Sunday, October 5, 2008

AKU MASIH DI SINI

Aku masih di sini
meniti pena
menitip kata
menebar rasa.

Aku masih lagi di sini
melarik suara hati
menganyam pekerti
menyulam peribadi.

Aku masih tetap di sini
seperti sebegini
dengan pena tak akan mati
dengan kata silih berganti
dengan rasa tak mungkin mati.

Aku terus di sini
ada suara hati
ada pekerti
tetap berperibadi.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

FADILAT PUASA ENAM
(DI BULAN SYAWAL)

HARI PERTAMA ( 2 Syawal ):
Mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Adam a.s.

HARI KEDUA ( 3 Syawal ):
Mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yusuf a.s.
Keluar dosa-dosa dari tubuhnya bagaikan baru dilahirkan dari perut ibu.

HARI KETIGA ( 4 Syawal ):
Mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yakub a.s.
Sekiranya berpuasa tanpa diketahui orang lain, Allah SWT tidak rela untuknya pahala yang kurang dari syurga.

HARI KEEMPAT ( 5 Syawal ):
Mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Musa a.s.

HARI KELIMA ( 6 Syawal ):
Mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Isa a.s.
Menyamai puasa sepanjang tahun.

HARI KEENAM ( 7 Syawal ):
Mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Muhammad SAW.
Jika kebetulan seseorang makan berhampiran orang yang berpuasa itu, akan dibacakan istighfar untuknya oleh para Malaikat.
________________________________________

*(21 SSXX)

Part: 5

Jika setiap pasangan atau suami isteri inginkan keintiman mereka terus kekal bahagia, mestilah ada perkara-perkara berikut, antaranya:-;

1. Jangan sesekali memendam atau menyimpan sesuatu yang dirasakan tidak memuaskan hati. Sebaliknya berterus terang atau memberitahu dengan jelas apa yang diharapkan daripada pasangan masing-masing.

2. Mesti ada sikap saling suka menyukai antara satu sama lain dengan jujur dan ikhlas. Bukannya sekadar berpura-pura.

3. Masing-masing mestilah boleh menerima kaum keluarga dan sahabat handai pasangan masing-masing.

4. Saling suka bantu membantu antara satu sama lain.

5. Mempunyai minat atau senang melakukan apa sahaja aktiviti bersama, seperti berkebun atau mengemas rumah.

6. Tidak pernah rasa jemu dan memahami akan keinginan pasangan masing-masing.

7. Sentiasa bercakap tentang komitmen yang berfaedah untuk mengekalkan jalinan keintiman antara satu sama lain.

8. Sentiasalah berbual mengenai kebahagiaan keintiman antara satu sama lain, dan sering mengucapkan bahawa ikatan keintiman yang sedia terjalin dan dinikmati kini, akan terus kekal ke akhir hayat.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

15 comments:

Tie said...

Salam...dalam suasana raya ni sempat lak berpuisi,ye..Eloklah tu..dapat cerdaskan minda..Kita ni mmg bukan org seni..tak pandai nak bermadah2 ni..merosakkan bahasa boleh la...

Suka baca bab xx tu..he he.

chekdenoor said...

ASLM,

chekdee tak pandai berpuisi...tapi...suka menghayati...puisi yang indah......

Semalam chekdee baca majalah MIDI.... petua mengurangkan sifat pelupa..... kena banyakkan membaca... hmmm... insyaallah...chekdee akan mula mencuba..... ada juga kata.... untuk menghalang nyanyok tua....kena ngaji quran sehari 2 ain..... insyaallah itupun chekdee lakukan juga......

Kebahagian rumah tangga..... kena terima pasangan kita all in pakej.... baik, buruk , keluarga dan sahabat handainyer......

Ojie said...

salam menjengah..

Mak Su said...

anda masih di sana
dan aku tetap di sini
menunggu bicara

:)

tasekM said...

aku tak start lg puasa 6.. alahai~

teddi said...

emm puasa 6..
ohh tidak sama sekali saya akan lakukan...
kerana cubaan lebih besar xtahan sye

Yana Ismail said...

Alaahai..sungguh pandai berpuisi..

slmt hari raya,maaf zahir batin..sorry lmbt singgah,raya tak hengat;p

huhu...bgus2 tips kat situ..

naz ilyn said...

Salam..

masih di sini
tetap di sini
terus di sini
dengan pena dijari
hati yang murni
niat yang suci
insyaAllah diberkati.

p\s: puasa enam baik untuk mengurangkan makan di hari raya.

Nek Cun said...

Salam Bima... memang beruntung kalau kita boleh meneruskan amalan berpuasa di bulan Syawal ini pula... tapi nekcun rasa dugaannya memang hebat kerana sana sini orang jemput 'open house'... takut akhirnya nanti puasa enam kita pun jadi haus...

sakurasa 2 said...

aku masih disini
kau masih disana
aku masih tetap disini
kau masih tetap disana he he he

AL-BIMA SAKTI said...

tie;
salam jua dari hamba
insan biasa.

saja berpuisi
mencurah rasa hati
pun sekadar suka-suka
ikut idea di kepala
kalau tak beridea
diamlah agaknya... he he he..
*******************************

chekdenoor;
wlkmslm'
apa yg chekdee kata
adalah betul belaka.
saya dah amalkan semua itu
memang terlebih dulu
ikut mana yg termampu
rasanya ada juga manfaatnya tu...

tentang kebahagiaan rumah tangga
masing-masing punya cara
ibarat kapal belayar bernakhoda
awak-awaknya pula yg setia
maka tidak akan tersia-sia
insya-Allah destinasi bahagia
akan menjadi milik bersama jua...
*********************************

ojie;
salam diterima
terima kasih tak terhingga...
*********************************

maksu;
terima kasih diucapkan
sudi menunggu bicara dipaparkan...
***********************************

tasikmerah;
alaaaaahaii...
***********************************

utopia;
?????(:-
***********************************

princess;
selamat hari raya,
maaf zahir bathin...
sibuk beraya ke...? sampai terlupa kita... (dng gerak leher yg lembut lentok).
***********************************

naz ilyn;
kalau masih di sini
kekal di sini
tidaklah tercari-cari.
baja pena masih di hujung jari
dan jika pohonnya murni
buahnya pasti meranum suci
rasanya pula pasti diberkati
rahmat Allah melimpahi...

p/s; puasa 6 unt membataskan selera makan yg keterlaluan...
**********************************

nek cun;
salam nek,

setiap yg elok dan berkat
memang dugaannya terlalu hebat.

jika tabah dan sabar jadi bekalan
insya-Allah akan teguh keimanan...
***********************************

sakurasa 2;
kau masih di sana
aku tetap di sini juga
kau masih tetap di sana
aku di sini tak ke mana-mana...

he he he....
***********************************

Kepada semua;

segala usik mengusik di paparan ini
sekadar gurau senda menghibur hati
harap tak disimpan dendam membenci
lain kali boleh usik mengusik lagi!
00000000000000000000000000000000000

Danielle_Corleone said...

selamat hari raya. :-)

teddi said...

hai tak ade post baru ke

AL-BIMA SAKTI said...

danielle;
selamat hari raya.

maaf zahir bathin...



utopia;
ada...

SOHAINA MOHD SALLEH said...

SAYA LETAKKAN FADILAT PUASA 6 DI BLOG SAYA...MINTA IZIN YERR