Sunday, October 26, 2008

***************************************************


ILMU DAN KEMANUSIAAN

Berdiam diri tidak semestinya bodoh
kalau asyik berdiam diri memang akan diperbodoh.
++++++++++++

Mengalah tidak semestinya lemah
kalau asyik mengalah itu tak bermaruah.
++++++++++++
Belajar tinggi tak mencukupi
sekadar sekeping sijil yang dicari
kalau tak seimbang ilmu ditunjangi
duniawi dan ukhrawi harus selari
segala yang berfaedah tak jemu dimiliki.
++++++++++++++
Yang berilmu tinggi atau kurang berfikiran
dapat dilihat dari luaran
mudah dinilai dari percakapan
atau dikaji dari buah fikiran
pun seimbas dari perbuatan.
+++++++++++
Membezakan manusia berilmu sejati
selami tingginya pekerti
tahu apa yang diucapi
bertindak tidak membuta tuli
akal itu senjatanya abadi
menilai apa yang dicari
berbahagia apa yang diberi
bersyukur apa yang dimiliki
ilmu bukan untuk didagangi
dengan ilmu dia berbakti.
+++++++++++++
Manusia berilmu tinggi
ideanya ibarat permata terpuji
segala tindak harus diperhalusi
menjauhi perbuatan yang diejek dan dikeji.
+++++++++++++
Berlainan pula sebahagiaan dari kita
berakal pendek mendabik dada
berlagak bijak tapi tak kena
sudahnya menjadi bahan ketawa
tapi masih bertebal muka
jenis tak tahu malu begitulah gayanya.
++++++++++++++
Berakal pendek busuk di hati
buah fikirnya sentiasa keji
kelebihannya sekadar berhasad dengki
kelebihan orang tidak disenangi
setiap keburukan orang direka dicari
puas hatinya berjaja ke sana ke sini
maruah orang tidak dipeduli
azab Tuhan tak pernah disedari
sedangkan balasan buruk dan baik tetap menanti.
+++++++++
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
PSIKOLOGI
**
(MENGAJAR DIRI SENDIRI)
***
Part: 5
**
Terdapat pelbagai cara bagi seseorang itu mengatasi tekanan perasaan yang sedang dihadapinya.
Mungkin dengan cara berbincang dengan rakan-rakan rapat atau meluahkan perasaan mengenapi masalah yang dialami kepada mereka yang dipercayai, sedikit sebanyak dapat membantu dan berasa lega.
Ingatlah, walaupun anda berpendidikan tinggi dan bijak dalam serba serbi, namun dalam soal jiwa dan perasaan, mungkin anda tidak dapat mengubatinya sendiri. Anda tetap memerlukan orang lain di samping anda.
**********************************************************************
SEKEHAN OTAK
**
Cinta itu Suci. Hanya ia ada kalanya dikotori oleh manusia yang bernafsu kotor.
****
****************************************************

15 comments:

azza_irah said...

benar..
belajar setinggi mana namun jika berkaitan dengan jiwa n perasaan tak jmpa jika dibelek dlm buku tebal mana pun..
sumenya akan balik pd diri sendiri..

Tie said...

Tentang perasaan tu dah pun tie luahkan..memang rasa lega !

chekdenoor said...

Salam,

Ilmu....meningkatkan darjat akal.... Akal adalah kumpulan maklumat(data) yang diperolehi melalui pembacaan dan kajian.

Pengalaman .... meningkatkan darjat minda.... Minda adalah kebolehan menggunakan akal untuk berfikir dan menaakul(menilai) .... penilaian sangat subjektif ..... ianyer diperolehi melalui pengalaman dan kehidupan.... (latihan)

Manusia memerlukan akal dan minda yang sihat..... agar kehidupan ini seimbang dari segi rohani dan jasmani.....

Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...

hang betul..

hati yang ikhlas. ikhlas la jadinya..kalau busuk , busukla jadinya..

tepuk dada tanya iman.

arsaili said...

salam..walau berkeping sijil..kalau ilmu tak dimanfaatkan dan kalau dunia dan akhirat tidak seimbang..kita adalah manusia yg rugi...sy berusaha untuk berada dalam titik equilibrium walapun sukar...

Singgah Sebentar said...

hallo. berjiwa besar, bersakan dramatik.. salute u

naz ilyn said...

Salam..

setinggi mana kita berada
setebal mana buku kita baca
seluas lautan mana kita renangi
sejauh daratan mana kita jalani
berpijak jua kita di bumi nyata
dengan fitrahNya jua kita berada

azlin hashim said...

Betul! ni kata2 bijak pandai, sy paling suka ayat yg nie..

Mengalah tidak semestinya lemah
kalau asyik mengalah itu tak bermaruah.

sepi said...

hmm... benar...

ada tika, kita perlukan "seseorang" biarpun hanya sekadar untuk mendengar "sedikit rekahan rasa" kita...

tak larat rasanya nak simpan sumernya.... :-)

13may said...

setuju setuju :)

iman_qaisara said...

salam..

huhuhuuhhu...btul sungguh

Aishah Jamal said...

Saya setuju sangat pada ayat 'mengalah tak semestinya lemah'...
tapi zaman sekarang ramai yang tak mau mengalah sebab nak menegakkan benang basah.

blackpurple @ jowopinter said...

Ya, kata-kata yang sangat bagus untuk muhasabah diri :)

Al-BIMA SAKTI said...

azza_irah;
ada buku hanya tuk lulus priksa jer. bukannya tuk tambah ilmu...


tie;
kita kena buat apa yg kita rasa kita kena buat... jgn kemudian hari terkulat2....


chekde;
salam,
manusia perlukan minda yg sihat untuk fikir dan hasilkan perkara2 yg baik dan sihat juga...


cikgooden;
ada orang, tepuk dada ikut emosi,...


arsaili;
salam,
utk apa ilmu berguni
kalau sekadar utk bangga diri
bukannya utk dimanfaati
itulah manusia paling rugi dan Allah benci...


singgah sebentar;
tq sudi singgah...


naz ilyn;
salam,
yg tinggi akan jatuh jika tak berwaspada,
yg berenang akan lemas jika laut terusan bergelora,
di daratan juga akan tersesat andai berpandukan mata terbuka semata,
hanya fitrahNya kebenaran semesta...


azlin hashim;
dlm keadaan sekarang ni,
org yg asyik mengalah tak lagi dikasihani,
malah tidak akan dihormati,
semakin merendahkan maruah diri...


sepi;
sendiri menanggung segala,
akan menyesakkan ruang dada,
seeloknya rekahan rasa yg terburai,
biarlah ada insan yg sudi menggapai...


13may;
tq...


iman_qiasara;
tq...


aishah jamal;
dunia kini dah berubah
yg benar boleh jadi salah
yg salah pula bermegah-megah.

kalau kita benar, tp org menuduh kita bersalah, kalau kita terusan mendiamkan diri tanpa menangkis tuduhan itu, maka semua org akan anggap kita bersalah.

begitu juga kalau kita bersalah, org pun tuduh kita bersalah, tp kita mampu pertahankan diri dgn putar belit yg berpatutan, org akan percaya bahawa kita tak bersalah. Malah org yg menuduh itu pula akan dikatakan ada agenda tersembunyi... itulah dunia hari ini...

Bunga Rampai said...

Salam Al :)

Ilmu tanpa iman tidak berguna.