Thursday, October 22, 2009

AL-KISAHNYA... SIAPAKAH MEREKA ITU..?

Al-kisah maka setelah diterjah oleh juruaudit dan dilaporkan oleh Ketua Audit Negara, maka terjumpalah kisah seliter minyak petrol berharga sehingga RM300, yang tak masuk akal langsung, walaupun manusia yang buat kerja tak elok itu memang berakal.

Diketemukan juga dengan kisah pokok hiasan untuk sebuah sekolah yang hanya bernilai RM5000 lebih tapi menjadi RM34,000 lebih pula. Pun ada juga kisah tentang dua buah komputer riba yang berharga dalam lingkungan RM7,000 hingga RM8,000 menjadi RM84,000 lebih.

Maka ternya-tanyalah kita siapakah si dalang atau si malaun-malaun yang terlebih malaun itu?

Sementara itu, tersebut juga al-kisah mengenai seorang pelatih di institut yang berkaitan dengan perguruan yang diminta berhenti kerana terlalu gemok. Pegawai terbabit telah memintanya mendaftar semula sebagai pelatih setelah dia (pelatih itu) dapat mengurangkan berat badannya yang kini seberat 110 kilogram.

Soalnya, kenapa pelatih itu diterima seawalnya, walaupun dia datang temuduga dengan membawa tubuhnya gemok itu sekali, kemudian dia diterima, namun selepas itu dia disuruh berhenti kerana kegemokannya itu? Kenapa permohonannya tak ditolak atau disisihkan saja dari awal?

Pelik sungguh dunia hari ini. Namun siapakah mereka yang berperangai pelik itu di sebalik kejadian yang pelik sebegitu..?

Tepuk dada tanyalah akal, tanyalah mata, tanyalah telinga dan tanyalah hati. Jangan tepuk dada tapi tonyoh kepala ke looooongggggkaaaangggggg..!

He he he....! Alahai...!

2 comments:

noorlara said...

tu baru sekelumit cerita yang menghairankan lagi penuh ajaib kalau nak disenaraikan boleh jadi dongeng alfa laila wa laila...ini Malaysia punya dalam..fenin fenin

AL-BIMA SAKTI said...

pelik binti ajaib memang banyak berlaku di malaysia... yg semuanya direka dan dicipta oleh manusia yang sengaja mahu memelik dan mengajaibkan diri mereka...