Monday, May 31, 2010

KISAH SEORANG MAKHLUK

ghosty Pictures, Images and Photos

Kerjanya tak pernah membanggakan. Tugasan diberi jarang diselesaikan. Hidup penuh dengan beralasan. Namun tak juga dibuang kerja atau diberikan amaran.

Dia makin keras kepala. Ofis macam bapak dia punya. Tiap2 tahun gajinya naik juga. Sama juga macam orang lain yang sungguh2 bekerja.

Cuma dia tak diberikan anugerah cemerlang. Sebab boss tahu dia selalu curi tulang. Tapi dia macam tak pernah hairan. Sebab gajinya berjalan tiap2 bulan.

Tapi lagaknya agak pelik sikit. Bila orang lain dapat anugerah cemerlang dia pula yang bising mengungkit. Orang ini tak layak, orang itu pun tak layak. Macamlah dia yang memang layak.

Hidup tak pernah nak insafkan diri. Salah orang yang selalu dicari. Ini macam punya orang, masih ada zaman sekarang.

Bila dah dekat nak bersara, diberikan juga anugerah sebab dah lama bekerja. Buka kerana dia pernah berjasa. Tapi dia terima dengan salah tanggapan, kononnya anugerah itu kerana dia pekerja cemerlang.

Lalu si makhluk tak sedar diri itu pun bersuara, kononnya anugerah itu dah lama sepatutnya dia terima.

Nak tergelak ada, naik menyampah pun ada. Itulah makhluk yang tak patut dibuat contoh sampai bila2.

3 comments:

Afida Anuar said...

hehe..nak tergelak pun ada baca.
sebab orang begini ramai kita jumpa.
Moga dijauhi Tuhan dari sifat sebegini rupa.
agar hati sejahtera di dalam sana;)

asuhara sue said...

kat sini pun ada jugak tuuu

azlin hashim said...

Salam... lama tak jengah sini.
ingatkan sy jek senyap, rupanya blog yg ini pun sama...

g mana lama sgt?