Thursday, October 30, 2008

***************************************************

KITA DAN SIKAP KITA
<>
KALAU KITA PERNAH BERBUAT SALAH
TERIMALAH TEGURAN DENGAN TABAH
USAH DIMARAHI ORANG YANG MENYERGAH
JUGA USAH TERSIMPAN RASA MENYAMPAH
SEELOKNYA KITA PERLU BERUBAH.
<>
MENGAKU KESALAHAN BUKANNYA SUSAH
INSYA-ALLAH DITERIMA ORANG DENGAN MUDAH
DI SEBALIK PAHIT TERSEMBUNYI YANG INDAH
JANGAN SUDAH TERHANTUK BARU NAK TERNGADAH
ITU TANDANYA KITA MANUSIA BERMARUAH.
<>
SALAH DAN SILAP SUKAR DIHINDARI
APA LAGI KITA BERGELAR INSANI
MASING-MASING ADA KELEMAHAN DIRI
MEMANG TAK TERDAYA UNTUK MENJAUHI.
<>
TAPI KALAU SEKALI DUA BUAT KESILAPAN
ORANG LAIN MUNGKIN BOLEH MEMAAFKAN
KALAU KESALAHAN SERING BERULANGAN
KEMARAHAN DAN KEBENCIAN ORANG SUKAR DIKETEPIKAN.
<>
KERJA ITU SUATU IBADAT
YANG TERBAIK HARUS DIBUAT
BERAT TANGGUNGJAWAB MESTI BERINGAT
ITULAH HASIL REZEKI YANG BERMANFAAT
UNTUK DIRI DAN KELUARGA TERDEKAT.
<>
KALAU KERJA BERURUSAN DENGAN ORANG
BIAR BERAMANAH USAH TEMBERANG
ELOH BERHEMAH DALAM MERANCANG
ADA MASALAH USAH MUDAH MERADANG
SIFAT BERLEMBUT HATI PUN TENANG
SEMUA ORANG BERASA SENANG.
<>
SENTIASA SENYUM MULUT PUN MANIS
JAUHI TUTUR KATA BERBAU HAMIS
APATAH LAGI BERSIKAP BENGIS
NANTI DIBENCI ORANG TAK HABIS-HABIS
DISUMPAH SERANAH LAGI TRAGIS
HIDUP TAK BERKAT MORAL TERHAKIS
TUJUH KETURUNAN TAK TERDAYA DITEPIS.
<>
USAH DICARI KEMARAHAN ORANG
KELAK DIKUTUK BERDULANG-DULANG
FIKIRAN PUN JADI TAK TENANG
SILAP-SILAP TERTIMPA MALANG.
<>
APA SUSAHNYA MENCARI KEBAIKAN
BUKANNYA DIKENAKAN SEBARANG BAYARAN
CUMA SIKAP HARUS ADA PERUBAHAN
TAK ADA RUGI TAK ADA KEHILANGAN
BUKANKAH IA SUATU TUNTUTAN
BAGI MANUSIA BERNAMA INSAN
LAGIPUN ITULAH KEMULIAAN TUHAN.
<>
BERBUAT BAIK PUN HARUS BERPADA-PADA
TAKUT ADA ORANG AMBIL KESEMPATAN PULA
JANGAN SAMPAI ORANG MEMIJAK KEPALA
MAKLUMLAH TABIAT MANUSIA
DIBERI BETIS HENDAKKAN PEHA
BERWASPADALAH SETIAP MASA
KERANA KEBAIKAN HARUS DIAMALKAN JUA
DI SISI TUHAN RAHMATNYA BERGANDA.
<>
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
<>
PSIKOLOGI
(MENGAJAR DIRI SENDIRI)
<>
Part: 6
<>
Dengan masalah yang menimpa, usah sekali-kali meletakkan setiap kesalahan itu pada diri anda.
Fikirkan bahawa setiap orang memang mempunyai masalah. Mungkin caranya berbeza. Dan setiap masalah itu pula pasti ada jalan penyelesaiannya. Cuma sekejap atau lama, tertakluk pada cara kita menyelesaikannya.
<>
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
<>
SEKEHAN MINDA
<>
Berilah kepercayaan anda kepada orang yang berkata benar kepada anda, bukannya kepada orang yang membenarkan segala kata-kata anda.
*************************************************

14 comments:

azza_irah said...

susah sbnrnya utk mengaku salah kita..takut dikeji..takut jua dijauhi..namun itu lah jalan terbaik kan..ukhwah tidak retak...kebenaran terserlah di mata..

chekdenoor said...

