Wednesday, October 22, 2008

***************************************************

KITA DAN KEHIDUPAN

Kita hidup dengan izin Tuhan
dianugerahkan dengan pelbagai perbezaan
ada yang mewah dan berlebihan
tak kurang yang serba kesederhanaa
malah ada juga yang serba kekurangan.

Tentunya ada hikmah di sebalik ketentuan
tak seharusnya dipersalahkan nasib dan keadaan
yang berlebihan bukan untuk kebanggaan
tak menghargainya kebesaran Tuhan.

Mereka yang berkurangan pula
tak seharusnya merintih nasib menangis hiba
menyalahkan takdir semata-mata
masih ada ruang membaiki segala
rezeki Allah bertaburan di mana-mana
terletak pada kerajinan dan daya usaha.

Mereka yang berlebihan juga harus memberi
menghulurkan tangan tanda simpati
rezeki berlimpah makin diberkati
yang berkurangan pula merasa dihargai.

Oh, alangkah aman dunia ini
andai semua manusia baik laku pekerti
masing-masing tahu menilai diri
yang berkurangan bermuhasabah diri
yang berlebihan pula ada keikhlasan hati
kerana harta melimpah pun hanya di duniawi.

Berlebihan dan berkurangan perkara berbeza
seharusnya dinilai dengan hati dan akal bijaksana
kelebihan bakat beribu nikmatnya
kelebihan kudrat berlimpah hikmahnya.

Ada orang boleh lakukan banyak kerja
walaupun hanya dalam satu masa
kerjanya baik dan berhemah pula
dipuji sahabat dan juga ketua
dinilai pula dengan bijaksana.

Ada pula orang tak mampu nak ikut
sedikit kerja pun tersangkut-sangkut
kerja kurang tapi yang banyak hanya merungut
orang lain dipuji dia geram bergelut
sudahnya dia pula jadi penghasut
mengharap orang lain jadi pak turut
yang peliknya ramai pula yang mengikut
akhirnya semua jadi kelam kabut.

Sudahnya bermasam muka sesama sendiri
berpuak-puak berbelah bahagi
biasanya puak yang tak elok ramai dipengaruhi
mula saling menyakitkan hati
di sana sini benih fitnah ditaburi
disiram pula dengan baja dengki mendengki
semakin suburlah sikap busuk hati
kutuk mengutuk dan benci membenci
sehingga kerja semakin tak menjadi
salah orang lain asyik dicari
salah sendiri sengaja dikaburi.

Selagi keinsafan belum dimiliki
selagi itulah kebaikan menjauhkan diri
laknat Allah sedia menanti
bagi mereka yang bersikap keji.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

PSIKOLOGI

(MENGAJAR DIRI SENDIRI)

Part: 4

Merasa bersalah pada diri sendiri kerana ditinggalkan pasangan atau kekasih, ada kalanya membuatkan seseorang itu tertekan dan merasa kekurangan pada dirinya berbanding orang lain.

Tersilap pertimbangan, banyak perkara buruk yang akan berlaku pada diri anda. Anda mungkin akan berterusan bersedih dan mengasingkan diri. Atau anda mungkin juga akan terjerumus ke jurang yang menyebabkan hilangnya harga diri.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan mungkin anda berasa takut atau fobia untuk mencari penggantinya akibat pengalaman yang memedihkan itu.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


16 comments:

azza_irah said...

ermm..
entry ni buat sy berfikir..
terasa kekurangan dan kelemahan diri..

chekdenoor said...

Salam,

Untuk berkongsi pengetahuan....

Jika dicongak harta kekayaan.... kita kena selalu melihat kepada mereka yang kekurangan..... supaya kita bersyukur dengan apa yang kita miliki.

Jika dicongak amal ibadah ... kita kena selalu lihat kepada mereka yang lebih banyak berbuat kebaikan.... supaya kita berusaha untuk menambah iman dan amal.

Tie said...

Alaahai!! Hari ini tak kena sekeh!! Hi hi...

Nurmala Mazlan said...

thanks ek sudi singgah blog saya

Anonymous said...

Salam singgah, tahniah krn menyiarkan entry yg boleh membuatkan kita berfikir. marilah sama2 renungkan.

Sufi Idany said...

salam singgah..salam ziarah...salam ta'aruf....

terima kasih tinggalkan jejak anda utk saya telusuri dan terus belajar utk memahami rentak dan rencah kehidupan...

perkongsian yang nyata amat bermakna utk saya dan yang lain2.
tahniah.

Afida Anuar said...

Salam Incik Al-Bima Sakti..

Ini lah dunia..ini lah manusia... dan mungkin, ini lah kita...

Selamat berkarya...

Mak Su said...

mengajar diri sendiri, tapi jangan menghukum diri sendiri :)

naz ilyn said...

salam..
inilah kita dan kehidupan
penuh dengan rencah-rencah kehidupan
rona-rona yang menceriakan
mewarnai setiap insan
melingkari seharian

tasekM said...

aku suka hasil seni kamu bang...

:)

Yana Ismail said...

hmm..pengalaman walau pedih tp mengajar kita erti hidup kan?

maka jgnla berputus asa;)chayo2!

teddi said...

emm terasa kelemahan yang ada pada diri kita

Najwa Aiman said...

Sekeh siapa ni ek?

Rajuna said...

abg bimasakti.

bab psikologi tu macam terkena batang idung aku. serius aku fobia sangat2.sampai orang cakap aku gay. cheh!

apa obatnya?

AL-BIMA SAKTI said...

azza_irah;
sesama kita berfikir utk mengatasi kelemahan dan kekurangan diri...


chekde;
salam,
stuju dgn chekde.


tie;
kalu selalu kena sekeh, nanti bengkak pula kpala... he he he ...


nurmala;
sama-sama...


azlinhashim;
trima kasih...


sufi idany;
salam,
rentak & rencah kehidupan sebagai renungan. yg baik dijadikan laluan panduan kemuliaan, yg sebaliknya jadikan panduan kesedaran...


afida anuar;
salam cik afida,
sebab itulah kita kena selalu merenung wajah sendiri, selain kerap menatap wajah orang lain...


mak su;
selain mengajar, ada kalanya perlu juga menghukum demi kesedaran...


naz ilyn;
salam,

rencah-rencah kemanusiaan
ada kalanya mewarnai keinsanan
lantas menjadi asam garam kehidupan...


tasikmerah;
trima kasih tasik...(:-


princess;
ya, ya... tepat...


utopia;
dari kelemahan kita bina kekuatan,
dari kekurangan kita kumpulkan kelebihan... insyaAllah hasilnya kesempurnaan...


najwa aiman;
sekeh yg sudi kena sekeh... ha ha ha ha...


rajuna;
obatnya... jgn terlalu ikut hati. jgn melemahkan diri.jgn putus asa. jgn ambil hati. baiki diri...

sakurasa 2 said...

suka SeKeH ya???