Monday, October 12, 2009

BODOH SOMBONG..! - (1)

Perhatikan sekeliling kita. Bermacam ragam manusia.
Ada yang manis di depan muka, di belakang dia mengutuk kita berjela-jela. Sesedap mulut dia mengata.

Ada jenis telunjuk lurus, kelingking berkait. Manusia sebegini tak harus dibuat baik.
Musuh dalam selimut dan duri dalam daging. Ada yang terkemut-kemut dan mudah pula nak tunjuk hangin.

Ragam manusia. Ada yang bagus, ada juga yang tak bagus.
Ada yang perasan bagus, malah ada yang tak perasan bahawa dia memang bagus.
Jenis yang bagus, tapi dikelilingi jenis yang tak bagus, dia akan jadi tak bagus.

Sikap manusia. Ada yang merendah diri. Tak kurang ramai juga yang asyik nak meninggi diri. Jenis tak sedar diri. Berlagak aje yang lebih. Entah-entah di rumah hanya makan bertih. Nasib malang yang sukar nak pulih.

Ada yang merendah diri memang jenis ikhlas. Ada pula yang sengaja merendah diri, kononnya dia yang terkelas, atau tersembunyi niat asyik nak mengebas.

Ada yang cakap melambung-lambung. Tinggi borak dari gunung. Tapi kosong dan terapung-apung. Ibarat alu yang tak ada lesung. Semuanya bodoh sombong.

Jenis manusia macam tu buat orang jadi pening. Kalau dibiar ramai yang kena kencing. Kalau ditegur mudah pula dia melenting. Memang dia kaki hancing..!

*********************************************

SEKEHLOGI:
'Tiada lurus imannya jika tiada lurus hatinya.
Tiada lurus hatinya jika tiada lurus mulutnya'

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

6 comments:

Tie said...

He he he... mujurlah tak kena sekeh kali ni, hihi..


Tapi, rasa seram gak, orang2 jenis begini memang selalu menghuru-harakan keadaan. Harap2 tak jumpa orang2 begini.

Bunga Rampai said...

Sambil menatap skrin pc, saya makan baulu! ;)

Pelbagai sikap manusia adalah ujian keimanan kepada empunya sikap itu dan kepada yang memerhati sikap itu.

Salam :)

Mak Su said...

buat endah tak endah jer... malas nak layan :(

arsaili said...

salam eid bro...manusia dengan bermacam ragam

Bila Diary Bercerita said...

Memang tension kalau kena melayan orang yang bodoh sombong. Kerja yang mudah pun jadi payah.

AL-BIMA SAKTI said...

tie;
selisih malaikat 44...


bunga rampai;
(jgn asyik makan bahuLU nanti tak habis bahuGUA) he he he...

susahnya yg empunya sikap itu tak sensitif. yg memerhati sikap itu yg lebih sensitif (?).


mak su;
layan... jgn tak layan...


arsaili;
salam eid juga buat anda...

susahnya ragam manusia yg tak beragam.


aishah jamal;
silap2 kita pulak yg boleh jadi sombong bodoh dibuatnyer...