnahlah kemuliaan agama dan bangsa
yang laknat dijadikan mulia
yang elok dianggap tak berguna.
***
Maka disebabkan setitik nila
agama dan bangsa menjadi mangsa
di sana sini dicaci dicela
semuanya kerana si bangsat durjana.
****
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
**
PSIKOLOGI
**
(MENGENAL DIRI SENDIRI)
***
NAFSU
**
Manusia adalah makhluk Allah yang sebaik-baik kejadian dan dikurniakan kelebihan yang tiada bandingannya. Semuanya adalah semata-mata untuk kebahagiaan dalam kehidupan yang ditempuhinya selagi hayat dikandung badan.
Manusia dianugerahkan dengan akal dan nafsu.
Dengan akal, manusia dapat berfikir dan berikhtiar untuk mencari sesuatu yang lebih baik dan berguna untuk dirinya. Segala yang dilihat, didengar dan dialami akan dipertimabangkan terlebih dahulu, sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Manusia yang berakal tidak akan mudah menerima apa saja sesuatu itu tanpa berfikir panjang. Seharusnya sesuatu itu akan diselidik demi untuk kebaikan dirinya serta orang yang berkaitan dengannya.
Bersambung...
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
****
SEKEHAN MINDA
**
"Sesuatu yang baik dan sempurna bagi kita, tidak semestinya baik dan sempurna bagi orang lain. Kerana kita sebenarnya tidak tahu perkara baik atau sempurna yang telah kita lakukan, sehinggalah orang lain akan menilaikannya."
****
*********************************************************************

13 comments:

jagoan said...

Jadilah orang baik-baik.

ze said...

hmm... benar ramai manusia yg pandai bermuka-muka, perlagi jika yg bermuka-muka mereka yg kita panggey "sahabat".....

13may said...

asam garam hidup :)

Mak Su said...

ada org dia suka kipas org, lalu org yg dikipas tu mati-mati rasa hebat sampai mati :p

chekdenoor said...

Salam,

hari ini terasa nak komen yang lain dari tajuk........ hmmmm warna blog ni....buat mata ku susah nak baca...tulisan-tulisan tu....jadi kabur.......... heheheheheheh

noorlara said...

al-bima sakti,
memang manusia yg berakal tidak akan menerima sesuatu tanpa berfikir tapi seringkali nafsu mengatasi fikiran, yang baik diabaikan, kaca bersinar disangka berlian. Bila nak gadai baru tau mende tu tak bernilai. kalaulah semua manusia tidak pernah menjadikan hakikat kejadian sebagai manusia itu sebagai alasan untuk berbuat onar di bumi Allah ini... alangkah indahnya..... alangkah.... tapi sape lak nak menghuni neraka! Maha suci tuhan yang merancang segala.

Mardihah said...

erm..menariknyer...

mari raikan cinta!

hikmahnyam jadikan hidup dengan panduan kehidupan yg telah ditetapkan..insyaAllah

Raikan cinta!

arsaili said...

salam..yeaa tanda2 org gila kuasa. Semoga kita dipelihara dari itu semua

teddi said...

biasalah lumrah kehidupan

AL-BIMA SAKTI said...

ah tok;
cuba jadi baik
perlu jadi baik
harus jadi baik...


sepi;
sekarang ni, adakalanya sahabat hanya pada nama...


13may;
hidup dan kehidupan...


mak su;
ada org dia giler ampu, sampai org yg diampu rasa hebat giler. elok dua2 jadi giler...


chekde;
salam,
tima kasih atas teguran. sajer jer nak test.
dah ubah dah...


noorlara;
ya noorlara, manusia kalau dah dikuasai nafsu, semuanya jadi tak tentu dan haru biru. sebab pernilainya adalah nafsu, yg patut dipilih permata tp terpilih batu, dosa pahala tak ambil tahu, nafsu dah nombor satu, belum mati dah jadi hantu, dah mati sendiri mahu tau...

tp itulah maha tuhan yg lebih tahu, kenapa ada manusia jadi begitu, mungkin utk menghiasi neraka sudahlah tentu...


mardihah;
hidup biar ada pedoman,
arah biar ada tujuan,
amalan biar berpandukan iman,
insya-Allah akan selamat perjalanan
dan tak tersasar haluan...


arsaili;
salam,
selalunya org ada harta, akan gilakan kuasa.
org ada kuasa, akan gilakan harta pula.
sanggup buat apa saja, asalkan tercapai cita2...


utopia;
lumrah kehidupan
tak pernah puas apa yg digenggam...

Bila Diary Bercerita said...

Bima Sakti,
Yang tiada apa-apa itu dipuji, dipuja dan diberi kuasa semuanya kerana HARTA DUNIA...
Nak buat camna jika yang baik berani berkata-kata, dituduh pula bermacam segala sehingga tumpul pula taringnya...

AL-BIMA SAKTI said...
This comment has been removed by the author.
AL-BIMA SAKTI said...

aishah jamal;
begitulahlah dunia lani...