Wednesday, October 7, 2009

WANITA MALAYSIA TAK SERIK-SERIK..?

Seorang doktor wanita mengenali seorang lelaki Arab melalui internet. Setelah berkenalan selama tiga bulan, lelaki Arab telah datang ke rumah wanita itu untuk makan malam.

Lelaki Arab itu dipercayai telah memasukkan pil khayal ke dalam minuman wanita ibu tunggal yang berusia 35 tahun itu. Menyebabkan wanita itu tidak sedarkan diri. Setelah sedar diri keesokannya dia mendapati dirinya dalam keadaan bogel.

Lelaki Arab yang berusia 35 tahun itu dipercayai telah merakamkan gambar-gambar bogel wanita ibu tunggal beranak dua itu sebelum melarikan diri dengan barangan kemas bernilai RM2,000.

Dan lelaki Arab itu telah menghubungi wanita itu semalam dan mengugut akan menyebarkan gambar-gambar bogel wanita itu sekiranya wanita itu enggan membayar wang sebanyak hampir RM10,000 kepadanya.

Sama ada wanita telah dirogol atau tidak, masih belum ada laporan yang dibuat.

Hai... entahlah..., apa nak jadi dengan wanita-wanita Malaysia yang amat 'kemarukkan' jantan-jantan asing, yang akhirnya sendiri yang menjadi mangsa penipuan.

3 comments:

noorlara said...

sukar nak kata kekadang kesunyian membuat kita hilang pertimbangan apalagi sidia datang tepat pada masa. Apapun wanita Mlaysia wajib lebih berhati-hati, lagipun masih ramai lelaki kita yang tampan dan ada segala-gala yg menepati ciri-ciri yg kita idamkan...tak gitu Al...

Bila Diary Bercerita said...

Adakah wanita Malaysia terlalu memilih dan akhirnya tersalah pilih?

Entahlah..... segala kejadian mesti ada sebabnya.

AL-BIMA SAKTI said...

lara;
ada yg teramat kemaruk lelaki asing...


aishah jamal;
tersalah pilih kerana otak tak bersih(?)