Sunday, March 20, 2011

BUNUH... DIBUNUH... TERBUNUH... MEMBUNUH...

Bunuh, dibunuh, terbunuh dan membunuh. Dengar pun amat mengerikan.

Baca surat khabar, ada kes bunuh. Tengok kat TV, ada kes bunuh.

Ada yang dibunuh kerana dendam. Ada yang dibunuh kerana serakah nafsu.

Ada yang terbunuh disebabkan kemalangan jalan raya. Orang lain punya angkara, orang lain pula yang menjadi mangsa.

Pun ada juga yang nekad membunuh diri. Mungkin kerana masalah peribadi.

Pendek kata perkara yang berkaitan dengan 'bunuh' dah jadi macam perkara biasa pulak di negaraku Malaysia ini.

Apa sebenarnya yang tak kena ya..?

Lebih sedih lagi, ada bayi atau kanak-kanak yang terbunuh disebabkan sikap lalai manusia yang dipertanggungjawabkan.

Kenapa dengan semua ini..? Masya-Allah..!!

6 comments:

Afida Anuar said...

Sebab ramai yang tak ikut perintah Allah kut, jadi Allah turunkan bala dengan cara begini?

Allahualam..

Zalisa Maz said...

Sebab apa? Mari kita sama2 fikirkan.

AL-BIMA SAKTI said...

Afida,
mungkin ada kebenarannya juga,
petaka dtg tanpa macam2 cara...

AL-BIMA SAKTI said...

Zalisa Maz,
Dalam kita fikir2kan,
samalah kita risau2kan..

Mak Su said...

hhhmmm, fenin, fenin

tq sudi melawat :D

sy baru keja ngan majalah, sesuatu yang amat menarik dan mengujakan :)

AL-BIMA SAKTI said...

maksu,
jgn pening, nanti runsing... hehe..

maksu kerja ngan majalah mana? boleh tau..?