Salam,

Kita sepatutnyer berterima kaseh kepada mereka yang sudi memberi tahu kesilapan diri kita .... namun bergitu... bukanlah kita perlu menyalahkan diri sendiri secara total ...... tetapi apa yang perlu dilakukan adalah ... buat post motem...... betulkah kita bersalah ... atau jika tidak ...mengapa dia berkata kita bersalah.....???

Jika didapati kita benar-benar bersalah ....ucapkan terima kaseh dan perlu dengan segera memperbaiki kesilapan diri .......

Jika didapti kita sebenarnyer tidak bersalah ...so...berhati-hati dengan sipemberitahu....... mungkin dia tidak jujur dalam persahabatannyer ........

Dalam kedua-dua andaian..... kita maseh beruntung .......kerana ... kita dapat mengenali diri kita dari sudut yang berbeza dan juga lebih mengenali teman kita itu.....

So.... senyum ajer lah...... itu sedekah... heheheheh

Tie said...

Tie rasa tie ada buat salah, dan tie rasa ada orang yang tak sudi maafkan tie (alam blogger nih!) Tapi nak buat macam mana, sebab tie sendiri tak tahu apa salah tie sebenarnya. Tie sedia terima sesiapa pun seadanya, tapi tak semua orang boleh buat begitu terhadap Tie.............

Afida Anuar said...

Salam Incik Al-Bima..

Salah dan silap itu lumrah dunia. Nama pun manusia, mana ada yang sempurna.
Meminta maaf dan memaafkan itulah yang sepatutnya..
Agar dunia aman sentiasa.

teddi said...

mengaku salah takut dikeji plk...
emm hidup mmg susah

arsaili said...

salam...satu renungan yg bagus

naz ilyn said...

salam..
kalau dah buat salah tu mengaku jerler..tapi mengaku kesilapan bukan suatu yang mudah..keegoan membatasai..

raiHan KauThar said...

Salam.....

tunding jari, salahkan orang lain..memang fitrah manusia..

mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain juga sikap manusia...

semua mahu berlumba-lumba mengisi kocek sendiri tanpa menghiraukan keperitan dan jerih insan lain...

itulah nama nya manusia

Nek Cun said...

Salam, yang eloknya kalo rasa bersalah, cepat-cepat minta ma'af dan kalo orang pula buat salah, ma'afkanlah mereka walaupun mereka tidak datang meminta ma'af dari kita kerana Allah amat sayang orang yang suka mema'afkan... Walahualam...

Yana Ismail said...

nobody's perfect kan?hmm..kalau buat salah, mgkn masih ada ms untk berubah.alaahai

artsoul said...

harus sentiasa sedar dgn tingkah laku sendiri tapi kita pun tk pasti samada org lain dpt menerimanya..susah nak memuaskan hati org dan nak membuktikan pada teman2..kdg2 kita buat baik org ckp jgk...jadi itula, buat baik berpada-pada..

t i u n g said...

tak perlu takut dengan bayang² sendiri..

AL-BIMA SAKTI said...

azza_irah;
mengaku salah dikeji
terus membuat salah dibenci.
walau dikeji, itulah pilihan terbaik kan..?


chekde;
salam,
yg baik kita cari
biarpun sakit di hati...


tie;
semua org ada buat salah.
bezanya salah besar atau salah kecik...


afida;
marilah kita saling maaf meaafkan... amin...


utopia;
hidup susah,
mati menyusahkan...


arsaili;
trima kasih...


naz ilyn;
kekadang ego lebih besar dari kebenaran...


lilda_yong;
itulah namanya manusia,
kepentingan diri kekadang lebih utama...


nekcun;
sedangkan Nabi memaafkan umatnya...


princess;
btul tu...


artsoul;
terlebih baik, org cakap.
terkurang baik pun org cakap.
mulut org bercakap memang sedap...


tiung;
org bersalah selalu takut bebayang sendiri... he he he...

.................................

TERIMA KASIH KEPADA KALIAN
SUDI MENCURAH PENDAPAT & PANDANGAN
KALIANLAH YG BAIK LAGI BUDIMAN,
SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI BERTERUSAN
DIPANJANGKAN UMUR DGN SEGALA KEBERKATAN.
AMIN YA RABBULALAMIN...
.................................

Bunga Rampai said...

Salam Al,

Pesanan yang menenangkan. Terima kasih entri ini :)