Monday, October 13, 2008

APA MASALAHNYA..?

__________________________________________________
APA MASALAHNYA...
Kalau kita perlu mengakui kesalahan
Kalau kita sesal dengan salah perlakuan
Kalau kita taubat dengan setiap keterlanjuran

APA MASALAHNYA...
Kalau kita bersemangat aku boleh
Kalau kita tidak lakukan sesuatu secara berlebih-lebih
Kalau kita duduk dalam lingkungan orang-orang yang soleh.

APA MASALAHNYA KALAU...
Kita menjauhkan diri dari najis dadah
Kalau usah dengan sengaja mencari masalah
Kalau kita dekatkan diri kepada Allah.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

PSIKOLOGI

(MENGAJAR DIRI SENDIRI)

Part: 2:

Sekian lama anda diselubungi kebahagiaan dan kedamaian di samping orang tersayang. Dia juga pernah berjanji untuk sehidup dan semati dengan anda. Kerana cinta dan kasih sayang anda padanya, anda mempercayai kata-katanya. Anda mengharapkan dialah yang akan membahagiakan hidup anda sehingga ke akhir hayat.

Tetapi tiba-tiba dia telah berubah hati. Anda ditinggalkan tanpa alasan yang munasabah.

Bagaimanakah dengan diri anda?

1. Anda tidak merasai apa-apa dengan kehilangannya?

2. Adakah keadaan hidup anda akan berubah dengan tiba-tiba?

3. Anda menyesal kerana menyayangi dirinya selama ini?

4. Adakah anda akan diselubungi suasana sedih dan hampa?

5. Adakah kenangan indah berasamanya akan sentiasa menghantui hidup anda?

6. Adakah anda tidak dapat melupakannya?

7. Adakah anda akan menganggap dirinya sebagai sampah dan tidak bermakna lagi pada diri anda?

********************************************************************

13 comments:

Tie said...

Jawapannya:-
1. Mestilah rasa kehilangan..
2. Tentu sekali berubah
3. Kalau ikhlas sayang tentu tak kesal.
4. Ya, rasa sedih dan hampa
5. Kenangan indah?? Hu hu....
6. Lupakannya?? Hu hu...
7. Taklah sampai ke tahap sampah..hi hi..

Camna?? Dapat full marks tak??

chekdenoor said...

Kehidupan ini adalah satu perjalanan yang penuh dengan harapan, impian dan sebahagian dari impian dapat dikecapi disepanjang perjalanan tetapi sure ada lagi impian yang ingin digapai.....

Seandainyer perjalanan itu terganggu...... support sistem mesti kuat..(keluarga, ilmu dan iman).....

Kalau support sistem kuat.... insyaallah boleh kita usahakan perjalanan altenatif yang lain.... dan kegagalan tidak akan menyebabkan diri kita menjadi sampah.....

tapi...jika support sistem lemah.... mungkin akan kacau bilau... dan ini yang susah dan menyusahkan.

Kenangan..indah atau pahit...sure akan ada.....

uhuukkkkssss ..... doa berbanyak semoga kita kuat.....

Bila Diary Bercerita said...

Tak ada salahnya untuk berubah kepada kebaikan. Cuma masalah tu terasa pada orang yang tidak boleh menerima perubahan tersebut.
-Ditinggalkan? mestilah akan rasa kehilangan. Mungkin ada gantinya yang lebih baik.
-Apa pun dugaan yang kita hadapi kekuatan itu tetap ada dalam diri kita. Semoga redha Allah swt tetap bersama kita.

naz ilyn said...

Salam..

cinta anugerah ilahi
dari mata turun ke hati
mata terpana berdetiklah hati
cintai sebelum mencintai
mencintai...di cintai
bukan seharusnya memiliki

cendawanintim said...

owhhhhhh, bagaimana harus dikomen yer...ermmm..ermmm...

Komplikated lorrrr!!

**bila melibatkan hati dan perasaan..!!

t i u n g said...

sungguh mendalam maksudnya..

ze said...

salam kenai...

hmm.. n3 yg menarik untuk dijelajahi...

singgah selalu ke blog sy k...

azza_irah said...

salam kunjung balas..
salam ziarah juga utk tuan punya blog..
mekaseh ke blog sy..

entry2 yg menarik..
sy linkkan ya..

tegezoot said...

cuci2 apa yg perlu dicuci...

Mak Su said...

tiada salahnya mengakui kesalahan

kehilangan, ntahlah, mungkin tak sanggup menerima, tapi walau macamanapun, kena hadapi kerana kehilangan PASTI akan terjadi

azie said...

erm. sedih mesti ada. maunya tak, tapi life must go on.

semoga tidak mengalami perkara sebegitu lagi.

amin

p/s: thanks for dropping by:-P

Rajuna said...

dadah untuk para pecundang.

AL-BIMA SAKTI said...

tie;
full marks..!
tima kasih kerana respon...


chekdenoor;
semakin jauh perjalanan kita, semakin banyak cabaran dan dugaan. bagi yg tabah, semakin banyak pula impiannya...
tima kasih chekde kerana sudi curah pendapat...


aishah jamal;
stuju dgn aishah. tq,


diskopi;
tima kasih sudah singgah...


naz ilyn;
salam,
cinta satu anugerah
yg tahu menilai terbukti faedah
yg terpesong terjerat padah...


cendawanintim;
hati dan perasaan
kaitan warna-warna kehidupan...


tiung;
sekadar renungan bersama...


sepi;
tima kasih.
insya-Allah...


azza_irah;
tima kasih sudi membalas dan link kan...


tegezoot;
cuci, jgn tak cuci...


mak su;
pertemuan dan kehilangan pasti dihadapi...


azie;
life must go on. stujuuuu....


rajuna;
kerana tertewas dalam diri sendiri...