Tuesday, November 24, 2009

GURU SEMBERONO..?

Keputusan UPSR di SJK(C) dikatakan lebih baik berbanding Sekolah Kebangsaan (SK). Terutama dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Kemudian timbul pula mengenai guru semberono, yang Kementerian Pelajaran (KP) tidak akan berkompromi dengannya.

Di sekolah Cina, didapati persekitaran pendidikannya sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa. Di sekolah itu juga dikatakan lebih menekankan aspek kecemerlangan dalam banyak perkara menerusi pendekatan latihan serta guru yang kreatif. Sains dan Matematik turut ditekankan di sekolah Cina.

Sehubungan itu, KP bercadang guru-guru dari SK akan mengikuti kelas bagi mata pelajaran Mataematik dan Sains di SJKC. Demi mengatasi masalah yang berbangkit.

Maka, timbul persoalan bahawa adakah guru-guru di SJKC itu akan membuka rahsianya itu seluas-luasnya kepada guru-guru SK? Rahsia yang selama ini menjadi 'rahsia penting' bagi mereka.

Dan dengan wujudnya kelemahan di SK adakah disebabkan terdapatnya guru-guru semberono di SK? KP seharusnya menyiasat perkara ini sehingga ke akar umbi.

Apa-apa pun, 'sebagaimana acuan, begitulah kuihnya'. Dan 'Kalau guru kencing berdiri, muridnya akan kencing berlari'.

4 comments:

noorlara said...

Dalam banyak hal kita masih terus disogokkan cerita yg moleh-molek, kita dianggap macam baby tak punya kutrat menolaknye dengan tangan tapi jangan lupe kerapkali diluahkan juga dengan lidah hahahaha

Mak Su said...

secara luaran nampaknya ada yang banyak xtvt seperti amik cuti, cuti pregnant, cuti kursus motivasi, cuti kursus development skill ker hapa ntah, selain cuti2 umum :(

ryann said...

setuju. ianya harus disiasat. btw salam aidiladha

AL-BIMA SAKTI said...

lara;
bila kita kerap bersuara demi kebenaran, dituduh kononnya banyak cakap. bila tak bersuara, yg salah terus berleluasa. yg sepatutnya tak jadi mangsa, terpaksa jadi mangsa oleh manusia yg terer berlakon dan berpura2.


mak su;
kisah anak rakanku. cikgu di sekolahnya asyik bercuti. mengandung bercuti. muntah2 bercuti. di kelas suruh anak murid buat kerja sendiri.

rakanku antar anak ke tuisyen. cikgu tusyen asyik beri kerja buat di rumah. rakanku merungut,apa guna antar tusyen kalau dia juga yg kena ajar anaknya di rumah.

dia mengadu dan siasat. rupanya cikgu yg kerap mengandung dan cuti itu juga yg ngajar tuisyen anaknya.

tak sampai lima bulan, kelas tuisyen tu tutup.


ryann;
mungkin ada yg tak jujur dan komited pd t.jawab.