Friday, November 6, 2009

AIR BOTOL PLASTIK BERTOKSIK..?

Sudah banyak kali kita baca kenyataan bahawa air dalam botol plastik tak baik untuk diminum. Ada yang mendakwa air itu bertoksik dan membahayakan kesihatan.

Itulah yang terbaru, yang didakwa oleh CAP. Katanya, penghasilan botol plastik yang digunakan juga menjana lebih 100 kali ganda bahan toksik yang mampu melarut resap ke dalam air.

Menurut kajian seorang doktor Amerika Syarikat, meninggalkan botol air dalam kenderaan boleh mengubah keseimbangan bahan kimia dalam botol menyebabkan ia mudah resap ke dalam air.

Pada 2006, saintis dari Jerman pula mendapati sejenis bahan toksik yang digunakan dalam pembuatan botol selain meresap dengan cepat ia juga boleh menjadi sangat bertoksik jika semakin lama disimpan.

Jika sedemikianlah ceritanya, maka adakah penduduk negara ini yang dianggarkan meminum lebih 100 juta botol air setahun bersedia berdepan dengan risiko yang berkaitan dengan toksik air botol itu?

Kementerian sepatutnya kena menjelaskan dengan sejelas-jelasnya kepada pengguna mengenai perkara yang dibangkitkan itu. Sedangkan sejak akhir-akhir ini semakin banyak muncul produk yang didakwa 'air kesihatan' yang terdapat dalam botol plastik yang melambak-lambak di pasaran.

Jawapan yang penjelasan yang telus amat diperlukan, untuk menghindari kegusaran semua orang.

Kesihatan bukan boleh dijual beli..!

5 comments:

noorlara said...

Kalau nak diambil kira terlalu banyak benda-benda disekeliling kita yang membahayakan tanpa kita sedari, setakat ini hanya CAP Pulau Pinang jek yg betul betul istiqamah memperjuangkan hak pengguna. Kerajaan sendiri tidak kelihatan memandang serious akan perkara ini. jadi sendiri kena fikirkan macam kata Nabil tu

AL-BIMA SAKTI said...

lara;
kekadang heran gak. pihak yg diberikan t.jawab cam tak tau apa kerja mereka. apa yg perlu dibuat.

bila dah sesuatu tu jadi serius baru nak bertindak. selalunya cam tu lah kan..? aduhaiiii....

Rajuna said...

ini lah bila duit menjadi lebih berharga berbanding nyawa. kuasa kapitalis siapa yang dapat menghalang?

Mak Su said...

betul tu.... kesihatan rakyat harus dijaga, jangan pentingkan poket jer

AL-BIMA SAKTI said...

rajuna;
memang hari ini sesungguhnya duit menjadi teramat penting berbanding nyawa. adakah kerana nyawa manusia diperoleh secara percuma oleh Allah? Sedangkan duit kita berusaha untuk mencarinya? Allahualam!


Mak Su;
Kata poket; 'duit itu penting'. Kata duit; 'tak ada poketpun, duit tetap juga penting..!'.

Kata manusia; duit memang penting. Kata duit; manusia memang mementingkan duit.

Manusia dan duit, bagai isi dengan kuku. Kalau takde duit, manusia itu tak laku. he he he he..!