Wednesday, October 8, 2008

**************************************************

AKU BENCI
Aku benci dia yang tak setia
aku teramat benci mereka yang berdusta.

Aku benci dia yang hipokrit
aku teramat benci mereka yang bercakap berbeli-belit.

Aku benci dia yang berpura-pura.
aku teramat benci mereka yang bermuka-muka.

Aku benci dia yang tak bersyukur
aku teramat benci mereka yang tak jujur.

Aku benci dia yang suka mengata
aku teramat benci mereka yang talam dua muka.

Aku benci dia yang berkepala angin
aku teramat benci mereka yang cakap tak serupa bikin.

Aku benci dia yang suka menunjuk-nunjuk
aku teramat benci mereka yang berkemaruk.

Aku benci dia yang berperangai syaitan
aku teramat benci mereka yang gunting dalam lipatan.

Aku benci dia yang tak qanaah
aku teramat benci mereka yang tak amanah.

Aku benci dia yang pemarah
aku teramat benci mereka yang suka berseranah.

Aku benci dia yang gemar mengumpat
aku teramat benci mereka yang jenis keparat.

Aku benci dia yang berlagak pandai
aku teramat benci mereka yang memandai-mandai.

Aku benci dia yang suka mengada-ngada
aku teramat benci mereka yang suka mempersenda.

Aku benci dia yang tak semenggah
aku teramat benci mereka yang bermegah-megah.

Aku benci dia yang tak bersih
Aku teramat benci mereka yang pilih kasih.
Aku benci dia yang tak sedar diri
aku teramat benci mereka yang lupa diri.

Aku benci dia yang tak tau dek untung
aku teramat benci mereka yang kaki kelentong.
Aku benci dia yang suka mengetuk
aku teramat benci mereka yang suka mengutuk.
Aku benci juga (diriku?)
kerana mengenali mereka yang sebegitu!

*********************************************************************


PSIKOLOGI :
(MENGAJAR DIRI SENDIRI)

Part: 1

Selagi kita bersifat waras, tiada seorang pun di antara kita di dunia ini yang dengan rela hati sanggup untuk menghadapi dengan apa saja yang dinamakan penderitaan dalam kehidupan. Malah tiada sesiapa pun yang sanggup berdepan dengan pelbagai masalah yang berkemungkinan akan menjejaskan nilai kesempurnaan 'kemanusiaan' seseorang itu.

Sesungguhnya kita semua sentiasa mengimpikan nilai kedamaian dan kesejahteraan yang berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Namun begitu, lazimnya setiap masalah atau penderitaan itu selalunya akan datang tanpa diduga. Ia muncul atas kesilapan diri kita sendiri atau datangnya tanpa kita mencarinya.

Kemungkinan masalah itu ada yang berkaitan dengan percintaan, pekerjaan, rumah tangga atau yang berbentuk peribadi, yang biasanya ada kelangsungan dengan kehidupan itu sendiri, yang memaksa seseorang itu menghadapinya jua walau dengan apa cara sekalipun.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

22 comments:

::.. a t i q a h ..:: said...

Masalah itu sudah sinonim dengan hidup. Tak ada masalah, tak hiduplah kita.

Tie said...

Betul tu!! Tie pun benci org2 mcm tu..

Afida Anuar said...

masalah itu pemanis sebuah kehidupan. Hadapilah ia dengan senyuman:)

tasikmerah said...

aku pun benci juga~

sakurasa 2 said...

benci tapi rindu...

chekdenoor said...

Masalah...kecewa...kesakitan...kegagalan... walaupun sakit sangat...pedih sangat...terluka sangat....tetapi...itulah pengajaran yang paling baik dalam hidup ini...... agar hari esok...lebih baik dari hari ini.......

Aishah Jamal said...

Walau kemana kita pergi masalah tetap ada umpama bayang-bayang. Yang membezakan sama ada masalah itu menyusahkan kita atau tidak. Biasanya tanpa sedar setiap masalah mengajar kita erti kematangan hidup.

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

Memang kita sama sama benci segala kemungkaran dan sebolehnya kita cuba elakkan.

