Thursday, October 16, 2008

########## BIJAK AKAL #########

BIJAK AKAL

Kalau bijak akal mengatasi emosi
perkara karut-marut mampu diketepi
segala bohong-membohong dapat diatasi
orang berhelah pun dapat diketahui
tipu muslihat tak terdaya nak menguasai.
<>
Kalau bijak akal memilih yang logik
tentu diri dianggap cerdik
dapat membezakan sikap yang jijik
hati dan minda semuanya celik
perkara yang rumit tak dianggap pelik
kelebihan diri tak dipandang jelik.
<>
Kalau bijak akal menjadi panduan
segala yang elok menjadi pedoman
tidak mudah tersesat haluan
juga tak mudah diperdaya sebarang omongan
pilih yang nyata menolak anganan
berteraskan logik dalam tindakan
tidak mudah diperkotak-katikkan.
<>
Kalau bijak akal berteraskan iman
tidak mudah terpesong dalam perbuatan
tidak bergelumang sebarang kekeliruan
tidak menjadi bahan kemarahan
akan dijauhi segala kemudaratan
sentiasa jujur membuat keputusan
akan dihindari segala kejahatan
akan akan terhimpunlah segala kebaikan.
<>
Kalau bijak akal menjadi amalan
tentu waras membuat perhitungan
disenangi orang bila membuat pertimbangan
hidup pun setenang dan seaman
Kerana rahmat dan nikmat Allah berlimpahan.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
*
PSIKOLOGI
**
(MENGAJAR DIRI SENDIRI)
***
Part: 3
Malang sungguh jika kekasih atau pasangan anda telah berubah hati. Anda yang mengharapkan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.
Akibat sikap kekasih atau pasangan anda itu, anda sentiasa dicengkam pilu dan penderitaan.
Apakah penderitaan yang anda alami itu semakin terasa apabila anda mengetahui bahawa dia meninggalkan anda kerana cintanya telah beralih arah kepada insan lain?
Adakah penderitaan yang anda tanggung itu akan bersulam dengan rasa marah berpanjangan dan keluhan hati anda kian mendesah?
Lebih jauh lagi derita anda, adakah anda merasa diri anda di tipu atau dikhianati..?
********************************************************************

16 comments:

chekdenoor said...

Salam,

Akal perlu mengawal emosi ....baru tindakkan dianggap bijak dan rasional...

tetapi

selalunyer.... emosi mengawal akal .....hmmmm... itulah yang susah nyer....

Berfalsafah memang mudah.... tapi in real life... nak praktikkan tu yang susah..... hehehe

Itulah yang selalu diungkapkan.... Cakap tak serupa bikin.... heheheh

Tie said...

Adoi!! Kena sekeh lagi!!

sakurasa 2 said...

dah memang kena seket ajer kat cni he he he

tasekM said...

kadang2 hati mmg sukar di duga.








entah.

azlishukri said...

sekarang ni golongan populis telah mengalahkan golongan rasionalis...

Izariza said...

salam kunjungan balas,

Oh maafkan saya kiranya tiada sedar tuna punya nama bima sakti ini seorang penulis rupanya. Mungkin kerana saya sendiri jarang benar menatap akhbar (kalau ada pun secara online dan hanya membaca tajuk utama). Tentunya saya bangga dapat mengenali seorang lagi penulis justeru kerana kegemaran saya juga menulis tetapi belum rezeki untuk dibukukan .. hanya yang mampu saya hasilkan adalah buku-buku akademik .. sahabat akrab saya Kamariah Kamarudin selalu memberi kata semangat untuk saya hasilkan novel ..ah .. entah kapan akan berhasil karena begitu saya mulai .. ada saja halangan yang merintang di sana sini :)

Maaf .. beremosi pula :)

Mohon izin untuk saya pautkan link ke blog ini ye?

A t i Q a h said...

Semoga kita semua bijak mengatur hidup kita yang sementara ini. :)

Butaseni@Wan Raja said...

penderitaan itu hanya sementara waktu,sekali ada pengganti,sekali lenyap perasaan itu.

jadi cari cepat cepat
bak kata omputih rebound hehehe

Danielle_Corleone said...

kawalan pada kita.

naz ilyn said...

Salam..

Akal yang bijak dan sihat tidak semestinya untuk badan yang sihat juga.
Ada orang yang sihat tapi dari segi pemikiran dan perbuatan tidak menunjukkan yang dia mempunyai akal yang sihat.
Orang yang sakit kadang-kadang lebih waras pemikirannya daripada orang yang sihat.

cinta milik Allah..
beri dan ambil itu hakNya
diberi kita nikmati diambil kita pasrah
dalam diri berserah dan berdoa
agar yang pergi berbahagia
moga yang mendatang lebih sempurna
jodoh rahsia Allah..
padanya jua kita berserah
agar ditemukan yang soleha
yang berlalu biarlah sudah
cinta yang baru biarkan bercambah

AL-BIMA SAKTI said...

chekde;
salam,

si falsafah ibarat perancang
membaiki mana yg kurang dan lompang.

bila ada si perancang
kena ada si pelaksana.
bila si pelaksana tak dapat melaksanakan dgn bijakasana,
semuanya takkan sempurna...

si pelaksana kena melaksana dgn akal sempurna,
sebagaimana dirancang si perancang,
barulah tak ada yg pincang...

terima kasih kerana berterusan berkunjung ke blog saya. saya linkkan blog chekde ya..?


tie;
he he he...(-:


sakurasa 2;
cikit-cikit takper...


tasikmerah;
hati sukar diteka,
perasaan sukar dibaca,
tindakan sukar diduga...


muhammad azli;
itu yg membimbangkan,
kerana boleh merosakkan...


izariza;
salam,

terima kasih atas kunjungan balas.
terima kasih juga sudi pautkan blog saya... dan saya juga akan lakukan perkara yg sama ya..?


atiqah;
bijak mengatur hidup di dunia, akan selamat ke mana-mana termasuk di sana...


butaseni;
penderitaan sementara waktu, andai tahu arah tuju...


danielle;
jiwa dan emosi harus turut sempurna...


naz ilyn;
salam,

badan dan akal harus ada kaitan
sempurna badan akan sempurnakan akan kewarasan.

andai badan saja sempurna
namun akal tak sebaik diperguna,
cacat celanya akan ada di mana-mana.

semoga kita semua diketemukan dgn apa jua yang menyenangkan hati dan perasaan....

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
* Terima kasih buat semua pengunjung yg budiman - semoga Allah murahkan rezeki dan sentiasa dilindungi olehNya...

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Bunga Rampai said...

Salam Al,

bijak akal berteraskan iman
- ini yang molek.

Bukan mudah mencapai tahap itu, tapi dengan niat baik insyaAllah pulangannya lumayan zahir dan batin.

Mak Su said...

bijak berpada-pada

Jeepers Creepers said...

Apa kabar tuan rumah

Yana Ismail said...

hati manusia boleh berubah.maka perlu berhati2..

AL-BIMA SAKTI said...

bunga rampai;
salam,

iman akan sempurna jika berteraskan kewarasan akal...

setiap yg baik semuanya elok. dan yg elok itu adalah sebaik-baiknya...


mak su;
btul tu maksu.

kalu terlebih bijak pun susah juga. kalu tak susahkan org lain, dia akan susahkan diri sendiri...


yb raz gothic;
khabar baik... tq.


princess;
maka berhati-hatilah dgn hati manusia yg boleh berubah-ubah itu...

anak sungai pun berubah kan...? inikan pula anak org... he he he he...