Dugaan ada bermacam dan sentiasa datang dan pergi selagi diizinkan bernafas.

Sebab itu kita wajib memperlengkapkan diri kita dengan segala Ilmu yang sepatutnya sebagai 'penyuluh' kepada kehidupan ini sendiri.

Kita kena ada Al-Quran dan Hadith sebagai 'Benteng" kepada Iman dan diri. Tanpa panduan-panduan dari wahyu wahyu atau Pesan pesan Nabi saw, susah sikit untuk meniti...

WaAllahuAlam.

blackpurple @ jowopinter said...

Kehidupan, begitulah.

Penderitaan itu ujian. Penderitaan itu kifarah, barangkali. Tapi penderitaan itu juga guru yang baik.

Nek Cun said...

Muhasabah diri adalah sebaik-baik cara kita mengajar diri sendiri. Tapi ramai orang yang suka mengajar orang lain tanpa muhasabah diri sendiri dulu... eeemm... entahlah!... nekcun tak berani nak komen kerana diri ini pun kekadang terlalai untuk bermuhasabah!...

mountdweller said...

kan hidup kita sememangnya di dalam lekaran kasih sayang dan benci. benci dan kasih sayang adalah fitrah kepada yang berakal.

Al-BIMA SAKTI said...

atiqah;
memng. masalah itu sebahagiaan drp kehidupan.


tie;
kita akan benci ppd org yg lakukan perbuatan yg boleh menimbulkan kebencian.


afida;
kalau tak ada masalah, kita tak tau sama ada kita ni hidup atau tidak...(?).


tasikmerah;
kau benci apa yg aku benci = aku benci apa yg kau benci...


sakura;
rindu tapi benci...


chekde;
yg sakit, kecewa, gagal,pedih, luka saja harus dijadikan pengajaran... (?)


aishah jamal;
btul...


melayuangkat;
waalaikummussalam bu,
ilmu penyuluh kehidupan.
al-quran dan hadis benteng keimanan.
semua itu panduan menuju kesejahteraan...

tima kasih, bu...


bp;
penderiataan adalah ujian penentu ketabahan... btul tu...


nekcun;
bermuhasabah mencari kebenaran...


mountdweller;
dlm lingkuran kasih sayang ada kebencian. dlm kebencian masih ada juga kasih sayang... (?)

Princess Liyana said...

siapa yang dibenci ni?alaahai

Al-BIMA SAKTI said...

princess;
hamba bencikan dia dan mereka yg hamba benci... ha ha ha...

naz ilyn said...

Salam..

benci..benci..benci..
asal jangan membenci diri
benci lahir dari hati
usah diri di selubungi
nampak terjemah gerak dan geri
terpancar di wajah tak berseri
membawa seribu erti
kesumat merana diri
kelak tua sebelum hari.

p/s: dalam kebahagian dan kegimbiraan pasti ada dugaan, suka atau tidak..tempuh dengan ketabahan.

utopia said...

emm
yup sama ngn aku
aku pun sependapat ngn awk

zura lias said...

salam kenal,
salam lebaran.. *sempat lgkan*

sorry, lambat wat kunjungan balas..masa ni jeles sgt.. :D

Rajuna said...

banyak sangat perkataan benci pun tak elok bang. mak tak suka nyah! he he he ...

Danielle_Corleone said...

Aku juga seperti kamu. bencikan perkara yang sama.

kad0k. said...

masalah akan dtg dan pergi al-bima..sentiasa hadapi dgn tabah...:)

butaseni said...

hehe bang,KRu pun ada buat lagu macam tu :D
tp version ni lagi bestlah hehe

Al-BIMA SAKTI said...

naz ilyn;
benci memang dari hati
ada kalanya tak terbendung diri
tapi sabar itu perlu
kerana kesabaran penawar terjitu.


utopia;
emmm...
ok la tuh...


zura lias;
salam lebaran.
tima kasih sudi kunjung balas...


rajuna;
emm.. den pun bukannya suko sangat benci-benci nih... tapi...


danielle;
kita kan manusia biasa...


kadok;
den stuju...


butaseni;
lagi best? he he he... tq...